Call nowWhatsapp

Sains di Sebalik Youth Skincare

Skincare Shaklee Youth bukan sembarangan produk. Bukan formulasi sendiri, bukan juga produk OEM. Tapi Youth Skincare dikatakan melalui kajian selama 8 tahun sebelum betul-betul dikeluarkan ke pasaran.

Youth Skincare telah dipasarkan di pasaran antarabangsa tahun lalu dan bakal masuk ke Malaysia bulan Mac 2018 ini. Nak tahu lebih lanjut berkenaan sains disebalik Youth Skincare?

Chris Kyrou Bercakap berkenaan Youth Skincare

Chris Kyrou adalah Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Penjagaan Kulit di Shaklee Corporation dan ketua saintis di sebalik Youth Skincare. Sebelum menyertai Shaklee, Chris mengetuai program pembangunan penjagaan kulit dalam Penyelidikan & Pembangunan untuk syarikat Fortune 500, dan dia mempunyai pengalaman dalam industri kecantikan selama 20 tahun.

Youth memiliki 8 paten dan paten pending. Youth Skincare merupakan satu kejayaan dalam sains penjagaan kulit. Jaminan Shaklee bukan hanya memberikan kesan dramatik kepada kesihatan kulit, bahkan anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda.

Soalan: Bagaimanakah Youth Skincare berbeza daripada produk kecantikan lain di pasaran?

Cabaran zaman sekarang adalah menyediakan produk berasaskan semulajadi yang turut memberikan faedah anti penuaan. Ramai pengguna sekarang terpaksa mengorbankan aspek keselamatan dan menggunakan produk yang banyak mengandungi bahan kimia yang dipersoalkan keselamatannya, disamping keberkesanan juga dipersoalkan.

Ada 2 aspek yang ekslusif hari ini iaitu samada ia bebas bahan kimia berbahaya atau produk itu berkesan. Jadi inilah yang kami cuba sampaikan.

Dengan Youth Skincare, Shaklee tidak berkompromi dengan ujian klinikal. Youth telah melalui ujian klinikal yang mana menunjukkan keberkesanan yang luar biasa. Pada masa yang sama Youth Skincare tidak mengandungi kebanyakan bahan kimia berbahaya semata-mata untuk menjadikannya berkesan.

Soalan: Apakah perkara penting tentang Youth Skincare?

Youth Skincare direka untuk menangani pelbagai sebab penuaan kulit:

1. Kombinasi Ekstrak Sel Epal dan Vitamin A Untuk Pembaharuan Sel

Pembaharuan sel kulit kita semakin lambat secara drastik, yang menyebabkan kulit kita kehilangan keremajaan dan kelembutan. Shaklee Youth mengandungi kombinasi Ekstrak Sel Epal dan vitamin A (retinol) yang membantu mempercepat pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat seperti orang muda.

2. Ekstrak Shisandra Untuk memberikan nutrisi dan tenaga kepada kulit

Apabila kita semakin berusia, sel kulit tidak lagi dapat mengangkut nutrien ke sel yang diperlukan (untuk sel kulit mempunyai tenaga untuk ia berfungsi dengan baik). Oleh sebab itu, Youth Skincare mengandungi ekstrak buah chisensis Shisandra untuk membantu secara struktural memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit.

3. Sasaran kepada Youth Protein untuk hasilkan kolagen dan elastin

Bermula usia 20an lagi kulit kita kurang dapat menghasilkan kolagen dan elastin. Apabila kita mula berusia, sel kulit ini menerima semakin sedikit isyarat untuk menghasilkan protein kolagen. Apabila ini berlaku, dari masa ke semasa menyebabkan berlakunya kedutan, kehilangan keanjalan dan seterusnya menyebabkan kulit kendur.

Justeru dalam Shaklee Youth mengandungi ekstrak Lotus Japonicus yang pertama untuk pasaran yang mengaktifkan Youth Protein yang baru ditemui di kulit yang telah terbukti dapat menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Shaklee adalah syarikat pertama yang mensasarkan Youth Protein ini.

Sebahagian daripada 2500 bahan kimia yang telah diuji bebas dalam Shaklee Youth
Sebahagian daripada 2500 bahan kimia yang telah diuji bebas dalam Shaklee Youth

4. Perlindungan dari alam sekitar dengan gabungan polifenol dan Vital Repair Complex

Akhir sekali, selain penting untuk meremajakan kulit, kita juga harus melindungi kulit daripada kesan buruk alam sekitar. Faktor alam sekitar mempercepatkan penuaan kulit bermula dari awal usia kehidupan, jadi apabila kita tua, kulit kurang dilengkapi sistem pertahanan diri.

Sebab itu Shaklee menggabungkan polifenol Anggur Muscadine yang eksklusif dengan Vital-Repair Complex (gabungan nutrien dan vitamin) yang telah dipaten ke dalam Shaklee Youth. Dalam ujian makmal, kedua-dua ramuan ini terbukti melindungi sel kulit daripada faktor alam sekitar yang merosakkan yang menyebabkan penuaan pramatang pada kulit.

Soalan: Apakah Senarai Tidak yang dikatakan itu dan kenapa ia menjadi ancaman?

Shaklee Youth adalah bebas daripada 2500 bahan kimia yang menjadi ancaman kepada kulit dan kesihatan manusia. Shaklee berjaya memformulasikan Youth mengelakkan daripada 2500 bahan ini bahkan dapat keberkesanannya secara klinikal. Sebenarnya kejayaan ini bukan mudah, disebabkan Shaklee mencari alternatif yang selamat untuk bahan kimia ini dan sebaiknya ia didapati daripada sumber smeulajadi.

Shaklee mempunyai piagam kualiti dan keselamatan yang tiada tandingannya dalam industri kesihatan dan kami mengikuti piawaian ketat ketika merumuskan Youth Skincare.

Contoh dalam senarai bebas Youth adalah sistem perlindungan matahari dalam Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30. Perlindungan matahari adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kulit bagi perspektif anti penuaan dan kesihatan. 

Terdapat banyak pelindung matahari berasaskan kimia yang diluluskan oleh FDA, tetapi kami memilih untuk melihat kepada alam semula jadi dan mengembangkan pelembap SPF mineral kami dengan salah satu daripada pelindung matahari berasaskan alam semulajadi yang diluluskan oleh FDA iaitu Zink oksida.

Zink oksida berasal secara semulajadi, ia berasaskan mineral, dan ia adalah salah satu pelindung matahari spektrum luas yang paling berkesan dan paling selamat yang diluluskan oleh FDA.

Soalan: Apakah Skin Age Index dan kenapa ia penting?

Shaklee menginginkan cara yang saintifik dan objektif untuk mengukur kesan Youth Skincare pada usia dan rupa kulit. Ini menyebabkan Shaklee memilih Skin Age Index yang merupakan kajian secara klinikal terbaru dalam dunia sains dan teknologi. Ia diperkenalkan oleh pakar kulit bertaraf dunia sempena Dermatologists at a 3rd party clinical research laboratory.

Pakar kulit ini mengkaji kulit lebih dari 100 wanita dalam usia 20-an hingga 60-an dan menentukan 10 atribut kulit utama yang paling banyak berubah ketika kita berusia. Dari kajian ini, mereka dapat mengembangkan cara baru untuk menghitung umur penampilan kulit anda berdasarkan kehadiran atau ketiadaan 10 atribut utama ini. Ini adalah apa yang kita sebut Skin Age Index.

Menarik tentang Skin Age Index ini adalah 2 sebab

  1. Ia merupakan 1 kejayaan dalam cara mengukur umur dan rupa kulit kita secara klinikal.
  2. Ia memberikan kita cara untuk mengukur samada Youth boleh menjadikan kulit kita ke usia lebih muda.

Bagi pengguna Youth, mereka menggunakannya 2x sehari dan Skin Age Index mereka diukur semula selepas menggunakan Youth.

Hasilnya luar biasa. Wanita mula menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kulit mereka seawal 1 minggu. 100% wanita dalam kajian menunjukkan peningkatan yang terukur dalam Skin Age Index mereka selama 4 minggu, bermakna mereka mempunyai kulit wajah yang lebih muda berdasarkan data klinikal!

Dan dengan penggunaan yang berterusan, dua pertiga wanita sebenarnya mendapati usia kulit mereka menjadi satu dekad yang lebih muda!

Soalan: Kenapa ramai yang teruja dengan Youth Skincare?

Shaklee amat berbangga kerana Youth direka secara harmoni dengan alam semulajadi dengan menjaga standard keselamatan tertinggi. Selain itu Youth Skincare menyediakan keberkesanan kepada kulit yang tidak dapat dipenuhi dalam mana-mana produk kecantikan di pasaran.

Teruja?

Youth Skincare berkesan tanpa mengkompromi dengan keselamatan
Youth Skincare berkesan tanpa mengkompromi dengan keselamatan

Klik disini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Youth Skincare By Shaklee

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

4 thoughts on “Sains di Sebalik Youth Skincare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge