Call nowWhatsapp

Posting ini sekadar untuk omelan saya sahaja berkenaan tertib dan sopan orang kita di jalanraya. Saya pun bukanlah baik sangat, tapi saya cuba untuk abaikan sikap orang lain di jalanraya. Saya fokus kepada pemanduan. Cuma adakala kalau memang sedang tertekan, orang cuit sikit memang nak marah juga semasa pemanduan.

Saya memang sangat kagum dengan tertib orang di Australia dan UK (sebab saya pernah ke sana dan lihat sendiri). Saya tidak mahu fokus kepada agama atau bangsa, sebab orang Malaysia rata-rata perangai sama sahaja.

Tertib orang di negara luar apabila di jalanraya

Orang di negara luar contohnya di Australia dan UK, saya perhatikan mereka tertib apabila berada di jalanraya. Antara yang saya masih ingat:

  1. Mengutamakan pejalan kaki. Apabila nampak pejalan kaki, serta merta kenderaan akan berhenti dan memberikan laluan kepada pejalan kaki.
  2. Mengutamakan keselamatan penumpang
  3. Penggunaan carseat untuk kanak-kanak (di Malaysia dengan anak-anak yang ramai, penggunaan carseat boleh dilaksanakan sekiranya harga kereta dapat dikurangkan).
  4. Bas hanya akan berhenti di perhentian bas sahaja. Begitu juga dengan teksi.
  5. Bas diubahsuai untuk memudahkan penumpang OKU.
  6. Memandu mengikut hadlaju
  7. Tenang ketika memandu. Memandu bukan untuk melepaskan tekanan.
  8. Pemakaian tali pinggang keledar menjadi satu kewajipan kepada semua penunggang. Bagi mereka yang berbasikal, topi keledar WAJIB dipakai. Sekiranya tidak, saman akan dikenakan walaupun kepada kanak-kanak.

Itu antaranya. Pernah dulu ketika di UK, saya sedang menunggu untuk melintas jalan kerana ada kereta sedang hampir. Terkejut saya apabila kereta yang sedang hampir itu berhenti betul-betul berdekatan saya untuk memberikan saya laluan untuk melintas. Tapi apa yang kita di Malaysia amalkan? Selagi boleh kereta tidak mahu berhenti pun.

Pejalan Kaki di Australia

Pejalan Kaki di Australia

Banyak lagi yang kita perlu perbaiki. Ini termasuklah ringan mulut kita membebel. Perasan tidak sedang kita memandu, apabila ada yang tidak kena, ringan saja mulut kita membebel. Perkara membebel dalam kereta satu yang saya kurang suka (setakat ini saya cuba sangat elakkan).

Contohnya pemandu X tidak memberikan lampu isyarat tukar lorong, sekali dia masuk simpang rupanya. Ha, mesti ramai tertekan macam ini kan? Apa perkataan yang akan keluar daripada mulut kita agaknya? Perkataan buruk yang kita sebut atau dengar, menambahkan tekanan kepada diri kita.

Gunakan signal setiap kali hendak tukar lorong

Gunakan signal setiap kali hendak tukar lorong

Sebab saya sendiri rasa tertekan kalau membebel ini. Bukan yang membebel sahaja tertekan, orang yang mendengar (penumpang) pun turut sama tertekan. Serius, cuba kita memandu dengan tenang, damai, orang buat salah di jalanraya kita ignore sahaja kalau tidak membahayakan kita.

Penguatkuasaan sistem undang-undang yang tegas dan efisyen telah menjadikan kehidupan ‘jalan raya’ contohnya di Australia, menjadi selamat. Sungguhpun tidak dapat dinafikan kadang-kadang berlaku juga kemalangan. Tetapi itu jarang sekali terjadi. Pemikiran yang mantap, perlu disusuli dengan tindakan yang tegas dan menyeluruh, baru hasil yang terbaik dapat dijana.

Tips Uruskan Tekanan

Mungkin salah satu sebab adalah tahap tekanan rakyat Malaysia yang mungkin semakin tinggi. Apapun alasannya, saya cuma harap perubahan dapat dimulakan daripada diri kita sendiri.

Untuk mengurus tekanan, boleh juga amalkan tips di bawah:

  1. Sentiasa dalam wudhu
  2. Amalkan zikir di sepanjang pemanduan
  3. Membaca quran di sepanjang pemanduan
  4. Fikir positif
  5. Ambil suplemen terutamanya BComplex.
  6. Urus masa dengan baik, supaya tidak terkejar-kejar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)