Tanda-tanda Bersalin

By | 10 June 2013


Bagi ibu-ibu baru, tentu sekali cemas bila memikirkan masa hendak bersalin. Di sini adalah tanda-tanda (secara general) bersalin

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
 

 

  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada ‘ruang’ di bawah rusuk.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
 
Sumber: saripetua, babycenter.
 
Apabila kandungan sudah mencecah 7 bulan, mommies boleh mula bersedia dengan beg keperluan untuk ke hospital. Siap2 letak dalam kereta atau letak di tempat yang memudahkan untuk diambil.
 
Ok, lepas ni saya share pula kelengkapan bayi.
 
Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge