Call nowWhatsapp

Kurang seminggu sahaja lagi kita hendak mula berpuasa. Apa rancangan kita kali ini. Buat persiapan rapi tak?

Jangan sia-siakan peluang ini kerana kita tidak pasti adakah ada Ramadhan lagi untuk kita tahun hadapan.

Ayuh semak persediaan Ramadhan kita.

Senarai Semak Menyambut Ramadhan

  1. Jaga kesihatan kita sebaik mungkin supaya kita tidak terlepas peluang melakukan ibadat. Bulan ini semua pahala digandakan, kalau kita sihat, bolehlah kita pulun buat ibadah sebanyak-banyaknya.
  2. Semak semula hukum-hakam berkaitan puasa, rukun, dan perkara yang membatalkan puasa agar kita ingat semula.
  3. Ambil tahu amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti baca Al Quran, sedekah, dan lain-lain. Kena juga ambil tahu fatwa-fatwa berkaitan permasalahan berpuasa seperti ibu mengandung, ibu menyusu, orang sakit dan lain-lain.
  4. Tanam azam yang ikhlas untuk fokus beribadah, bukan buat sebab malu kepada orang ramai.
  5. Sentiasa berdoa “Allahumma Ballighna Ramadhan”
  6. Latih diri untuk selalu bangun malam (sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu) sebelum masuk Ramadhan. Ini supaya kita tidak liat bangun malam di bulan Ramadhan.
  7. Jaga lisan dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Lebih banyakkan diam dari bercakap perkara sia-sia. Semakin banyak kita bercakap, semakin banyak silap kita lakukan.
  8. Saling mengingati tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.
  9. Buat semakan amalan yang dibuat di bulan Ramadhan sebagaimana yang disebut di atas.

Dipetik dari akuislam.com

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, saya siapkan juga suplemen untuk anak-anak dan ahli keluarga. Antara yang kami amalkan:

Tu dia, banyak, tapi puas hati. Lagipun menyeluruh juga tu.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)