Saya Pengurus Project ICT, saya juga Pengedar Shaklee

By | 26 March 2014

Saya tak pernah tulis tentang kerjaya saya.

Saya adalah Pengurus Projek (PM), dah 12 tahun berkhidmat di syarikat saya sekarang. Telah mengendalikan lebih daripada 10 buah projek ICT. Kebanyakan pelanggan saya adalah daripada sektor awam.

Apa yang saya buat selaku pengurus projek?

Ramai berpendapat kami PM ni hanya penjaga jadual. 😀 dah biasa dah dengan kata-kata tu. Kami juga sering dirujuk sebagai Problem Manager, PM juga kan. Tapi Prime Minister belum pernahlah.

Biasanya kami mengendalikan projek, mengendalikan mesyuarat-mesyuarat, mengatur aktiviti / mesyuarat, memastikan objektif dan milestone dicapai dalam tempoh dikehendaki. Jika tak tepati tempoh, kena berjawab apa sebab musababnya, kami juga adalah orang tengah di antara pengurusan dengan pasukan projek dan juga pasukan projek dengan pelanggan. Jadi orang tengah ni susah sangat.

90% tugas PM adalah communication. Communication macam-macam i.e mesyuarat, watsapp, telegram, email, laporan-laporan, makan-makan dll. Tapi kami bukanlah asyik bercakap aje, penat juga asyik bercakap ni.

Dalam menguruskan projek kami ada tempoh masa yang perlu ditepati. Biasanya ia dalam tempoh kontrak yang ditandatangani, legally accepted by both parties. Bila melibatkan tempoh masa ni, biasanya kami ambil kira cuti-cuti Malaysia i.e hari perayaan utama, hari cuti am, dan lain-lain. Cuti sekolah jarang-jarang boleh diketepikan sebab ada pelanggan tak bagi cuti, lambat siap nanti katanya. Selain consider cuti, kami juga perlu consider priority aktiviti tersebut. Kalau buat lambat, lambat pula bayar, berjawab pula dengan pengurusan. Yalah, pengurusan nampak duit aje. Jadi kenalah kerja untuk pastikan aktiviti berjalan lancar.

Kami bukan macam sektor awam, ikutlah nak cuti, tambah-tambah cuti sekolah kan. Gaji sentiasa masuk, tapi kami sektor swasta kami kena siapkan projek supaya kami dibayar gaji. Boleh faham tak maksud ni?

Jadi, kalau PM ni nak cuti, banyak kena consider. Kena consider tempoh projek, aktiviti yang masih berjalan, dll. Ibarat kami ni ketua, if ketua takde pasukan projek pun slow tak buat kerja. Mana nak meet target kan.

Bagi saya orang-orang yang paling memahami kerja kami adik beradik adalah ibu bapa kami. Meskipun abah government pensioner, tapi beliau faham hakikat tugas anak-anak yang kerja swasta. Tak pernah mengeluh kami terpaksa balik lewat dll. Sayu pulak… semoga mama abah panjang umur untuk saksikan saya naik jadi Master Shaklee. Amiin.

Bila saya bertemu jodoh dengan Shaklee, saya rasa inilah jenis bisnes yang boleh saya buat. Saya mesti berjaya dengan Shaklee. Supaya saya punya lebih masa dengan anak-anak dan keluarga. Sekarang pun ada masa, tapi cuti susah (bukan sebab company susah lulus tapi sebab tanggungjawab tugas), masa seharian banyak di luar, masa dengan anak-anak memang kurang. Kesian memang ada, tapi sebab masih bekerja kenalah dikuatkan semangat. 

Dunia sekarang perlukan duit. Nak lagi negara kita pun takla kaya sangat. Semua perlukan duit. Inilah pengorbanan saya untuk anak-anak.

Semoga Allah permudahkan jalan ini, dan semoga faham kerjaya saya dan pengorbanan yang saya buat untuk anak-anak.

Jika anda ingin menyertai keluarga kami dalam Shaklee, anda sangat dialu-alukan. InsyaAllah kami ada keluarga besar yang telah mempunyai case study yang berjaya, bukan setakat berjaya, tetapi memang sangat berjaya.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge