Resepi Pancake / Lempeng Gebu Mealshake

By | 26 November 2014
Resepi Pancake / Lempeng Gebu

Hari ni jom saya nak posting simple-simple je. Kelmarin saya ada buat Pancake / Lempeng sebagaimana permintaan my son dan my sister. Lempeng ni senang je buatnya. Preparation adalah 10 minit, pastu nak menebarnya pun kalau guna pan fryer yang besar boleh dapat 3 keping dalam satu masa.

Bezanya resepi ni saya tambahkan Mealshake. Memang sedap sangat.

Resepi Pancake / Lempeng Mealshake

Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baiking powder
  • 1 sudu besar Mealshake
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan
  • sedikit garam

Caranya

Resepi Pancake / Lempeng Gebu

Penyediaan bahan dalam 10 minit sahaja

  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar.
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan Mealshake dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul. Sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. (saya buat 10 minit je, sebab berkejar nak ke ofis). Ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

Pancake ni sedap dimakan bersama madu atau jem seperti jem strawberi, blueberry atau boleh juga nikmatinya dengan aiskrim vanila. Fuh sedapnya!

Disamping sedap, ia juga berkhasiat kerana ada Mealshake di dalamnya.

Resepi Pancake / Lempeng Gebu

Pancake sedap bersama Mealshake sedia untuk dimakan

 

Mamahakim

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

4 thoughts on “Resepi Pancake / Lempeng Gebu Mealshake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge