Review Drama Innocent Defendant

By | 18 March 2017
drama innocent defendant

Ok selain drama k Saimdang, saya juga ikuti drama Innocent Defendant lakonan yang saya minati Ji Sung. Asal tengok tentulah sebab Ji Sung, cerita Ji Sung memang tak pernah mengecewakan. Tapi kali ini dengan ID, saya rasa Ji Sung layak dinobatkan Pelakon Terbaik nanti. Pelakon antagonis tu pula bolehla juga ambil award sebab memang psycho giler.

Review Drama Innocent Defendant

Drama ini berkenaan seorang pendakwa raya, Jung Woo yang pada awalnya sedang menyiasat kes kematian seorang wanita yang ada kena mengena dengan kembar seiras pewaris Kumpulan Chamyung. Adiknya Min Ho, merupakan tertuduh di atas kematian seorang wanita. Memang sadis sangat kematian wanita tu.

Bila dah tersebut, Min Ho membunuh pula abang kembarnya sendiri Sun Ho dan mengambil alih segala-gala mengenai abangnya seperti waris syarikat, isteri dan anak.

Sebenarnya Min Ho dengan isteri abangnya pernah bercinta sebelum ayah mereka menyuruh Sun Ho mengahwini wanita itu. Ayah mereka pun memang gila juga sebab selalu sangat berat sebelah, lebih sayangkan Sun Ho berbanding Min Ho. Sebab itu Min Ho menjadi psochotic macam itu.

Hanya Jung Woo yang tahu Sun Ho sebenarnya adalah Min Ho. Jadi mahu tak mahu Min Ho membunuh isteri Jung Woo dan menjadikan Jung Woo sebagai pembunuh.

Sadis sangat tengok bagaimana Jung Woo susun bukti palsu sedangkan isteri sudah mati dan anaknya tidak tahu di mana. Jung Woo terpaksa berbuat demikian untuk melindugi anaknya yang diculik.

Apa yang jadi lebih teruk, Jung Woo hilang ingatan! Ini juga akibat beliau cuba hendak melupakan kisah sedih tragis itu. Daripada jadi tahanan penjara, Jung Woo cuba keluar dari penjara. Memang kita tertekan tau tengok cerita ini, sebab penuh dengan unexpected plot. Geram giler setiap kali habis episod.

Apa yang lebih geram, 2 episod sahaja seminggu, jadi hendak tunggu episod baru sangatlah menguji sangat. Dahla tak boleh baca apa jadi seterusnya sebab drama ini sama masa dengan tayangan di Korea. Jadi cerita memang fresh.

Drama ini memang best, takde la nak langgar-langgar bahu si CEO macam tipikal drama Malaysia kan.

Banyak pengajaran daripada drama ini antaranya:

  1. Susahnya nak lawan orang yang berkuasa dan berduit. Begitulah hidup kita ini
  2. Perjuangan yang kental demi kasih kepada anak. Struggle gile Jung Woo bekerja keras semata-mata hendak jumpa anaknya.

Drama ini sedih, suspen dan paling geram saya pernah tengok. Hihi tapi still enjoy.

Jom tengok trailer. Kalau nak tonton drama sebelum ini tryla google ya.

Sambil tengok-tengok Ji Sung, jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

23 thoughts on “Review Drama Innocent Defendant

  1. seri

    kagumnya tgk blog ni…hari2 update entry. lama x tgk drama…bukan apa takut melekat

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ada challenge utk update blog 100 hari. itu yg post tiap hari tu

      Reply
  2. NourAdieb

    sy layan drama ni, tak pernah miss. episod 10-14 kot yg buat sy ketaq 1 badan. sebab drama ni, kita tak dapat nak teka apa akan jadi seterusnya. tp, kesian sung kyu mati. sebagai pembunuh plak tu. menyakitkan hati kan sebab main 2× seminggu ja 😭
    NourAdieb recently posted…Kisah Seram Di Dataran LangMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul itu yg sakit hati, 2x seminggu je. and betul kan takleh predict apa coming next

      Reply
  3. Jari manis

    JM pun follow drama ni sbb suka tgk lakonan Ji Sung tetapi kekadang terlepas pastu tgk ulangan hari sabtu…dah try cari dlm utiub tapi lom ada..mmg bestlaaa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge