Call nowWhatsapp

Rawatan Alternatif Terbaik Untuk Psoriasis, Sopak dan Ekzema

Ada ramai sebenarnya customer saya berkenaan psoriasis dan terutamanya sopak yang hubungi saya. Baru-baru ini ada seorang master buat kelas berkenaan psoriasis, jadi saya terus setuju untuk hadir. Ramai customer saya hubungi bermakna saya haruslah tambah lagi ilmu berkenaan penyakit ini.

Penyakit Berkaitan SLE

SLE adalah sejenis penyakit autoimmune iaitu sejenis penyakit di mana sistem imun menyerang diri sendiri. Terdapat lebih 100 jenis penyakit yang dikaitkan dengan SLE. Psoriasis, sopak dan ekzema adalah di antara penyakit berkaitan SLE berkaitan dengan kulit.

Dalam tulisan hari ini saya akan lebih memfokuskan kepada psoriasis, cuma penyelesaian bagi ketiga-tiga penyakit (psoriasis, sopak dan ekzema) adalah lebih kurang sama.

Apakah Penyakit Psoriasis

Penyakit psoriasis boleh dikatakan sebagai penyakit kulit biasa. Penyakit ini terjadi apabila sel-sel kulit mengalami proses matang yang terlalu cepat berbanding sel-sel kulit normal. Normal sel kulit kita mengambil kitaran masa 28 hingga 30 hari untuk matang. Berbeza dengan pesakit psoriasis, sel kulit mereka hanya mengambil 3 hingga 6 hari untuk matang! Memang perbezaan yang sungguh nyata.

Apabila proses kematangan berlaku dengan cepat, sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan kulit dan menghasilkan sisik-sisik tebal. Ia akan mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebar dan meningkatkan aliran darah.

Keadaan kulit diserang psoriasis

Keadaan kulit diserang psoriasis

Agak mudah untuk mengenalpasti penyakit ini. Kebiasaannya terdapat bahagian-bahagian badan yang bertompok-tompok dan bersisik. Bahagian badan yang sering diserang ialah siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian belakang.

Lebih menyeksakan, terdapat juga individu yang diserang di bahagian sulit. Ternyata, penyakit ini sememangnya payah untuk diubati. Ubatan yang diambil kebanyakannya untuk mengawal dan bukannya untuk menyembuhkan secara seratus-peratus.

Punca Penyakit Psoriasis

Ada banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Ini bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau susur galur kita kemungkinan besar akan dapat juga penyakit ini. Cuma yang membezakan teruk atau tidak sahaja.

Selain itu, ia juga berpunca daripada

  • jangkitan
  • alahan kepada beberapa jenis ubatan kimia
  • mengalami tekanan
  • cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • perokok atau peminum arak tegar

Namun, pesakit psoriasis sangat bernasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim antara suami isteri. Begitu juga untuk ibu hamil, anak di dalam kandungan tidak akan mendapat apa-apa kesan hanya kerana ibunya mengidap psoriasis.

Jenis-jenis psoriasis

Terdapat beberapa jenis penyakit psoriasis, antaranya:

  • Plaque psoriasis
  • Pustular psoriasis
  • Guttate psoriasis
  • Inverse psoriasis
  • Erythrodermic psoriasis
  • Nail psoriasis

Risiko Penyakit Psoriasis

Apabila seseorang mempunyai 2 atau lebih penyakit pada satu masa, situasi ini disebut sebagai komorbiditi. Komorbiditi berkaitan dengan penyakit psoriasis boleh berlaku seperti arthritis psoriatik dan penyakit crohn. Ini bermakna, pesakit yang menghidapi psoriasis mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk didiagnos menghidapi penyakit berikut:

  • Arthritis psoriatik
  • Diabetes type 2
  • Penyakit kardiovaskular
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit Crohn
  • Kolestrol tinggi
  • Kemurungan
  • Ulser kolitis

Jadi bagi pesakit psoriasis, jangan tunggu dan biarkan sahaja penyakit anda. Ini kerana anda berisiko mendapat penyakit lain lagi dan ini boleh menjejaskan kesihatan ada.

Peranan Utama Sistem Imun

Sepatutnya sistem imun kita berperanan untuk melindungi tubuh kita daripada penceroboh contohnya virus sejuk daripada masuk ke dalam tubuh kita. Psoriasis pula disebabkan sistem imun yang terlalu aktif (terlalu cepat matang – dalam 3-6 hari sahaja).

Ini merupakan petanda sistem imun anda sebenarnya sangat lemah. Justeru target penyembuhan adalah untuk meningkatkan sistem imun seseorang pesakit.

Pengalaman Master Yusrina Penghidap Psoriasis

Master Yusrina merupakan bekas kakitangan hospital, beliau merupakan bekas optometris. Menghidapi psoriasis sejak tahun 2001 dan paling ketara terdapat pada tangannya. Sehinggakan pesakit kerap kali menegur tangan beliau. Memang segan sangat katanya.

Bukan sahaja ada di tangan, psoriasis juga ada pada badan beliau. Beliau mula mengenali Shaklee pada tahun 2008 dengan mengambil set menyusu. Tetapi beliau hanya fokus psoriasis menggunakan Shaklee hanya pada tahun 2010. Banyak juga yang beliau ambil, Alhamdulillah akhirnya pada tahun 2013 beliau disebutkan sebagai bebas psoriasis dan tidak lagi perlu berjumpa doktor.

Antara testimoni yang ada:

Testimoni Psoriasis

Testimoni Psoriasis

Testimoni Psoriasis

Testimoni Psoriasis

Testimoni Psoriasis

Testimoni Psoriasis

Apa yang Master Yusrina ambil untuk masalah psoriasis?

Master Yusrina mengambil macam-macam, tetapi untuk mereka yang ingin menyelesaikan masalah psoriasis, dicadangkan mengambil produk berikut:

1. Set Detox

Paling terbaik, sebelum mengambil suplemen lain adalah dengan pengambilan set detox terlebih dahulu. Ini kerana untuk mengeluarkan toksin daripada badan di samping membantu proses penyerapan vitamin yang lebih berkesan. Dalam set detox ini mengandungi:

a. Vivix

Vivix adalah minuman campuran botani dan merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan. Ia mengandungi polifenol dengan campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

b. DTX Complex

DTX mengandungi bahan antioksidan yang membantu merangsangkan pembaikan dan regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal dan mengeluarkan toksin daripada badan.

c. Herblax

Berfungsi untuk pembersihan yang lembut dalam proses pembuangan harian untuk penyerapan vitamin lain menjadi lebih mudah dan berkesan. Herblax membantu proses detox pada organ usus besar.

d. Alfalfa Complex

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Sebagai detoks harian untuk memulihkan dan mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Alfalfa juga berfungsi melawan alahan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Ia juga menyingkirkan lemak dan kolesterol kerana alfalfa bertindak seperti ‘span’ untuk menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan yang lancar.

e. Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus mengandungi bahan-bahan seperti pudina yang kaya dengan  vitamin c untuk membantu membunuh kuman dan membantu mengurangkan rasa loya dan mual.

Selain itu ia mengandungi halia yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan angin/kembung. Ramuan lain pula adalah jintan manis yang baik untuk mencuci usus dan perut. Justeru ia baik untuk perut berasid dan berangin.

Selain suplemen set detox, pesakit psoriasis juga disarankan untuk produk berikut:

2. Vitamin C

Bersifat antioksidan dan sangat baik untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah pencetus, manakala vitamin c adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem imun kita. Jadi selain Nutriferon, vitamin C juga penting untuk sistem imun yang kuat.

Selain itu vitamin C juga terbaik untuk kesihatan kulit.

3. Omega Guard

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang justeru dapat mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.

4. Nutriferon

Nutriferon dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih daripada 40 tahun penyelidikan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofag.

Bagi psoriasis, Nutriferon membantu merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat. Selain itu Nutriferon juga membantu memerangi virus dan seterusnya mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti, kembung perut, rasa mual, muntah.

5. Bcomplex

Bcomplex membantu dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan anti kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

Selain itu bcomplex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.

Mungkin bukan semua anda perlu ambil, tetapi kalau ambil semua dan bermula dengan set detox, hasilnya insyaAllah lebih optimum.

6. ESP

ESP Shaklee diperbuat daripada soya non GMO justeru selamat untuk diamalkan. Memandangkan ianya adalah protein, ia membantu dalam proses pembinaan sel. Ia berupaya membantu menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel yang rosak.

Kesimpulan

Bagi anda pesakit psoriasis, sopak dan ekzema, produk di atas ini adalah bersesuaian untuk anda. Saya yakin produk ini adalah selamat untuk anda dan insyaAllah berkesan untuk anda sebagaimana banyak testimoni yang dinyatakan.

Memang bagi harga, mungkin harga produk nampak seperti mahal, tetapi anda perlu fikirkan sampai bila anda harus menderita dengan keadaan seperti itu? Lagipula ia mempunyai risiko untuk mendapat penyakit lain pula. Lebih baik merawat sekarang, jangan tangguhkan lagi.

Bagaimanapun saya ada buatkan beberapa pilihan, jadi tiada masalah juga kalau pesakit inginkan mengikut bajet mereka. Kita rundingkan baik-baik.

set cadangan psoriasis, bagaimana pun hubungi saya untuk keterangan lanjut

set cadangan psoriasis, bagaimana pun hubungi saya untuk keterangan lanjut

Berkenaan harga, beginilah jika sudah kita terkena penyakit. Memang kos akan keluar untuk merawat. Justeru mahu tidak mahu anda harus sediakan juga demi untuk kesihatan anda. Daripada anda laburkan kepada kaedah lain yang belum tentu sesuai dan selamat, pada pendapat saya lebih baik anda laburkan untuk produk Shaklee yang ternyata lebih selamat, melalui pelbagai kajian/ujian dan menampakkan keberkesanan kepada pesakit yang sama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)