Call nowWhatsapp

Saya mula amalkan Youth Skincare lebih 21 hari yang lalu. Sebenarnya dah lama pun beli Youth ni, bulan Februari lagi. Masa tu Youth Shaklee hanya dijual kepada leaders yang hadir ke Business Leaders Conference. Walaupun saya tak hadir, saya minta rakan yang belikan untuk saya.

Saya mula warded di Hospital Selayang sejak 30hb Januari 2018, jadi bila Youth dibeli, memang tak dapatla nak gunakan lagi. Lagipun time di hospital emosi saya tak stabil, memang tak boleh nak fokus perkara lain hingga bersalin.

Apa ada dalam set Youth Skincare

Set yang saya beli berharga RM1070.60, mengandungi kesemua produk skincare Youth iaitu”

  • Luminous Gel Oil Cleanser sebagai pencuci muka.
  • Perfecting Skin Toner sebagai toner.
  • Youth Activating Serum sebagai serum.
  • Age Defense Moisturiser SPF50 sebagai pelembap & sunblock.
  • Advanced Renewal Night Cream sebagai krim malam.
  • Radiance C + E sebagai pencerah dan pemudar garisan penuaan.
6 produk Youth SKincare

6 produk Youth SKincare

Bersama-sama set ni, saya dapat free:

  • Beg Youth yang gojes
  • Peralatan untuk facial seperti headband, kapas muka, cotton buds, tuala Youth, napkin Youth dan cermin ajaib

Semua alat ni bernilai lebih RM50++. Untungkan?

tools percuma youth

Tools yang saya dapat percuma dengan set Youth Skincare

Cara Guna Youth Shaklee Skincare

Memang masa nak guna tu rasa berdebar jugak. Saja je mengada kan.

Bersihkan muka dengan Luminous Gel Oil Cleanser.

Best jugak guna. Bau pun memang best, rupanya bau dia dari minyak avokado. Ada ciri istimewa cleanser ni rupanya:

  • Pembersih 3 dalam 1: pembersih, makeup removal dan scrub
  • Bebas sabun jadi membersih tanpa mengeluarkan minyak semulajadi pada kulit (kalau minyak semulajadi tersingkir mudah la dapat kulit kering).
  • Bau semulajadi dari minyak avokado
  • Tak mengandungi microbeads yang dapat menyebabkan kulit sensitif

Apa rasa bila dah pakai? Sejujurnya lepas pakai tu kulit rasa senang bernafas! Takde lagi rasa ketat je atau rasa tension pada kulit, eh korang pernah rasa tak kulit tension cemana?

Toner dengan Youth Perfecting Skin Toner

Step kedua lepas cleanser, tentulah toner kan. Toner ni boleh je guna kapas, atau guna jari, tepek gitu je. Tapi dinasihatkan guna kapaslah.

Best pasal Youth Toner ni adalah ia mengandungi vitamin, khasiat polifenol dari anggur muscaine dan green algae complex. Bahan-bahan ni sebenarnya dapat memberikan pembersihan berganda.

Lepas guna saya rasa kulit semakin bersih, dan semakin bersinar giteww.

Memulih dan memperbaiki kulit dengan YOUTH ACTIVATING SERUM

Sejujurnya saya pertama kali pakai serum. Sebelum ni atas jenama apa pun memang tak pernah pakai. Inilah kali pertama. Saya pernah share pasal Youth Serum sebelum ni dalam salah satu artikel saya.

Yang best tentang Youth Serum ni adalah ia turut mengandungi vitamin A retinol yang baik untuk anti aging pada tahap selular. Youth Serum ni juga 10x lebih pekat dengan Youth Complex yang dapat membantu memperbaharui sel 10x lebih cepat untuk menegang, menyerikan dan meremajakan kulit.

Dan tau tak, sampai botol Youth Serum ni memang special sangat. Rupanya kita kena pusing dan tekan. Airless pump dipanggil. Dan teknologi ni membantu apa tau?

  • Mengurangkan tekanan oksidan pada serum
  • Meningkatkan penggunaan – takde la sisa yang tinggal dalam tu

Jadi dengan teknologi ni, takde la pembaziran.

So apa perasaan pertama kali guna? Ok je kot. Cuma rasala jugak pipi tu toink toink.. ha gitu tegang.

Melindungi dengan YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50

Sesuai dengan namanya, Age Defense ni untuk melembap dan melindungi daripada sinaran UVA dan UVB. Penggunaan moisturiser ni memang cepat sangat serap dan takla kulit kita macam tepung gomak lepas pakai sunblock.

Ya, Age Defense ni ada kedua-duanya sunblock dan sunscreen jadi memang terbaik untuk melindungi daripada sinaran UVA dan UVB.

Selain melindungi dari sinaran UV, Age Defense juga melembapkan kulit dan memperbaiki tona kulit.

Kenapa SPF50?

Sebab saintis telah kaji cuaca negara kita, untuk perlindungan lebih baik, better guna SPF50. Ciri terpenting Age Defense ni adalah ianya non-comedogenic. Masalah dengan sunblock/sunscreen ni dia boleh menyumbat pores kita (comedogenic), kebanyakan jenama lain memang macam ni. Tapi Youth Age Defense adalah non-comedogenic.

Lepas pakai Age Defense, rasa kulit semakin baik, lembut je. Dah suka pulak nak raba-raba pipi.

Youth tampil dengan ciri-ciri non-comedogenic

Youth tampil dengan ciri-ciri non-comedogenic

Melembapkan kulit dengan YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM untuk waktu malam

Malam pakai night cream la kan. Apa yang istimewa dengan night cream ni adalah meningkatkan pengeluaran collagen dan elastin menjadikan kulit tampil muda, lembut dan berseri.

Masa tidur adalah masa terbaik untuk perbaiki kulit, bila bangun pagi rasa kulit lembut je.

Sebelum ini saya cuma pernah pakai krim malam Nutriwhite, itu pun kali terakhir hampir 2 tahun lalu. Pengalaman guna Youth Night Cream ni pula sangat mengujakan. Bangun esok tu, rasa kulit pun lembut je.

Kembalikan keserian wajah dengan YOUTH RADIANCE C dan E

Radiance Youth ni special mengandungi 20% ketulenan vitamin C dan E disamping ekstrak raspberry. Ramuan ni sangat membantu untuk menegang dan mengurangkan kehadiran bintik hitam, garis halus, kedutan, memulihkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit.

Saya pakai radiance ni hari-hari, sebab banyak benar masalah kulit nak diperbaiki. Memang best tau, walaupun mula-mula pakai tu rasa pedih sikit pada kulit. Tapi bila kulit dah serasi, alhamdulillah lepas tu ok je.

radiance youth shaklee

Radiance memang powerful untuk kulit bermasalah

Perubahan Kulit Wajah Ketara Selepas 21 Hari

Masa remaja dulu sangatla kulit berminyak (sampai sekarang pun). Jerawat silih berganti. Parut memang selalu ada. Paling ketara kalau dapat bergambar dengan YB Nurul Izzah especially time tengah panas terik.

Tau le kan panas terik kulit jadi berminyak, kusam dan paling ketara nampak sangat letih kulit tu. Bila ambik gambar dengan YB Nurul Izzah malu rasanya, kulit dia langsung tak jejas dek kepanasan. Tetap berseri, takde oily, cahaya terus.

Terus rasa takde harapan langsung nak kulit cantik. Youth datang dengan harapan. Harapan apa saya pun tak pasti.

testimoni youth review

Review Shaklee Youth Skincare selepas 21hari

Hari ni day 21 dah. Try je ambik gambar tadi untuk compare 21 hari lalu. Jadi inilah perubahan lepas pakai youth selama 21 hari

  1. Kulit semakin kurang berminyak
  2. Semakin kurang black spot
  3. Lubang pori semakin mengecil
  4. Parut semakin memudar
  5. Whitehead blackhead semakin hilang
  6. Fine line bawah mata semakin pudar
  7. Kulit semakin berseri

Fuh suka sangatlah.

Baru 21 hari kan. Tak sabar nak tunggu 60 hari weh

Apa harapan korang dengan Youth?

So dari segi harga, memang sangat kena la dengan harganya dengan kualiti yang kita dapat. Sebab:

  1. Produk berkualiti – telah diuji, bebas 1500 bahan kimia yang dipersoalkan, berkesan melalui Skin Age Test

  2. Dengan harga Rm1070.60 kita dapat 6 produk. Mungkin lebih kurang je harga dengan SKII, Lancome dsb.

Jadi, memang berbaloi. Sebab tu bila dilancarkan, memang sold out terus dalam tempoh kurang seminggu. Dan sekarang ni pun tengah fenomena Youth Skincare ni, orang cari produk yang selamat kan, dan mestilah berkesan. Takkan kita nak tengok aje.

Berminat untuk dapatkan Youth Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)