Resepi Kek Butter Super Moist

By | 25 December 2015
Kek Butter Vanila dengan gambar robocar untuk birthday boy

Faiz sudah 4 tahun pada 25 Disember 2015 iaitu hari ini. Kami sambut birthdaynya lebih awal sebab mama dan abah saya hendak berangkat menunaikan umrah minggu ini.

Berbeza dengan sambutan tahun-tahun sebelumnya, kali ini saya sediakan kek birthday sendiri. Ala simple je, deko pun simple sahaja.

Saya menggunakan kek butter sebagai asas kek. Hiasan pula hanya menggunakan whipped cream sahaja, ringkas je.

Resepi Kek Butter Super Moist

Sudah berkali-kali juga saya buat kek butter ini, saya gunakan resepi daripada Azie Kitchen. Hasilnya memang menawan sungguh, habis diet saya. Memang keknya gebu, tidak jemu untuk dimakan.

Cuma ada beberapa tips ingin saya kongsikan, antaranya

  • Pastikan acuannya 8in tin, kalau acuan kek berbeza kek jadi sangat padat nanti, tak naik elok
  • Pastikan gunakan butter asli, memang beza kalau guna butter buttercup (butter lepa) dengan anchor (butter asli), hasilnya lebih gebu dengan anchor butter.
  • Pastikan kepanasan oven sebelum dimasukkan kek ke dalamnya.
  • Bakar pada kadar yang sepatutnya agar ia masak rata.
  • Pastikan telur putih dan kuning asing betul. Walau setitik ada kuning telur dalam putih telur, putih telur takkan kembang.
  • Pastikan pukul butter dengan gula lama sehingga betul-betul kembang.
  • Whipped cream pula gunakan non-dairy, jadi tidak perlu masukkan gula sebab whipped cream non-dairy memang telah sedia manis.
  • Putar whipped cream pada kelajuan tinggi (tapi mula2 perlahan juga takut terpercik). Bila dah kelajuan tinggi barulah whipped cream akan memekat.
  • Kalau sempat, simpan whipped cream yang telah diputar di dalam peti sejuk supaya ia stabil sebelum digunakan.
  • Sebelum memutar whipped cream, pastikan mangkuk dan pengisar turut disejukkan sebentar di dalam peti. Mungkin dalam 10-15 minit.
  • Untuk melepa sebiji kek, boleh putar 1 atau 2 cawan whipped cream. Whipped cream akan mengganda. Saya buat terbanyak pulak jadi lebih tu hendak buat durian crepe hajatnya.

Boleh ikuti resepi di bawah daripada azie kitchen.

Vanilla Butter Cake
 
Bahan bahan:
230gm butter (salted) – lembutkan  
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri – ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract
 
Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8×8″ dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

Selain whipped cream, saya guna blueberry untuk melapis kek dan menghias. Edible imej robocar pula saya tempah di kedai kek. Biasa 3 hari dah siap dan tahan 2 minggu. Jadilah ini hasilnya.

Kek Butter Vanila dengan gambar robocar untuk birthday boy

Kek Butter Vanila dengan gambar robocar untuk birthday boy

Kek Butter Vanila dengan gambar robocar untuk birthday boy

Kek Butter Vanila dengan gambar robocar untuk birthday boy

Bolehlah untuk makan sendiri kan. Tapi yang pastinya kek besar macam ini rupanya dalam 1 hari boleh dihabiskan ahli keluarga saya. Saya ingatkan tak habis. Sedapla tu kan. Kalah kek Secret Recepi la macam ini.

Masa mula-mula Faiz tengok kek ini, teruja betul dia. Saya silap tidak ambil gambarnya ketika itu. Gambar potong kek ada ini, gembira dengan sepupu-sepupunya.

Untuk birthday Hakim, dia request hendak gambar kelab bolasepak dan menggunakan kek coklat. Saya bercadang hendak buat Kek Coklat Indulgence. Kenalah praktis kan.

Kek Indulgence untuk misi kek birthday Hakim

Kek Indulgence untuk misi kek birthday Hakim

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

10 thoughts on “Resepi Kek Butter Super Moist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge