Selalu juga saya update pasal emas kan. Kali ini sebab teruja dengan perkongsian blogger Puan Bee, saya hendak sertai peraduan yang beliau buat.
Saya dan emas
Rasanya mungkin sebab saya ini asal Kelantan, jadi mak saya memang biasakan kami pakai emas sejak kecil. Dulu ingat lagi situasi seperti ini mesti kena pakai barang kemas:
- balik kampung
- hari raya
- hadiri kenduri
- jalan-jalan
Dulu kecil mak pakaikan, bila dah remaja dan dewasa mak akan ingatkan supaya pakai.
Saya kurang pakai emas sejak beranak pinak. Bukan tidak suka, tetapi saya risau:
- terkena dan akan melukai anak-anak saya (terutamanya rantai tangan)
- anak-anak tarik emas – manalah tahu nanti rosak pula emas saya
Emas yang saya selalu pakai biasanya rantai tangan. Cincin jarang pakai sebab jari gemuk, jadi susah hendak cari saiz. Saya bila pakai barang kemas memang sentiasa pakai, tidak reti hendak off bila di rumah atau tidur. Sebab itu saya jarang pakai rantai leher, sebab tidur nanti terjerut. Hahah
Lagipun bila hendak bersalin, mesti kena buka semua barang kemas kan, jadi lepas sudah dibuka memang lupa langsung hendak dipakai semula.
Tapi sekarang ini sejak akhir tahun lepas, saya mula pakai semula. Sebab saya baca banyak perkongsian berkaitan emas dan ilmu berkaitan emas pun banyak juga sekarang ini.
Perkembangan Selama 6 bulan ini
Saya menabung duit RM20, jadi hasil tabungan saya buat beli emas goldbar dan dinar. Setakat 6 bulan ini banyak juga saya sudah beli, beli sikit-sikit jadi memang banyaklah kan.
Selain beli guna duit tabung, saya juga keluarkan sikit duit Tabung Haji saya untuk beli barang kemas.
Hajatnya hendak beli untuk si kecik saya, insyaAllah ada rezeki bolehlah. Setakat ini baby Sarah pun sudah ada barang kemas sendiri. Cuma jarang pakai sahaja.
Satu lagi, saya sudah pandai buat urusan pajak. Saya sengaja guna barang kemas saya 2 bulan lalu untuk pajak. Duit yang ada saya gunakan sebagai modal bisnes saya. Alhamdulillah dalam 2 bulan boleh tuntut semula dah barang kemas saya.
Bestkan emas ini, saya memang suka. Anda bagaimana?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Wow… Bestnya.. Puan Bee ada buat Giveaway rupanya… Dah lama tak join Giveaway…
Anuar recently posted…Ingin belajar Copywriting? Download ebook ini PERCUMA
mai lah join ..
join jangan tak join
jom join encik anuar
menariknya giveaway ni..memang best ada emas kan kak anah..selain untuk berhias, boleh juga melabur dgn emas tu
Nana Aris recently posted…gaji tengah bulan
joinlah nana, menarik kan
Ada emas ni seronok. Boleh simpan, nilainya susah nak susut.
Upin Zai recently posted…Buat Kerja Sambilan Secara Part Time
betul tu cik
Menyimpan emas juga bagus….selain daripada menyimpan duit.
satu pelaburan yang menguntungkan
fidah shah recently posted…WW#7 Pandangan Kita Berbeza
seronok juga fidah, addicted
Betul tu. Simpan emas ni ada nilai yang tersendiri. selamat dari kena tempias kejatuhan ringgit.
Upin Zai recently posted…Menyesal Beli Panduan Jobdirumah
insyaAllah kita usahakan
Allhamdulillah terima kasih kerana join giveaway sy ni .. kalau nak tambah emas boleh add fb saya .. di sana saya jual emas , charm masdora , cincin preorder ikut size pun ada
puanbee recently posted…Pengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)
insyaAllah ok puanbee
Semoga ada rezeki la raihana menang emas tu, insyaAllah
Noriza Rahman recently posted…21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating
thanks doakan MV
Menabung emas cara terbaik membina dan mengumpul aset
Nurolhuda recently posted…Erni Satay Baung Sedap Dan Menyelerakan
betul tu huda. jom menabung emas
emas..satu pelaburan yang menguntungkan dan lebih baik dari pelaburan berbentuk wang tunai..saya juga suka emas sebab nak zakatkan emas tersebut…nak juga pahala dari zakat
Hero Borneo recently posted…8 Jenis Penipuan Guna Kad ATM
betul juga tu, pandang pahala dari zakat kita nak rebut. thanks bagi idea juga kepada saya HB
simpan emas adalah satu pelaburan yg bjak.. harga emas sentiasa naik
nikkhazami recently posted…Tips Berpindah Ke Rumah Baru
betul tu, jomlah kita menabung emas
tahniah. banyak jugak nilainya tu.
lebih dari 70 ringgit tuh.
titan recently posted…Malang memang tak berbau, Masalah tak pernah bagi salam.
memang banyak cikgu, semoga saya ada peluang menang
kumpul skti2. lama2 jadi bukit
Datin Tyka recently posted…Cara Melupakan Masalah
betul tu DT, menabung emas seronok juga
semoga berjaya memenangi emas tersebut :).
Calrase Patrick recently posted…RF3 World Firmax3 Malaysia
thanks doakan
alhamdulillah rezeki 😀
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
thanks doakan
menarik ceritanya.. yerlah betul tu.. dulu2 kalau mak suruh pakai emas mesti time2 yg tertentu je.. meriah bling bling… Salam kenal… saya pun dh join contes puanbee.
semoga berjaya cik
Good luck all semoga bisa jadi juara
ican mori recently posted…Kerajinan Tangan Unik dan Cantik yang Bisa Anda Coba di Rumah
thanks doakan
Memang best kalau dapat emas tu. Walaupun nilai kecil, tapi tak susut.Hehehe .. 🙂
bestnya kan