Tahajud Untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat

By | 13 October 2015

Salah satu faktor untuk berjaya dunia dan akhirat adalah konsisten melaksanakan tahajud. Bagaimana dan apa kelebihan melaksanakan tahajud, ayuh kita ulangkaji. Saya sebut ulangkaji sebab saya tahu ramai sedia maklum kelebihan tahajud ini.

Untuk yang muslim, jadikan tahajud sebagai rutin untuk berjaya dunia dan akhirat.

Apakah Solat Tahajud

Solat tahajud adalah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Solat ini dilakukan selepas waktu Isyak sehingga terbit fajar.

Sebaik-baknya dilakukan pada waktu sepertiga malam (kira-kira jam 3 pagi) hingga ke fajar. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat secara bersendirian atau seberapa banyak yang termampu.

Kelebihan Solat Tahajud

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim)

Cara Mengerjakan Solat Tahajud

Lafaz niat:

Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala

Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala

Rakaat pertama hendaklah membaca surah al fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua hendaklah membaca surah al fatihan dan surah al-ikhlas.

Sesudah salam, bolehlah membaca doa ini:

Doa sesudah solat tahajud

Doa sesudah solat tahajud

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Tahajud Untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      amalan tahajud banyak kebaikan untuk diri. insyaAllah sama2 istiqomah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betullah rasa rugi pula bila tinggalkan. kena rebut peluang pahala

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge