Saya teruja juga hendak kongsikan testimoni adik saya berkenaan sakit pinggang. Ceritanya satu hari kami solat berjemaah di rumah. Sebab dia solat masbuk, jadi perasanlah dia solat duduk rupanya.
Bila ditanya, sebab sakit pinggang yang dulu tidak baik-baik lagi. Jenuh berurut bagai. Urut ini saya tahu juga sebab dia pergi dah beberapa bulan juga rasanya. Bekam pun pernah buat. Masa ini saya belum buka mulut lagi tentang Shaklee. Hahah biasalah kita dengan adik beradik ini main kerling mata je lebih.
Satu hari, sebelum mama dan abah menunaikan umrah, adik saya bertanya tentang set kurus Shaklee. Saya pun ceritalah beberapa produk yang sesuai. Di samping itu saya buatkan juga analisis jumlah lemak badan menggunakan Karada Scan.
Berat: 98kg
Visceral Fat: 25
Sudah berat 98kg, memanglah lemak berlebih. Saya lebih ambil berat tentang berat badan dan lemak visceral beliau yang tinggi. Saya syorkan pengambilan set penuh kurus Shaklee. Di samping itu saya cadangkan pengambilan Omega Guard, Ostematrix dan BComplex untuk masalah pinggang beliau.
B Complex
Sakit pinggang ada kaitan dengan saraf juga, bila pinggang sakit ini bermakna saraf pada pinggang sedang mengalami kesakitan. Setengah orang kata b complex untuk kulit dan anti tekanan, tetapi sebenarnya ia berperanan juga dalam menjaga sistem saraf kita. B Compleks mengandungi 8 jenis vitamin B.
Vitamin B membantu mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi saraf. Kita tahu bahawa kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kerosakan saraf di tangan dan kaki. Menambahkan vitamin B, terutama B6 dan B12 boleh mengurangkan rasa kebas pada pesakit diabetes.
Satu kajian yang dibentangkan pada bulan Jun 2009 oleh Sesyen Saintifik Tahunan Persatuan Diabetes Amerika mendapati terdapat kaitan di antara B12, neuropati periferal, serta gangguan yang menyebabkan komunikasi yang lemah antara otak dan saraf tunjang.
B6 adalah penting. Bukan sahaja vitamin ini memberi tenaga kepada tubuh, ia juga mempunyai, kesan menenangkan semula jadi. Sebab itu vitamin B compleks digelar anti tekanan.
Vitamin B6 biasanya disyorkan untuk pesakit dengan sindrom carpal tunnel. Bengkak myelin di pergelangan tangan mungkin disebabkan oleh kekurangan B6. Menurut Dr. John Marion Ellis, bengkak dan berdenyut-denyut di bahagian badan yang lain juga mungkin disebabkan oleh tahap rendah vitamin penting ini.
Manakala vitamin B12 adalah nutrien yang paling penting untuk sistem saraf. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan neuropati periferal. Orang yang kekurangan vitamin B12 boleh mengalami rasa lemah, sakit, kebas, kesemutan, kejang otot dan sensasi terbakar.
Vitamin B1 juga membantu mengurangkan rasa kebimbangan dan mempunyai kesan menenangkan pada saraf. Dan vitamin B3 membantu bahan kimia hasil otak dan, dalam dos yang besar, mempunyai kesan menenangkan.
Ostematrix
Bagi setiap pengambilan harian yang dicadangkan, ostematrix mengandungi:
- 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
- 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
- 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Keistimewaan Ostematrix:
- kalsium mengatasi masalah sembelit
- memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
- mengekalkan tekanan darah normal
- membantu kita segar
- mengelakkan kemurungan
- mengatasi masalah “water retention”
- mengatasi masalah pra-haid
- mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
- membantu pengeluaran susu (milkbooster) dengan syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
- mengatasi masalah pereputan tulang
- memastikan tulang padat bagi mengampu tubuh yang berat (jika ada masalah berat berlebihan)
Omega Guard
Salah satu fungsi Omega guard adalah menjaga kesihatan sendi. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna dengan penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.
Tentu ramai ingin tahu bagaimana Omega Guard membantu masalah sakit pinggang atau sendi. Di bawah adalah penerangan kami.
- Omega Guard mengandungi DHA dan EPA EPA dan DHA mengurangkan inflamasi iaitu rasa panas kemerahan yang sering berlaku pada sendi yang sakit.
- Asid lemak omega 3 mengurangkan faktor perkembangan penyakit osteoarthritis. EPA dan DHA menghalang penghasilan sesetengah protein yang menyumbang pada osteoarthritis. Malah asid omega 3 ini menurunkam paras kemusnahan dan inflamasi pada sel cartilage.
- Asid lemak omega 3 dalam Omega guard mengurangkan simptom kekakuan sendi di awal pagi, bengkak dan sakit di sendi. Malah omega 3 juga dapat melancarkan perjalanan darah semasa bersenam.
- Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Apabila ini berlaku, ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.
Testimoni Adik Sakit Pinggang Pengguna Set Shaklee
Alhamdulillah baru-baru ini jumpa adik dan sempat bertanya berkenaan sakit pinggang beliau. Katanya tiada lagi sakit pinggang. Memang terujalah kakaknya ini.
Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
penkongsian yang mnarik kak..
shaklee set kurus tubrapa harga kak..
Jie Susanos recently posted…Sale Pertama Klikjer
nanti i emel ya jie. atau boleh je watsapp kat no i 0122195919
jie selalu skit kaki..rupa-rupanya kekurangan vitamin B..
hasrozi recently posted…Cara Borong Barang Dari China
nutrisi yang kita ambil daripada makanan tidak mencukupi untuk keperluan kita. sebab itu walaupun kita makan sihat, tetap juga sakit sana-sini. suplemen dapat membant mencukupkan keperluan nutrisi kita
Cegah sebelum menjadi serious itu lebih baik
Kalau dah kena baru nak consume bukan tak boleh tapi dah terlewatlah..
Kakzakie Purvit recently posted…Penilaian sedekah dari mata hati
betul tu kakzakie
ada yang suka berseloroh ..kalau sakit pinggang mesti ada ‘buat benda tu’ dengan isteri tanpa rehat
bagi saya sakit pinggang merupakan kes serius dan menimbulkan rasa kurang selesa kepada si pengidapnya
mrhanafi recently posted…Imbas Kembali Best Blogger Network
memang lelaki ramai sakit pinggang
alhamdulillah tak pernah sakit2 pinggang lg. setakat ni ambil set VIT C & E
Amanina recently posted…Makan Meatballs Di IKEA, Cheras
terbaik sis
Vitamin B tu memang bagus, banyak manfaat…
banyak sangat manfaat, alhamdulillah
Shaklee antara produk yang saya yakin nak ambil. Terbaik
alhamdulillah ramai menikmati kesihatan yang baik dengan shaklee