Call nowWhatsapp

Alkisah kejadian Sabtu lepas. Saya asalnya janji dengan anak-anak hendak bawa mereka ke taman air Pusat Sains Negara. Dah sampai ke depan pagar PSN, rupa-rupanya PSN sedang diubahsuai. Demi tidak mengecewakan anak-anak, saya detour ke Tasik Titiwangsa. Ada acara berkuda di sana seperti kebiasaan kami ikuti.

Rekreasi Berkuda di Taman Tasik Titiwangsa

Kami sampai dalam jam 10 pagi lebih, biasanya ramai juga orang, tapi pagi itu alhamdulillah tidak ramai mana. Acara kereta kuda pula tiada, jadi tidak dapatlah bawa baby Sarah naik kuda.

Tiket kami beli untuk anak-anak lelaki sahaja, mula-mula beli untuk 2 pusingan seorang. Sebab teruja sangat anak-anak, beli lagi sampai 4 pusingan seorang.

Beli tiket menunggang kuda di kaunter

Beli tiket menunggang kuda di kaunter

Harga tiket RM1 untuk 1 pusingan, jadi murah sangat sebenarnya berbanding pengalaman anak-anak naik kuda.

Ibu bapa beratur bersama anak-anak menunggu giliran menunggang kuda

Ibu bapa beratur bersama anak-anak menunggu giliran menunggang kuda

Satu pengalaman menarik buat Faiz, ini kali pertama beliau dapat menaiki kuda. Sebelum ini tidak lepas ketinggian. Untuk pengetahuan semua, minima ketinggian adalah 90cm. Walaupun Faiz kecil sahaja orangnya, tapi mampulah lepas had minima itu.

 

Had minima ketinggian untuk menunggang kuda

Had minima ketinggian untuk menunggang kuda

 

Sehingga beberapa orang ibu bapa komplen dengan pihak pengurusan mengapa budak ini (Faiz) dapat naik sebab nampak kecil sahaja orangnya. Hai tak habis orang cemburu, ibu bapa itu cemburu sebab anaknya tidak lepas had minima ketinggian yang disyaratkan jadi mereka komplen dengan pihak pengurusan.

Pemandangan di sekitar acara berkuda Tasik Titiwangsa

Pemandangan di sekitar acara berkuda Tasik Titiwangsa

Mujurlah pihak pengurusan cerdik dan profesional, mereka dapat tangani situasi dengan baik. Faiz pula dapat menunggang kuda sampai 6 pusingan jadinya.

Hakim memang minat betul menunggang kuda

Hakim memang minat betul menunggang kuda

Faiz menunggang kuda dengan berani

Faiz menunggang kuda dengan berani

Cuti sekolah masih berbaki 2 minggu, sempat lagi kalau mak-mak hendak bawa anak-anak ke Taman Tasik Titiwangsa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)