Call nowWhatsapp

Bila mula menjelang 30an, kulit muka mula kusam dan nampak tak bermaya.

Pipi yang tak lama dulu tegang dan mula kendur. Garis di sebelah pipi dan mata makin dalam.

Beza betul 20an dan 30an kan? 30an inilah masa semua sakit dan penuaan muncul.

Nak tau rahsia kulit tebal dan tegang, berkilat glowing dan fresh!?

Rahsianya ialah pada “KOLAGEN” dan “STRES KULIT”.

Bukan semudah makan dan sapu kolagen semata, mungkin tak berkesan pun jika tak kena caranya.

Contohnya, ada reaksi lepas suplemen kolagen.

Sebelum tu, mari kita tengok fakta tentang kolagen.

Info tentang collagen

Kolagen ialah protein gabungan amino asid proline, hydroxyproline, cystein dan glycein.

Produk collagen kebanyakannya mempunyai molekul besar maka selalunya tak dapat diserap melalui kulit. Paling bagus adalah 1000 dalton.

Produk kolagen makan tidak semestinya menjadi kolagen kulit kerana ia akan diuraikan oleh asid perut menjadi amino asid kecil yang diserap melalui usus.

Jika mempunyai perut “leaky gut”, secara teorinya risiko alahan tinggi kerana protein kolagen yang tak cerna akan masuk mencerobohi darah mungkin mencetus reaksi alahan.

Tingkatkan collagen secara semulajadi

Boleh cuba tingkatkan collagen secara semulajadi. Caranya:

1. Gelatin Haiwan.

Tendon, ligamen, tulang, kulit haiwan apabila dipanaskan menghasilkan asid amino bahan asas menghasilkan kolagen.

Sup tulang atau sup kaki ayam memang sumber kolagen terbaik 😀

Tapi yelah, larat ke makan hari-hari?

Awet muda dengan collagen

Awet muda dengan collagen

2. Makanan Lain

Daging (ayam, lembu, kambing), Ikan dan sup ikan, Sayur-sayuran, buah-buahan, seaweed, soya juga mempunyai kolagen.

Dah makan bermangkuk-mangkuk sup tulang dan ambil suplemen kolagen tapi kulit masih kendur, gelebeh dan kusam?

Rahsia yang ramai orang tak tahu

Rahsia awet muda 10 tahun lebih muda

Kolagen dah ambil berkotak-kotak, sup tulang bermangkuk berbulan ambil, tapi tak tegang dan glowing juga?!

Mana silapnya?

Rahsia pertama yang patut anda tahu:

1. Kolagen dirosakkan oleh oksidatif stres

Radikal bebas dihasilkan oleh matahari, pemakanan tinggi gula, emosi negatif, bahan kimia, logam berat dan jangkitan kuman.

Setiap hari kita kena bantai atau kita bantai makanan manis dan bantai nangis bucu katil sebab stres. Tidur pun lewat.

Makin tua lah macam ni!

Penyelesaian: kurangkan oksidatif stres. Ambil antioksidan untuk kurangkan oksidatif stres ini.

Jangan risau matahari kalau antioksidan dalaman dah power. Kalau tak power, pakai sunscreen dan sunblock.

Buat kolagen banyak tapi pada masa sama rosakkan, haii macam mana nak muda remaja ni.

Rahsia kedua.

.

Collagen rahsia awet muda 10 tahun

Vitamin c bantu sintesis collagen dan lawan radikal bebas

.

2. Bantu penghasilan kolagen

Vitamin C membantu meningkatkan penghasilan kolagen dengan pesatnya disamping mengurangkan radikal bebas.

Pengambilan vitamin C sahaja boleh menjadikan kulit tegang dan glowing mengikut pengalaman saya.

Ini kerana ia meningkatkan ketebalan kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kawasan kulit.

Saya percaya ramai setuju dan mempunyai pengalaman yang sama.

Penyelesaian: Pilih vitamin C yang sesuai dan baik penyerapannya. Jangan terkejut, vitamin C berkualiti boleh hasilkan kesan dalam masa beberapa jam sahaja mengikut pengamatan saya. Kulit jadi lembap dan kemerahan.

Rahsia ke-3 ini paling pentinglah ikut pengalaman saya.

3. Sekat penguraian collagen

Badan kita mempunyai enzim kolagenase yang menguraikan kolagen di dalam badan termasuk kulit kita. Jika ingin “mengumpul” kolagen kulit, aktiviti kolagenase boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen tertentu.

Penyelesaian: ambil PHYTOESTROGEN! Phytoestrogen menyekat kolagenase dan juga elastase. Maka kolagen akan berkumpul di bawah kulit.

Phytoestrogen juga MENYEKAT PENGURAIAN elastin yang penting bagi keanjalan kulit.

Manfaat extra: Phytoestrogen juga meningkatkan perkembangan sel, terutamanya sel sensitif estrogen seperti payudara dan organ pembiakan wanita.

Sebab tu jangan terkejut ya jika payudara, punggung dan rahim jadi tegang juga huhu.

6 Manfaat lain berkaitan pengambilan phytoestrogen ini ialah:

  1. Paras kolesterol baik meningkat HDL. Estrogen ialah cardioprotective mengikut kajian saintifik.
  • Keputusan pap smear pada umur menjelang 50 tahun menunjukkan sel rahim mengecut. Tapi pada usia 60+ tahun, rahim menurut ultrasound adalah bulky saiznya seperti remaja!
  • Kulit menjadi lembap disamping tegang. Ini mungkin kerana estrogen mengawal penghasilan sebum.
  • Badan menjadi cergas seperti orang muda.
  • Kuku, rambut dan kulit jadi kuat. Tak rapuh dan mudah putus lagi. Ini kerana collagen sendiri punya peranan dalam aspek ini.
  • Sendi yang asyik krup krap dan licin dan lancar balik. Kenapa? Kolagen bukan untuk kulit saja, untuk sendi pun berguna!

.

4. Ambil suplemen collagen yang baik

Kalau nak amalkan pemakanan tinggi collagen setiap hari memang susah juga. Jadi apa yang kita boleh buat adalah ambil juga suplemen collagen.

Pastikan collagen yang kita ambil tu ada ciri-ciri berikut:

  • Kolagen dalam bentuk makanan/minuman adalah lebih baik berbanding kolagen yang disuntik. Ini adalah untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
  • Saiz molekul kolagen hendaklah sekurang-kurangnya 1000 doltan dan ke bawah. Ml-crofine size membantu penyerapan yang lebih baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel dan memberi kesan yang lebih cepat.
  • Kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
  • Kolagen yang mempunyai antioksidan tinggi untuk melambatkan proses penuaan dan menentang radikal bebas.
  • Kolagen yang mempunyai elemen Vitamin B untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
  • Kolagen penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.
  • Kolagen yang mempunyai bahan yang merangsang pembentukan Asid Hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat dan elastin
  • Kolagen yang selamat dan tidak bertoksin

.

Collagen rahsia awet muda 10 tahun

Collagen rahsia awet muda 10 tahun

.

Haa dah tahu 4 RAHSIA AWET MUDA?

Untuk awet muda 10 tahun lebih muda amalkan:

  1. Ambil shaklee collagen powder kerana menepati semua ciri-ciri collagen yang baik.
  • Bantu penghasilan collagen dengan vitamin c
  • Sekat penguraian kolagen dengan esp

.

.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)