Call nowWhatsapp

Terapi Sonotron Untuk Anak Batuk Berkahak

Testimoni Pulih Batuk Berkahak dan Batuk Berulang

Baby Sarah sudah berbulan-bulan juga batuk dan hidung tersumbat. Kisahnya hidung dia memang tersumbat sejak lahir lagi. Tapi sebab dia boleh saja tidur, saya tidaklah ambil berat sangat masalah itu sehinggalah baru-baru ini dia macam sukar hendak menyusu dan tidur asyik terganggu.

Bunyi-bunyi lelah memang sudah ada sejak beliau 4 bulan, dan ini memang disahkan oleh doktor Nadir. Saya sudah berulang 5 kali ke klinik Dr Nadir untuk buang kahak, tetapi nampaknya kahak masih banyak, hidung masih tersumbat. Beratus juga habisnya.

Baru-baru ini saya ada terbaca di FB group menyatakan boleh mencuba kaedah sonotron untuk bayi batuk berkahak. Mulalah episod saya mengkaji perkara ini dan saya maklumkan kepada suami. Beliau memang pernah dengar dan boleh cubalah dengan kaedah ini.

Terapi Sonotron

Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih di mana ianya bebas daripada sebarang pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Ia memberikan kesan serta-merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan.

Rawatan ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43Mhz (kalau nak tahu, kebanyakan telefon mudah alih berfrekuensi tinggi iaitu sebanyak 900 Mhz). Jadi, boleh beza kan?

Kaedah rawatan unik ini terbukti secara berkesan dan ianya selamat ke atas pesakit.

Bagaimana Terapi Sonotron dikendalikan

Terapi ini akan bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah sekaligus menghilangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan. Setelah radikal bebas ni ditukarkan kepada oksigen dan air, sel yang sakit tadi berupaya untuk sembuh dengan serta merta secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.

Tengok gambar di bawah, inilah alat sonotron. Bunyinya agak bising, jadi setengah baby memang menangis macam baby Sarah.

Sonotron
Sonotron

Alat itu akan dihalakan ke arah dada, tekak, hidung dan belakang pesakit. Ia akan membantu mencairkan kahak. Dikatakan kahak akan keluar melalui hidung (air jernih) dan najis bayi (najis jadi berlendir).

Sebaik-baiknya rawatan diulang sebanyak 3 kali. Semalam hari kedua Sarah: hidung kurang bunyi, kurang batuk, menyusu dah elok dan boleh tidur lena.

Masa jumpa doktor Khadzali, beliau pesan perkara berikut:

  1. Sentiasa mandi air suam bagi kanak-kanak yang batuk berkahak atau selesema
  2. Sapu minyak selalu (dia ada bagi minyak sapu, sedap baunya)
  3. Jika ibu menyusu, kenalah pantang makan dan minum yang boleh menyebabkan kahak
  4. Jika anak sudah makan, pastikan elakkan beri makanan penyebab kahak

Selain amalkan pesanan doktor, saya juga buat ini

  1. Steam dan percussion setiap hari
  2. Saya amalkan suplemen, elakkan makanan penyebab mukus
  3. Beri Sarah sedikit madu, Vivix, Omega Guard.. semua ini untuk cairkan kahak

Alhamdulillah D2 nampak Sarah sudah lega. Saya hendak sambung rawatan sehingga D3 atau D4 insyaAllah. Misi saya hendak hilangkan dulu batuk dan hidung tersumbat. Lepas ini hendak hilangkan lelah pula.

Penyakit yang boleh dirawati dengan sonotron

Rawatan sonotron ini selamat kepada pelbagai usia, bayi baru lahir pun boleh. Masa hantar Sarah kelmarin, memang nampak ada bayi baru lahir pun datang buat terapi sonotron.

Anda PERLU cuba rawatan Sonotron sekiranya mengalami:

  • Stroke
  • Gout
  • Asma (Lelah)
  • Bronkitis (terutama kanak-kanak)
  • Sakit Tekak/Batuk
  • Kayap/Ekzema/Kudis
  • Sakit Pinggang/Pinggul
  • Sakit siku/jari/lengan
  • Migrain
  • Angin ahmar (Strok)
  • Resdung
  • Sakit sendi lutut
  • Kaki terseliuh
  • Bengkak pada tapak kaki”
  • luka
  • ulser
  • Masalah kulit/ jerawat
  • Gastrik

Dimana boleh dapatkan rawatan sonotron?

Bagi anda yang ingin mencuba kaedah ini, ini klinik yang menyediakan terapi sonotron

AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067

Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali

No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur. Tel 03 – 41083716

Isnin – Khamis (9 pagi-1 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-11 mlm), Jumaat (9 pagi-12 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-11 mlm), Sabtu (9 pg-1 tgh), Ahad (7 ptg – 10 malam)

Klinik Dr Fauziah

NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR, BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tel: 03-61890753.

Klinik buka setiap hari kecuali hari Ahad.

 

 

 

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

41 thoughts on “Terapi Sonotron Untuk Anak Batuk Berkahak

  1. qila says:

    Rawatan sonotron bagus utk ank2 selsema n batuk..
    Mmg boleh rawat scra smulajadi dgn cepat.

    Sape2 area Bangi boleh ke
    Pusat rawatan sonotron tawakal
    8am-11pm (buka tiap hari)
    019-4007258
    (Kene call Dulu buat appointment

  2. Panmedic Sdn Bhd says:

    Please note that Panmedic Sdn Bhd is just a supplier of the Sonotron and does not offer the treatment. For treatment please contact the other clinics and treatment centres. Thank you.

  3. Moon says:

    Br g wt td.Di senawang pon ada.pusat rawatan komplimentari namanya.dpn kilang mcis + metek kitamura.

    Pusat Rawatan Komplimentari
    Ozone Healing Sdn Bhd
    No 40, jln cattleya 4, taman cattleya, seremban
    06 6781111 / 019 7504447

    Caj rawatan :

    Bayi @ kanak2 : Rm 35
    Dewasa : Rm 50

    Waktu operasi :

    Isnin – Sabtu
    9.00 pagi – 5.00 petang

  4. pusat rawatan sonotron tawakal-bangi says:

    Terima kasih Di atas sokongan kpd pusat sonotron tawakal-bangi dari tuan blogger Dan juga pesakit yg lain..

    Saya admin bagi pusat rawatan, jika tuan tanah x keberatan boleh x tukarkan no phone Di atas.. Kerana itu adalah no personal manager kami. Kadang2 x dpt Di angkat.

    Ni adalah dua no yg sntiasa berada Di pusat rawatan, 013-2762132 Dan 03-89256922..

    Untuk cas rawatan Di Sini adalah rm30 utk kanak2.. Dan rm35 utk dewasa. Adalah Di maklumkan bahawa kami adalah pusat rawatan alternative.. tiada khidmat dan consultation @ fees consultation @ ubat2an dr doktor. Kami menggunakan khidmat therapist shj.

    Terima kasih sekali lagi. 🙂

  5. Diana says:

    Heee bila baca komen kat atas pasal sonotron da sinetron.. ada relevannya. Trima kasih sebab share.. at least ada alternatif lain utk baby.. 🙂

    • Raihanah Ahmad says:

      ada dalam gambar tu makanan yang menyebabkan mukus. ibu menyusu perlu elak makan tu. kalau baby dah boleh makan, elakkan makanan tu daripada baby

  6. Shila says:

    Asalamualikum.
    Saya sgt2 perlukn rawatan ni utk bayi saya yg bru sebulan.
    Org rumah semua batuk.kemungkinan bayi saya terjangkit dr mreka.bayi bru umur 20hri dh batuk teruk.kahak x lepas & semacam semput bila batuk.
    Nk tanya.selain ipoh perak.adakah tempat dekat lg.saya tgal teluk intan perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge