Tahniah Supervisor Baru Shaklee!

By | 4 October 2017

Hari ini dah hari ke empat bulan Oktober 2017, maknanya sudah 4 hari berakhir debaran closing September 2017. Syukur alhamdulillah, kerana pada September itu bermakna saya sudah memiliki 5 orang supervisor! Apabila berjaya membina leader dalam kumpulan kita, ia satu kejayaan besar pada kita, terutama saya.

Saya naik supervisor sejak tahun 2014, bila supervisor kita tak perlukan leader dalam tim kita.

Apabila saya naik senior supervisor pada September 2016 (tahun lalu) saya naik bersama seorang supervisor dalam tim saya. Syarat Shaklee untuk naik rank adalah kita perlu ada leader. Jadi macamanapun kita harus tolong downline kita juga untuk berjaya.

Pada Januari 2017, saya naik coordinator dengan 3 orang supervisor dalam tim saya. Alhamdulillah.

Jadi kali ini menyaksikan pertambahan 2 orang lagi supervisor dalam tim saya. Iaitu Mr Sim (beliau banyak buat bisnes secara offline) dan Kak Tim iaitu leader saya di Ipoh.

Untuk Oktober 2017, insyaAllah saya ada 2 orang senior supervisor dan 5 orang supervisor dalam tim saya. Tolong doakan!

Cara Naik Rank Supervisor Dengan Mudah

Nak tahu bagaimana cara naik rank supervisor dengan mudah? Bonus bagi seorang supervisor adalah kira-kira RM dua ribu ke atas. Banyak kan? Jadi macamana cara nak dapatkan bonus dan rank supervisor?

1. Matlamat yang jelas

Setiap masuk bulan baru, buatlah matlamat yang jelas. Contohnya Fara (bukan nama sebenar) target bulan Oktober untuk naik rank supervisor, jadi letakkan sebagai matlamat.

Bila kita ada matlamat, pastikan juga kita ada sebab yang jelas kenapa kita nak dapatkan rank supervisor. Sebab ni kena jadi BIG WHY kita. Big why ni kena besar sehingga kita sendiri rasa takut. Cabar diri untuk letakkan big why ni, jangan takut, sebab Allah juga yang akan tolong kita nanti.

2. Dengar cakap mentor

Rahsia kedua adalah mesti dengar cakap mentor. Mentor ni fungsinya untuk bantu kita lebih laju dalam bisnes. Mereka menasihat, memberikan motivasi dan menunjuk jalan. Sebab mereka lebih dulu dalam bisnes ni dari kita, jadi mereka lebih jelas cara untuk berjaya.

Kalau kita betul-betul nak berjaya dengan Shaklee, pastikan kita dengar cakap mentor kita. Umpama guru juga, berkat kalau dengar cakap guru kan?

3. Hadir kelas atau program yang diadakan

Memang tidak dinafikan dalam tim saya, kami buat banyak sangat kelas secara online. Ada yang melalui wasap, telegram malah di facebook sekalipun memang kami pergunakan semua medium yang ada.

Tapi sesekali ada juga kelas anjuran Shaklee sendiri, anjuran mentor atau kelas luar yang berbayar.

Tujuan hadir kelas adalah untuk kita menambah ilmu menjadikan kita lebih berkemahiran, disamping menyuntik semangat untuk berjaya. Jadi sebolehnya, pastikan anda hadir mana-mana program atau kelas yang diadakan, terutama sekali kalau mentor anda sendiri ajak anda hadir.

Bonus Shaklee

Cara Jadi Supervisor

4. Niat yang baik

Memangla siapapun buat bisnes hendakkan duit, betul tak? Tapi sebolehnya jangan letakkan duit sebagai matlamat utama. Niat kita harus jelas. Antara niat saya dalam bisnes Shaklee adalah:

  • Untuk bantu seramai yang boleh agar mereka sihat atau kembali sihat
  • Untuk bantu ramai orang mendapat pendapatan minima 4 angka dengan Shaklee

5. Cekal dan tak putus asa

Saya naik supervisor sejak 2014 lagi dan saya hanya naik senior supervisor pada tahun lalu, September 2016. Saya ambil masa yang lama untuk naik, ada juga ketika saya rasa nak putus asa. Tapi kalau saya putus asa, adakah saya dapat berada pada tahap sekarang?

Shaklee adalah bisnes yang best. Best sebab asasnya kuat dan kukuh, jenis bisnes pula adalah jenis kesihatan. Bila jenis kesihatan ni, memang tak lut dengan krisis ekonomi negara. Mana-mana bisnes berkenaan kesihatan akan tetap maju walaupun negara alami krisis ekonomi.

Ada sebab juga kenapa saya pilih Shaklee. Kita sendiri kena yakin dengan pilihan kita. Bab bonus pula, saya dah riki juga lain-lain MLM atau bisnes, Shaklee menawarkan bonus paling banyak berbanding MLM lain.

Dan buat Shaklee pun mudah sahaja.

Kenapa kena jadi supervisor Shaklee?

Ini pun ramai tertanya-tanya, perlu ke minima naik rank supervisor?

Tak cukup ke kalau setakat bisnes Shaklee kita hanya buat 300uv, 600uv atau 1200uv?

1. Kena tahu apa yang Shaklee tawarkan

Untuk bisnes Shaklee, kena faham betul-betul apa benefit yang korang akan dapat, selain bonus jualan.

Sebenarnya bonus Shaklee unlimited. Ya! Unlimited. Awak boleh buat banyak mana pun, Shaklee akan bayar awak. Pernah top leader saya dulu pada tahun 2014, sebulan bonus beliau mencecah RM1.2 juta. Sebulan, bukan setahun!

Bonus Shaklee telah dipatent justeru tidak boleh ditiru oleh mana-mana syarikat

Bonus Shaklee adalah tak terhad

Jadi apa benefit yang kita dapat dengan bisnes Shaklee? Antaranya

  1. Bonus jualan peribadi
  2. Bonus jualan kumpulan
  3. Untung runcit
  4. Bonus kepimpinan (sehingga 6 level)
  5. Insentif kepimpinan (tahap coordinator hingga master)
  6. Insentif kereta
  7. Pakej pelancongan dalam dan luar negara

Awak takkan dapat semua peluang ni selagi belum bergelar supervisor. Kalau belum bergelar supervisor, awak hanya layak:

  • Bonus jualan peribadi
  • Untung runcit

Jadi sangat minima kan? Baik awak jadi supervisor sekarang!

2. Jadi supervisor buka peluang lebih besar

Bila awak sudah bergelar supervisor, ia membuka peluang lebih besar untuk awak ke tahap lebih tinggi. Iaitu awak layak untuk mula fight untuk dapatkan kesemua 7 benefit yang ada di atas.

Bila sudah bergelar supervisor, awak sudah layak untuk:

  • Kumpul point untuk dapat bonus kereta
  • Kumpul point untuk kelayakan pakej pelancongan dalam dan luar negara

 

Jom bisnes Shaklee

Jadi alang-alang awak bisnes Shaklee, elok awak naik rank supervisor cepat-cepat.

Bila sudah naik supervisor, cepat-cepat pula bina tim awak, supaya awak boleh tolong downline awak pula untuk berjaya macam awak. Bestkan?

Alhamdulillah saya pun telah berjaya bina tim saya, setakat ini saya sudah tolong 5 orang downline saya untuk berjaya mengecapi pendapatan minima 4 angka, minima RM2000 sebulan. Banyak tu, siapa nak bagi kita RM2000 sebulan senang-senang je kan?

Kalau awak nak berjaya dalam Shaklee, tentulah saya adalah pilihan mentor awak. Sebolehnya saya cari ciri-ciri berikut:

  • Seorang yang bercita-cita tinggi dan berimpian
  • Seorang yang bersemangat
  • Seorang yang berdikari
  • Seorang yang suka belajar
  • Seorang yang suka update blog dan facebook
  • Seorang yang dengar cakap saya
  • Pengalaman dalam bisnes adalah lebih baik (kalau ada).

Zaman sekarang semua orang perlukan pendapatan lebih, ayuh mulakan bina impian anda dengan Shaklee bersama saya, mentor terbaik anda.

Raihanah Mentor Shaklee Terbaik

Raihanah Mentor Shaklee Terbaik

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

18 thoughts on “Tahniah Supervisor Baru Shaklee!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge