Risiko Kekurangan Zat Besi Semasa Mengandung

By | 22 February 2017

Ramai ibu mengandung tapi alami HB rendah, betul tak? Ada yang buat tak peduli, ada mak yang risau dan mencari penyelesaian. Biasanya memang doktor akan ambil berat lebih kalau masalah HB rendah ni. HB rendah ini yang selalu dikaitkan dengan kekurangan zat besi, ikut tajuk kita hari ini.

Maklumat ini juga yang saya dapat daripada Workshop Landmark Study bersama Dr Bruce Daggy baru-baru ni. Saya nak kongsikan dengan anda, kenapa anda wajar cakna lebih jika berdepan masalah ini.

Apakah Hemoglobin (HB)?

Hemoglobin atau HB merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah kepada darah. Dalam keadaan normal, 100ml darah mengandungi 15 gm hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03gm oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 ml). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia dan jantina seseorang. Aras normal adalah seperti jadual dibawah.

Cara Atasi HB Rendah Ketika Hamil

Paras HB

Apakah anemia atau kurang darah?

Bila yang dikatakan HB rendah? Anemia boleh didefinisikan sebagai keadaan yang berlaku apabila sel darah merah (iaitu jumlah HB) di dalam darah berkurangan.

Jumlah HB normal bagi wanita normal antara 12 hingga 16 gm/dL, namun disebabkan mengandung, ia akan berubah malah sekiranya HB kurang daripada 10, ibu berisiko menghidap anemia.

Kenapa HB Rendah Berbahaya Kepada Ibu Hamil?

Ada beberapa punca HB rendah antaranya:

  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam pemakanan
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kekurangan asid folik
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Risiko HB rendah kepada ibu hamil

Risiko HB rendah boleh dibahagikan kepada risiko kepada ibu, dan risiko kepada bayi.

Risiko kepada ibu

  • Mudah mengalami keguguran
  • Berpotensi mengalami kegagalan jantung
  • Ibu mudah pitam/pengsan
  • Pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • Risiko mengalami penyakit berjangkit

Risiko kepada bayi

  • Lahir pramatang atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia
  • Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut
  • Mati ketika dilahirkan atau still birth
  • Mengganggu kebolehan IQ bayi secara kekal

Risiko Ganggu Fungsi Otak Bayi kekal

Info ini memang baru bagi saya. Tapi sebaik pulang daripada workshop, saya cari maklumat lebih lagi berkenaan ini. Dr Daggy sebutkan hari itu, kalau ibu kurang zat besi boleh menyebabkan IQ bayi rendah secara kekal. Sama dengan statement dalam rajah dibawah:

hb rendah ganggu fungsi otak bayi

HB rendah ganggu fungsi otak bayi

Ada kajian yang dibuat para saintis mendapati kekurangan zat besi semasa mengandung memberikan kesan kepada janin semasa di dalam perut atau 6 bulan pertama kehidupannya.

Kekurangan zat besi pada awal kehidupan memberikan risiko membangunkan struktur otak, sistem neurotransmitter dan myelination yang menyebabkan disfungsi otak akut. Ini akan menjejaskan IQ bayi dan masalah behaviour di kalangan kanak-kanak pada umurnya akan datang.

Ini memang satu perkara baru bagi saya, tapi memang make sense juga. Sebab fungsi HB adalah mengangkut oksigen, bila HB kurang dan kebolehan mengangkut oksigen untuk membangunkan fungsi otak jadi berkurangan.

Selalunya orang sebut risiko HB rendah berkaitan dengan kesihatan atau mengancam nyawa, tapi satu risiko berkaitan IQ ini jarang sekali orang sebutkan.

Jadi bila kita sudah tahu, mak-mak, tolong jaga diri mak, bila tahu mengandung mak kena pastikan mak dapat cukup khasiat. Setiap anak berhak mendapat nutrisi yang lengkap dan sepenuhnya untuk anak menjalani kehidupannya sendiri nanti.

Set Mengandung Shaklee Bantu Tingkatkan HB

Sebaiknya apabila mengandung, elok mak-mak ambil set lengkap. Setiap sistem dalam badan kita perlukan bukan 1 nutrisi tapi banyak nutrisi yang diperlukan untuk satu-satu sistem itu berfungsi dengan baik. Contoh saya sebutkan tempohari ialah sistem tulang. Sistem tulang bukan perlukan kalsium sahaja, tapi ada 20 nutrisi yang sistem tulang perlukan untuk ia berfungsi dengan baik.

Sesetengah ibu akan cakap dengan saya, banyak sangatlah nak makan suplemen. Ya memang banyak sebab fungsinya berlainan untuk menyokong nutrisi ibu dan bayi.

Kalau saya memang saya telan semuanya. Baik, mari kita lihat apakah nutrisi yang ibu perlukan untuk bantu tingkatkan HB dan menjalani masa mengandung yang sihat.

Cara Atasi Sembelit Semasa Mengandung

Set Mengandung Shaklee

1. Asid Folik

Bayi dalam kandungan sangat memerlukan asid folik dalam jumlah banyak untuk pembentukan sel dan sistem saraf. Dalam tempoh trimester pertama janin akan memerlukan tambahan asid folik sebanyak 400 mikrogram setiap hari. Jika janin mengalami kekurangan asid folik, maka menjejaskan perkembangan janin dan boleh membuat janin dilahirkan dengan kelainan seperti mengalami anenchephaly (tanpa tempurung kepala), mengalami bibir sumbing dan mengalami spina bifida (keadaan di mana tulang belakang tidak bersambung). Asid folik boleh didapati pada buah-buahan, beras merah dan sayur-sayuran hijau.

Selain pemakanan, lengkapkan pengambilan asid folik anda dengan pengambilan vitamin B Complex. Vitamin B Complex daripada Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang penting dan asid folik. Untuk ibu mengandung, vitamin B Complex membantu dari segi:

  • Dalam pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin

2. Protein

Selain menjadi sumber bagi kalori dan zat, protein penting untuk pembinaan sel-sel badan. Protein diperlukan oleh ibu hamil dengan jumlah kira-kira 60 gram setiap harinya atau 10 gram lebih banyak daripada biasanya. Protein boleh didapatki dari kacang-kacangan, tempe, putih telur, daging dan tahu.

Untuk khasiat protein, cuba amalkan pengambilan ESP yang lengkap dengan 9 asid amino perlu untuk tubuh dan diperbuat daripada soya non GMO, tentulah selamat untuk anda. Bagi ibu hamil, ESP berfungsi untuk:

  • Memberikan tenaga kepada ibu hamil
  • Kulit bayi lebih halus, gebu dan cantik selepas dilahirkan
  • Membantu perkembangan sel-sel badan fetus
  • Meningkatkan sistem imun ibu
  • Membantu penyerapan vitamin yang lebih baik

3. Kalsium

Berfungsi dalam pertumbuhan dan pembentukan gigi dan tulang janin. Dengan ada kalsium yang cukup selama kehamilan, ibu hamil dapat terhindar dari penyakit osteoporosis. Kenapa hal ini boleh terjadi? Ini kerana jika ibu hamil tidak mempunyai kalsium yang cukup, maka janin akan mengambil khasiat kalsium dari tulang ibunya.

Susu dan produk tenusu lainnya merupakan sumber kalsium yang baik. Selain dari susu, kacang-kacangan dan sayuran hijau merupakan sumber kalsium yang baik juga.

Untuk mendapatkan khasiat susu yang optimum, ibu hamil boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix. Mengapa Ostematrix baik untuk ibu hamil? Antaranya disebabkan:

  • Mengurangkan risiko kehilangan gigi pada usia muda
  • Mengurangkan risiko pre-aklampsia
  • Mengurangkan risiko menghidap osteoporosis
  • Mengurangkan komplikasi semasa bersalin
  • Menguatkan tulang ibu untuk menampung pertambahan berat janin secara fizikal
  • Membantu proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula selepas bersalin
  • Mengelakkan sembelit di kalangan ibu hamil
  • Membantu mengurangkan sakit contraction

4. Vitamin A

Sangat bermanfaat bagi penyelenggaraan fungsi mata, pertumbuhan tulang dan kulit. Selain itu vitamin A juga berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dan pertumbuhan janin.

5. Zat Besi

Berfungsi di dalam pembentukan darah terutama membentuk sel darah merah hemoglobin dan mengurangkan risiko ibu hamil mengalami anemia. Keperluan zat besi bagi ibu hamil adalah sebanyak 30 mg setiap hari. Zat besi boleh diperoleh pada hati, daging atau ikan.

Bagi keperluan vitamin A dan zat besi, hanya cukup dengan pengambilan Vitalea sahaja. Ini kerana Vitalea telah pun mengandungi lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya

  • Mengandungi beta carotene membantu meningkatkan sistem imun, daya penglihatan
  • Mengandungi kalsium, fosforus, vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah kepada ibu dan bayi
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
  • Mengurangkan risiko HB rendah

6. Vitamin C

Tubuh ibu hamil memerlukan vitamin C untuk menyerap zat besi. Selain itu vitamin C sangat baik untuk kesihatan gusi dan gigi. Fungsi lain dari vitamin C adalah meningkatkan sistem imun si ibu kerana vitamin C mengandungi banyak antioksidan.

Selain itu, vitamin C turut berperanan dalam penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.

Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 2064 orang ibu hamil, mendapati ibu hamil yang mengamalkan pengambilan vitamin C daripada makanan dan makanan tambahan hanya sebanyak 24mg setiap hari, adalah 2x ganda berisiko menghadapi kelahiran pra matang berbanding ibu hamil yang mengambil vitamin C dengan 550mg setiap hari secara minima.

7. Vitamin D

Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang bayi. Vitamin D boleh di dapat dari sumber makanan, susu, kuning telur atau hati ikan. Khasiat vitamin D telah terdapat di dalam Ostematrix dan ESP.

8. Minyak Ikan

Kandungan penting yang terdapat dalam minyak ikan adalah khasiat omega 3 yang penting untuk kesihatan dan perkembangan janin dan bayi. Omega 3 tidak boleh disintetis oleh tubuh menyebabkan kita hanya dapat memperolehnya dengan mengambil makanan atau makanan tambahan yang mengandungi omega 3 seperti minyak ikan.

Secara lebih spesifik, asid lemak Omega 3 umumnya mengandungi 2 bahagian yang paling bermanfaat bagi tubuh. Kedua-dua bahagian tersebut adalah EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kedua-dua bahagian omega 3 ini sangat diperlukan janin untuk tumbuh dan berkembang.

  • EPA diketahui dapat menyokong pertumbuhan dan prestasi jantung, sistem kekebalan tubuh, dan tindak balas keradangan
  • DHA dianggap sangat merangsang pertumbuhan fungsi otak, mata, dan sistem saraf pusat.

Untuk memperoleh bayi yang bijak, selain daripada mengambil asid folik, ibu hamil juga disyorkan untuk mengambil minyak ikan. Minyak ikan mengandungi EPA dan DHA yang dapat membantu pertumbuhan kognitif otak janin, selain juga bermanfaat untuk pertumbuhan organ-organ tubuh lainnya. Selain itu, terdapat kebaikan yang banyak minyak ikan untuk ibu dan bayi, antaranya:

  • Mengawal kenaikan berat badan si ibu
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Mengurangkan gejala ekzema dan asthma pada bayi
  • Menguatkan sistem imun bayi

Untuk minyak ikan, cubalah amalkan pengambilan Omega Guard daripada Shaklee yang istimewa. Satu hidangan Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Mak-mak dah tahu kan kenapa kena ambil suplemen yang lengkap? Shaklee pula adalah jenama terbaik dalam kalangan suplemen disebabkan ia mempunyai kajian klinikal dan landmark study. Bagi saya sendiri, memang tak waswas lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Mini Nutritionist

Shaklee Gombak

16 thoughts on “Risiko Kekurangan Zat Besi Semasa Mengandung

  1. Nafira

    Saya pon masa mengandung amik supplement shaklee set mengandung.
    Sampai skrg pon masih amik supplement shaklee tapi x semua lah. hehehehe

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, tiada kompromi berkenaan suplemen sekarang ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul fidah, doktor pun akan bg vitamin time checkup

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge