Shaklee Rakan Kongsi Hospital Sunway Medical Center SMC

By | 3 May 2017
Shaklee rakan kongsi hospital Sunway Medical Center SMC

Seronok betul bisnes dan jadi pengamal Shaklee. Sudahla ada Landmark Study, kajian klinikal bersepah-sepah, produk yang berkesan kepada penggunanya (tanpa mengira siapa). Kini ada satu lagi yang menyebabkan saya semakin teruja dengan Shaklee.

Ya, kini Shaklee Malaysia adalah rakan kongsi kepada Sunway Medical Center (SMC)! Teruja kan?

Shaklee Rakan Kongsi Sunway Medical Center SMC

Kalau anda hendak tahu, Shaklee merupakan syarikat jualan langsung yang pertama berjaya menjadi rakan kongsi hospital, iaitu Sunway Medical Center (SMC).

Salah Faham Tentang MLM (Multi-level Marketing)

Sejak saya sertai Shaklee, memang banyak tohmahan dan salah faham yang saya dengar tentang MLM. Saya sendiri pun sebelum menyertai Shaklee, saya memang mengelakkan daripada membeli atau menyertai mana-mana MLM.

Tapi akhirnya saya sendiri menyertai MLM itu pun Shaklee sahaja. Jadi dengan segala salah faham, bagaimana Shaklee boleh menjadi rakan kongsi hospital Sunway Medical Center?

1. MLM Adalah Bisnes Masa Hadapan

MLM sebenarnya adalah bisnes masa hadapan. Tak percaya? Cuba perhatikan apa yang disebut oleh kedua-dua tokoh di bawah:

Robert Kiyosaki mencadangkan network marketing sebagai bisnes masa hadapan

Robert Kiyosaki mencadangkan network marketing sebagai bisnes masa hadapan

Menurut CEO Shaklee pula,

“Bisnes masa hadapan adalah bisnes yang menjana pendapatan dan pada masa yang sama fleksibel.” Roger Barnett, Pre-Conference Shaklee Malaysia 2017

Masalah MLM adalah disebabkan orang-orang di dalamnya yang suka menyalahgunakan peluang yang ada. Antaranya:

  • Bayar sejumlah wang untuk membeli pangkat.
  • Buat pinjaman bank semata-mata untuk bisnes MLM.
  • Fokus untuk cari orang, sedangkan jualan produk terabai
  • Jual dengan harga ahli atau di bawah harga ahli (harga rugi!) kepada bukan ahli. –> SABOTAJ!
  • Macam-macam lagi

Bila orang-orangnya sendiri yang menyalahgunakan, tidak hairanlah mengapa masyarakat ramai yang sudah menyampah dengan MLM. Kita sendiri bagaimanapun harus tahu ciri-ciri MLM yang halal dan boleh kita sertai. Tahu ke? Boleh baca dalam link yang saya berikan.

2. Produk MLM Tidak Dipercayai

Itu baru tentang bisnes. Bagaimana pula tentang produk?

  • Ada orang suka ambil produk MLM tempatan – tentunya tanpa kajian klinikal
  • Ada orang suka ambil produk MLM negara luar
  • Ada orang suka ambil produk suplemen dari farmasi sahaja sebab dikatakan adanya kajian klinikal, walaupun ianya sintetik.

Dengan pelbagai kesan sampingan, para doktor memang anti betul dengan suplemen MLM ini. Jadi disebabkan ini, jangan haraplah suplemen MLM akan mendapat tempat di hospital. Jadi rakan kongsi hospital? Memang pangkah siap-siap.

Sebab itu rakan kongsi hospital hanyalah produk yang dibekalkan oleh farmasi sahaja. Walaupun ianya sintetik, dikatakan ia ada mengandungi kajian klinikal.

Sejauh mana keberkesanan, ini kita tidak pasti. Tapi bacalah hasil Landmark Study, disitu ada disebut berkenaan keselamatan dan keberkesanan suplemen kepada kesihatan (termasuk suplemen dari farmasi).

Tapi tahukah anda sebenarnya produk MLM banyak yang bagus, terutama produk dari negara luar. Jenama lain memang saya tidak tahu, tapi Shaklee saya memang pakar.

Mengapa Shaklee Jadi Pilihan Sebagai Rakan Kongsi Hospital (Sunway Medical Center) SMC

Pada Shaklee, kita tidak hanya berbicara tentang suplemen semata-mata, bahkan kita menekankan tentang:

  • Pemakanan sihat
  • Senaman yang perlu dibuat
  • Ambil suplemen yang baik, selamat dan berkesan

Shaklee bukan dibina atas dasar untuk semata-mata. Kalau Shaklee fikirkan keuntungan sahaja, Shaklee takkan melaburkan 300USD untuk kajian saintifik setiap tahun.

Shaklee sangat berbeza. Apa yang membezakan Shaklee?

Perkara Yang Membezakan Shaklee Dari Pesaing Yang Lain

a. Produk Shaklee adalah selamat

Ada beberapa point yang ingin saya ketengahkan:

  1. Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran.
  2. Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
  4. Semua produk Shaklee tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.
  5. Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten.
  6. Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP).
  7. Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi.
  8. Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.
Kajian dijalankan oleh Shaklee

Komitmen Shaklee dalam penjagaan kualiti kesemua produknya

b. Proven. Suplemen Shaklee adalah terbukti berkesan.

Bagi Shaklee, kami tidak menyatakan sesuatu itu begitu sahaja. Kami ada bukti ia berkesan. Bagaimana pengguna dapat mengamalkan Shaklee selama 10, 20 hingga 40 tahun? Ini kerana ia berkesan.

  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada suplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.
Shaklee sentiasa menyokong kajian klinikal ke atas nutrisi, dan hasil kajian Shaklee juga diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik

Shaklee sentiasa menyokong kajian klinikal ke atas nutrisi, dan hasil kajian Shaklee juga diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik

c. Effective. Suplemen Shaklee adalah efektif melalui Landmark Study.

Landmark Study Shaklee adalah kajian penggunaan Shaklee dalam jangkamasa panjang pengambilan yang mana menunjukkan pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.

Landmark study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis suplemen.

Kesimpulan Landmark Study Shaklee menyatakan pengambilan suplemen Shaklee telah membantu meningkatkan kesihatan penggunanya

Kesimpulan Landmark Study

Landmark study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007. Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.

Sunway Medical Center Hospital Pertama Rakan Kongsi Shaklee, NASA Mendahului

Kita kagum betul kan bila Shaklee menjadi rakan kongsi hospital di Malaysia iaitu Sunway Medical Center (SMC), tapi tahukah kita NASA mendahului pengiktirafan kepada Shaklee sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Kenapa NASA? Umum mengetahui NASA adalah sebuah badan kajian angkasa lepas bagi negara United States of Amerika (USA). Ramai angkasawan dilahirkan oleh NASA disamping membuat pelbagai kajian saintifik tentang angkasa lepas.

Hendak jadi angkasawan bukannya mudah, lihat sahaja pemilihan Dr Sheikh Muzaffar Shukor sekitar tahun 2006 dahulu. Latihan untuk memilih angkasawan (itupun cuma angkasawan lawatan sahaja) sangat teruk dan ketat. Angkasawan juga perlu jaga kesihatan yang terbaik.

Jadi untuk membantu meningkatkan kesihatan angkasawannya semasa di angkasa, NASA melantik Shaklee untuk mencipta suplemen yang sesuai diambil oleh angkasawan. Itulah terwujudnya AstroAid. NASA telah melantik Shaklee sebagai rakan kongsinya dalam hal suplemen sejak lebih 10 tahun lalu.

NASA juga merupakan rakan kongsi Shaklee, sejak lebih 10 tahun lalu

NASA juga merupakan rakan kongsi Shaklee, sejak lebih 10 tahun lalu

Penutup

Dengan taraf Shaklee sebagai rakan kongsi hospital terutama Sunway Medical Center (SMC) kita berharap lebih ramai lagi pengguna yakin untuk mengamalkan Shaklee sebagai suplemen harian mereka.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

22 thoughts on “Shaklee Rakan Kongsi Hospital Sunway Medical Center SMC

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul kan, harga berpatutan setara dengan kualitinya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ya betul sangat, dalam Shaklee pun ada je segelintir yang suka langgar prinsip ni. what Shaklee did was to take action against them

      Reply
  1. Mummydearie

    Saya pun sebenarnya takut kalau terjebak dengan MLM. Memang apa yang dibaca semua pun tak berapa baik kedengarannya. Memang tak pernah cuba pun mana-mana MLM.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      samalah saya dulu, memang tak pernah terfikir nak join MLM. tapi alhamdulillah bila kita do it right, the best will happen

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan, doktor pun takleh nak anti sangat dengan shaklee

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Alhamdulillah memang happy dengan ini

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah kita dalam the right bisnes MV

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, sesuatu yang saya pun baru belajar

      Reply

Leave a Reply to Haidar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge