Call nowWhatsapp

Selamatkan Buah Pinggang Dari Darah Tinggi

Saya dapat seorang customer baru-baru ini. Katanya sakit buah pinggang sudah tahap 4. Bila saya tanya punca penyakit apa. Katanya mungkin disebabkan darah tinggi. Itupun ubat hanya ambil 2 tahun lalu, tapi penyakit darah tinggi beliau telah ada sejak 9 tahun lalu.

Pembaca semua, jangan ambil mudah penyakit darah tinggi. Saya ada kawan yang ada darah tinggi. Sampai sudah tidak mahu pun ke hospital untuk ambil ubat. Shaklee pernah ambil, tapi malas dan tak konsisten ambil. Saya selalu pesan padanya untuk rujuk dengan doktor.

Saya tak pasti apa keadaannya sekarang. Tapi saya insyaALlah ada temujanji dengannya minggu depan. Memang aim saya hendak pujuk beliau untuk rujuk sakitnya dengan hospital, yelah selain ambil Shaklee.

Tapi selalu saya cerita penyakit buah pinggang ada hubungan dengan kencing manis atau diabetes kan. Kali ini bagaimana pula hubungan darah tinggi dengan penyakit buah pinggang.

Apakah Darah Tinggi

Darah tinggi telah menjadi satu epidemik global dengan 1.5bilion penduduk dunia menghidapinya.

Pada tahun 2006, 42.6% rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas dianggarkan menghidap darah tinggi tetapi hanya 26% daripada mereka menerima rawatan dan berupaya mengawal tekanan darah mereka.

Darah tinggi sering dikaitkan dengan strok, serangan jantung dan ia juga berkait rapat dengan masalah buah pinggang.

Darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan di samping itu penyakit buah pinggang boleh menyebabkan darah tinggi menjadi bertambah buruk.

Kaitan Buah Pinggang dengan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah adalah merujuk kepada keupayaan darah menolak ke arah dinding arteri sementara ia bergerak ke seluruh tubuh, yang dikawal oleh buah pinggang.

Buah pinggang pula berfungsi menyingkirkan garam dan cecair berlebihan daripada darah bagi mengurangkan beban tekanan darah. Selain itu, ia juga mengekalkan garam dan air untuk meningkatkan tekanan darah yang rendah.

Video dibawah memberikan penjelasan berkenaan kaitan di antara buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Jenis-jenis darah tinggi

1. Darah Tinggi Essential

Bagi penghidap darah tinggi essential (tanpa sebab dikenalpasti), tekanan darah tinggi yang berterusan boleh merosakkan salur darah dan alat penapis dalam buah pinggang. Ini akan memberi kesan kepada keupayaan buah pinggang menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

Tanda-tanda Darah Tinggi Berkaitan Buah Pinggang

  • Pengurangan jumlah air kencing (samada sukar membuang air kencing atay kerap membuang air kencing, terutama pada malam hari)
  • Kaki bengkak akibat pengumpulan cecair dalam badan (edema).

2. Darah Tinggi Sekunder

Darah tinggi sekunder berlaku akibat masalah dalam buah pinggang itu sendiri. Salah satu penyebab adalah dari hipertensi renal iaitu pengurangan bekalan darah kepada buah pinggang akibat ateriosklerosis (arteri renal tersumbat akibat pengumpulan lemak dan kolestrol telah membentuk plak pada dinding saluran darah).

Akibat kekurangan darah, buah pinggang dan kelenjar adrenal bertindak balas dengan menghasilkan hormon tertentu yang akhirnya meningkatkan tekanan darah.

Darah tinggi renal atau hipertensi renal dikenalpasti apabila tekanan darah tinggi yang berlaku:

  • Di kalangan individu lebih muda
  • Di kalangan mereka yang lebih tua dan tekanan darah tinggi berlaku pada peringkat awal.
Perbandingan buah pinggang normal vs buah pinggang dengan darah tinggi

Perbandingan buah pinggang normal vs buah pinggang dengan darah tinggi

Penjagaan Buah Pinggang Bagi Pesakit Darah Tinggi

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), darah tinggi merupakan penyebab kedua terbanyak menyumbang kepada penyakit buah pinggang peringkat akhir. Jika tekanan darah tidak terkawal ia akan mempercepatkan perkembangan penyakit kegagalan buah pinggang kronik.

Cara penjagaan buah pinggang bagi pesakit darah tinggi:

  • Pantau tekanan darah secara teratur (buat setiap hari). Sekiranya bacaan melebihi 135/85mmHg, anda perlukan rawatan bagi tekanan darah tinggi.
  • Jika anda mempunyai diabetes / kencing manis, pastikan tekanan darah anda tidak melebihi 130/80 mmHg.
  • Kurangkan pengambilan garam, sos dan bahan perisa yang mengandungi sodium tinggi
  • Pilih makanan sihat dan seimbang.
  • Lakukan aktiviti fizikal.
  • Kurangkan berat badan berlebihan kerana pengurangan 5-10% boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Elakkan pengambilan alkohol.
  • Jauhkan merokok.
  • Tangani tekanan dan stress
  • Dapatkan rehat dan tidur mencukupi – bagi orang dewasa minima 6 jam tidur pada waktu malam.
  • Dapatkan suplemen yang selamat untuk anda.

Suplemen Untuk Tekanan Darah Tinggi Dan Buah Pinggang Kronik

Memandangkan ia masalah buah pinggang kronik, boleh gunakan sahaja set yang sama saya pernah cadangkan sebelum ini, iaitu:

Set buah pinggang kronik darah tinggi Shaklee

Set buah pinggang kronik darah tinggi Shaklee

1. BComplex

Vitamin B membantu dari segi:

  • Mencegah anemia (sel darah merah membawa oksigen dari peparu ke semua bahagian badan).
  • Menjaga kesihatan sistem saraf
  • Membantu dalam proses sintesis DNA
  • Membantu mencegah stress yang menyebabkan darah tinggi

2. Vitamin C

Vitamin C yang tinggi pada tubuh seseorang dikaitkan dengan tekanan darah yang normal. Selain itu vitamin C digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis tisu yang sihat.

Ia juga membantu luka dan lebam cepat sembuh dan boleh membantu mencegah jangkitan.

3. Vitamin E

Dalam kajian oleh UCI College of Medicine melaporkan pengambilan dos tinggi vitamin E dapat membantu mengurangkan darah tinggi di kalangan pesakit darah tinggi dengan buah pinggang kronik.

4. Protein

Mungkin ramai sebut bila sudah ada sakit buah pinggang, tidak boleh ambil protein. Sebenarnya bukan tidak boleh ambil protein, tapi jangan ambil berlebihan. Orang yang ambil protein berlebihan contohnya orang bina badan (sado), sebab mereka hendak bina otot.

Jadi bagi kita yang tidak perlu pun bina badan, kita memang perlukan protein. Kalau tidak cukup protein, kita akan jadi malnutrisi. Samalah halnya dengan pesakit darah tinggi dan buah pinggang.

Pengambilan protein dari soya dapat membantu mengurangkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Laporan klinikal menjelaskan penggunaan protein soya:

  • Dapat mengurangkan kerosakan penapis buah pinggang
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi glomerular

Antara komponen protein soya yang memberikan faedah adalah asid amino dan isoflavones yang bermanfaat.

5. Resveratrol

Dalam hal resveratrol, ia dapat membantu pesakit darah tinggi dan buah pinggang kronik dari segi:

  • Mengaktifkan sirtuan SIRT1 dan SIRT3
  • Meningkatkan peranan mitokondria yang memberikan tenaga kepada sel
  • Mengurangkan tekanan oksidatif

6. Minyak ikan Omega 3

Banyak khasiat minyak ikan omega 3 untuk masalah darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik:

  • Membantu menurunkan tekanan darah dengan menjadikan pembuluh darah lebih elastik
  • Memperbaiki metabolisme tubuh
  • Menurunkan kadar triglyecerides dan kolestrol jahat yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi
  • Membantu mengurangkan inflamasi dalam buah pinggang

Kesimpulan

Sekiranya anda telah didiagnos dengan darah tinggi, pastikan anda kawal dan jumpa doktor secara berkala. Ini kerana ubat dapat membantu mengawal tekanan darah anda. Tindakan anda dapat menyelamatkan buah pinggang anda daripada menjadi rosak.

Di samping itu ambillah perhatian dengan cara menjaga buah pinggang anda bagi pesakit darah tinggi seperti saya senaraikan di atas.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)