Call nowWhatsapp

Semalam ada kelas online dalam tim kami berkenaan tips topik sihat dan bertenaga dengan Set Haji dan Umrah Shaklee. Kenapa kena ambil set ni, daripada kelas semalam membuka mata saya bahawa dengan pengambilan set ini dapat membantu jemaah haji atau umrah dalam melaksanakan ibadah itu.

Cabaran Menunaikan Haji dan Umrah

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji atau pun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan.

Seperti firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran, ayat 97 :

“Dan Allah mewajibkan keatas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk).”

Berikut adalah gambaran ringkas perjalanan haji. Semasa umrah, kita hanya tertumpu kepada Mekah sahaja.

Manakala semasa Haji, ada perjalanan jauh yang wajib dibuat iaitu Mekah – Arafah – Muzdalifah – Mina – Mekah.

Gambaran menunaikan haji dan umrah

Gambaran menunaikan haji dan umrah

1. Fizikal Yang Cergas – Jarak Yang Perlu Dibuat

  • Jarak untuk tawaf sekeliling Ka’abah adalah sebanyak 7 pusingan sejauh 500m – 1.0km x 7 Pusingan = 7km.
  • Jarak saie dari Safa ke Marwah 450m+- (ada yang kata 405m, ada yang kata 415m). 450m x 7 pusingan = 3.15km.
  • Jarak ke Jamrah melalui terowong dan jalan sepanjang 3.5KM+- (Jika kena duduk di Mu’assir (Mina 2), dalam 5km hingga 7km ke kawasan Jamrah. Pergi balik dah 10km)
  • Jarak antara Jamrah ke jamrah. Ada 3 jamrah kesemuanya.
  • Jarak antara Jamrah Ula ke Jamrah Wusta 247m+-.
  • Jarak antara Jamrah Wusta ke Qubra 200m+-
  • 10 hb melontar di Jamrah Kubra (jamrah paling jauh, perlu melalui jamrah ula dan wusta dahulu). 11hb, 12hb, 13hb kena melontar di ketiga-tiga jamrah.
  • Khemah ke jamrah 10km x 4 hari di Mina = 40km
  • Jarak dalam kawasan Jamrah Ula + Wusta + Qubra = 447m x 4 hari = 1.78km

Secara keseluruhannya, jarak untuk mendapatkan:

  • Haji = 51.93 KM+-
  • Umrah = 10.15 KM+- (umrah bukan kita buat sekali, banyak kali!)

Namun semua jarak di atas tidak termasuk ke tandas, untuk makan minum, ulang alik hotel ke masjid, Mudzalifah, Arafah dan lain-lain lagi.

Semasa di tanah suci, memang kita perlu banyak berjalan dan bergerak. Sangatlah rugi jika hanya duduk di hotel sebab tidak larat sedangkan kita menabung bertahun-tahun untuk pergi. Betul tak?

2. Jangkitan Penyakit

Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan yang sangat sesak dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Macam-macam virus penyakit boleh berkumpul di sana.

Cuba bayangkan, kalau sistem imun kita lemah, tak mampu melawan virus yang datang menyerang, dan jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat?

Nauzubillah. Minta Allah jauhkan.

Jika di Malaysia pun kita jenis yang kurang bersenam, kerap demam batuk selsema, dan tiba-tiba kita pergi menunaikan haji, dengan cuaca sangat berbeza, badan kita akan mengalami “kejutan”.

Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH dan tempoh menunggu berjam-jam. Orang terlalu ramai. Ramai sangat yang uzur ketika berada di sana.

Demam, batuk, selsema, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi memang biasa, terutama golongan warga emas.

Masalah kesihatan memang boleh menjejaskan ibadah kita di sana.

Contohnya, kita mungkin terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahala solat berjemaah adalah beratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat lain.

Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf sunat mengelilingi Kaabah atau hanya melihat Kaabah saja setiap hari pun, dah dapat pahala yang besar.

Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak berjalan jauh dari hotel ke Kaabah setiap hari?

Bila tak sihat, maka kita terpaksa lah ‘tersadai’ saja di hotel, atau lebih teruk, tersadai di hospital sepanjang masa.

Alangkah sayangnya jika ini berlaku pada diri kita atau ibu bapa kita.

Seumur hidup, mungkin ini KALI PERTAMA dan mungkin KALI TERAKHIR kita menunaikan ibadah haji.

Jadi, pastikan kita berusaha tingkatkan kesihatan agar dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.

Set Haji dan Umrah Shaklee

Untuk tujuan itu, Shaklee ada Set Haji dan Umrah Shaklee yang dapat membantu memenuhi keperluan para jemaah haji dan umrah. Antara yang sesuai dibawa adalah:

Tapi untuk yang paling basic yang saya selalu cadangkan:-

Set Haji dan Umrah Shaklee

Set Haji dan Umrah Shaklee

  1. Vitalea Multivitamin: Multivitamin untuk kesihatan dan kecergasan menyeluruh sepanjang di Tanah Suci.
  2. Vitamin C: Menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan penyakit.
  3. Ostematrix (Calcium dan Magnesium): Menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh semasa menjalankan ibadah fizikal.
  4. Garlic Complex: Antibiotik semulajadi mengelak jangkitan kuman seperti sakit tekak, batuk dan selesema yang sering dialami para jemaah.
  5. Performance Drink: Minuman elektrolit yang memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi terutama semasa cuaca panas di Tanah Suci. Boleh bancuh dengan air zam-zam dalam botol dan minum sepanjang masa.

Jika ada keperluan dan budget, boleh tambah vitamin dibawah ini juga.

  1. Nutriferon: Immune system booster untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
  2. Vivix: Antioksidan, antibiotik semulajadi untuk kesihatan keseluruhan.
  3. Shaklee Collagen Powder: Collagen untuk kelancaran tulang dan sendi.
  4. OmegaGuard: Pelincir untuk sendi, sangat penting untuk jemaah yang memang mengalami masalah sendi dan lutut.

Oh yer, di sana keadaan cuaca di Tanah Suci sangat kering. Jadi wajib pakai MOISTURIZER sepanjang di sana.

Herbal blend boleh disapu pada bibir, muka, tangan, siku, lutut, tapak kaki untuk elakkan kering dan merekah. Lepas bercukur kepala (bagi lelaki), boleh sapukan herbal blend cream untuk elakkan gatal di kepala. Herbal blend cream tiada bau wangian, jadi selamat dan sah digunakan sepanjang berihram.

Testimoni Pengamal Shaklee Semasa Mengerjakan Haji dan Umrah

Berikut adalah testimoni daripada Master Maria:

TAHUN 2014 – UMRAH (TENGAH PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)
===========

Pada Dec 2014, kami diberi rezeki lagi pergi menunaikan Umrah.

Saya hanya tau saya pregnant beberapa minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci.

So masa di sana, saya tengah pregnant 3 bulan.

Alhamdulillah, saya dah amalkan vitamin Shaklee setiap hari sejak tahun 2012, dan saya masih teruskan Set Hamil Shaklee sepanjang di Tanah Suci.

Subhanallah, kalini saya rasa perbezaan yang sangat ketara dari segi tenaga & kesihatan!

Hotel kami sejauh 1 kilometer dari Masjidilharam.

Walaupun tengah pregnant, saya mampu jalan kaki ulang alik setiap hari ke Masjid untuk solat berjemaah.

Saya mampu buat Umrah hampir setiap hari di sana, mampu tawaf & saie dengan sempurna. Boleh buat tawaf sunat lagi.

Sepanjang di sana, saya langsung tak kena batuk atau selsema macam sebelum ni.

Saya rasa sangat sihat dan fit walaupun tengah pregnant!

Kadang-kadang macam lupa pulak tengah pregnant sebab cergas semacam. Hihi.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada saya kali ni.

Saya yakin, dengan asbab saya amalkan suplemen Shaklee, sistem imun saya bertambah baik secara semulajadi, tanpa perlu bergantung kepada ubatan dadah, semestinya dengan izin Allah.

Penutup

Kita dah nampak gambaran bagaimana cabaran menunaikan haji dan umrah ini kan. Jadi jomlah kita hadiahkan Set Haji dan Umrah Shaklee untuk family yang akan menunaikan Haji dan Umrah, InsyaAllah bila mereka dapat kesihatan yang baik dengan asbab Shaklee, kita juga akan dapat pahalanya. Amin.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)