Call nowWhatsapp

Ada produk baru dari Shaklee akan diperkenalkan pada November 2017. Sebenarnya produk ShakleeBaby bukanlah baru pada Shaklee. Ia telah berada di pasaran sekitar tahun 2009. Tapi tahun ini baru dibawa masuk ke Malaysia.

Cabaran Produk Bayi

Sebelum itu, jemput tonton video di bawah:

Kita mak-mak memang tahulah kan bila ada baby, memang perlulah ada set penjagaan khusus untuk bayi. Walaupun namanya khusus untuk bayi, tetap ada cabaran:

  • Terlalu banyak makanan rapu diberikan pada kanak-kanak (World News, 14 Mac 2009)
  • Produk penjagaan bayi mungkin terdedah kepada phthalate (Pediatrics, 1 Februari 2008)
  • Pakar kanak-kanak berpendapat kanak-kanak memerlukan vitamin D (USA Today, 11 Oktober 2008)
  • Pencemaran merkuri memberi efek kepada rantai makanan (ABC News, 18 September 2006)
  • Bisphenol-A boleh masuk dalam badan bayi dan kanak-kanak (The Canadian press, 23 Februari 2009)
  • Karsinogen 1,4-dioxane dijumpai dalam kebanyakan produk organik bayi dan kanak-kanak (Reuters, 14 Mac 2008)

Selain itu, banyak bayi sejak lahir lagi sudah terdedah kepada terlalu banyak toksik dan bahan kimia berbahaya. Daripada 81 ribu bahan kimia berdaftar dengan EPA (dalam tempoh 30 tahun) hanya 20% daripadanya telah diuji dalam ujian toksik. Bagaimana dengan 80% yang lain? Dan bahan ini masih digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Fakta – Adakah anda tahu?

  1. Klorin adalah bahan yang biasa digunakan dirumah, namun paling kerap berlaku keracunan disebabkannya.
  2. Kebanyakan pesakit asthma kanak-kanak tidak boleh bertahan dengan kebanyakan produk penjagaan rumah seperti pencuci pinggan dan sebagainya.
  3. Risiko kesihatan terutamanya risiko terhadap sistem otak dan saraf adalah daripada bahan kimia yang mudah didapati di rumah kita.

Mungkin kita rasa ok sebab baby kita pun ok, tapi tahukah anda fakta berikut pula:

  1. Terdapat 287 bahan kimia industri ditemui dalam tali pusat bayi (kajian dibuat ke atas 10 orang bayi), produk pengguna, bahan kimia industri dan pestisid.
  2. Bahan 1,4-Dioxance dan Formaldehyde telah ditemui dalam 61% daripada 28 kanak-kanak. Kebanyakannya menggunakan produk bayi (mandian, syampoo, lotion dan lain-lain), yang mana sebenarnya telah disebut sebagai bahan bersifat karsinogen oleh EPA.
  3. Bahan penjagaan bayi juga mengandungi phthlates. Phthlates biasanya ada dalam produk wangian, ia terkenal sebagai pengacau endocrine. Bahan ini menyebabkan iritasi kulit dan memberi efek negatif kepada sistem pernafasan, hati dan buah pinggang.
  4. Bisphenol-A biasa ditemui dalam bekas plastik polycarbonate, botol bayi dan mainan. Ia juga merupakan pengacau endocrine. Bayi dan kanak-kanak mungkin memiliki bahan ini dalam badan mereka 11x ganda lebih banyak berbanding orang dewasa.
  5. Kulit bayi adalah 5x lebih nipis dan sensitif berbanding kulit orang dewasa, ini menyebabkan bayi lebih mudah terdedah kepada toksin.

Shaklee Memperkenalkan Produk Penjagaan Bayi – Shakleebaby

Memang ini adalah berita baik. Ramai sebenarnya teruja bila dapat tahu produk Shakleebaby bakal dipasaran Malaysia tahun ini. Apa yang bakal dipasarkan?

1. Shakleebaby Gentle Wash

Shakleebaby Gentle Wash

Shakleebaby Gentle Wash

Dibuat dengan 76% bahan organik, termasuk lavender dan chamomile, dengan pH seimbang dan telah diuji sensitiviti. Produk jagaan bayi mungkin biasanya ada mengandungi 1,4-dioxance tetapi tidak dalam semua produk ShakleeBaby. Shaklee hanya menggunakan bahan yang selamat dan suci untuk bayi.

2. Shakleebaby Soothing Lotion

Shakleebaby Soothing Lotion

Shakleebaby Soothing Lotion

Oleh kerana bayi baru lahir mempunyai nisbah permukaan kulit yang lebih besar kepada berat badan, tubuh mereka menyerap dan kehilangan air dengan cepat. Ini boleh menyebabkan kulit bayi anda menjadi kering.

Diperbuat daripada minyak biji bunga matahari organik dan mentega shea melembapkan, dan lavender organik dan chamomile melegakan. Ia adalah satu botol yang penuh dengan alasan yang lebih banyak untuk memeluk.

3. Shakleebaby Massage Oil

Shakleebaby Massage Oil

Shakleebaby Massage Oil

Campuran organik yang sangat lembut ini sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa atau pelembab selepas mandi. Dengan minyak bunga matahari organik, lavender, dan chamomile untuk melembapkan dan melegakan.

Ciri-ciri produk ShakleeBaby

Ciri-ciri istimewa semua produk ShakleeBaby adalah seperti berikut:

  • 100% semulajadi
  • 73% bahan organik
  • Telah diuji oleh pakar kanak-kanak
  • Telah diuji secara klinikal
  • Tanpa iritasi, formula tidak memedihkan mata
  • Diuji sensitiviti
  • pH yang seimbang
  • Hypoallergenic
  • Tanpa parabens atau SLS (sodium lauryl sulfate)
  • Tanpa 1,4-dioxane or formaldehyde
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tanpa bahan wangian tambahan

Hasil kajian klinikal produk ShakleeBaby:

Seperti dalam ciri-ciri diatas, telah disebut produk ShakleeBaby telah diuji secara klinikal. Berikut adalah hasil kajian tersebut:

  • 98% bersetuju bahawa Gentle Wash membersih dengan baik dan dibilas sepenuhnya
  • 98% bersetuju ShakleeBaby Soothing Lotion digunakan dengan mudah untuk kulit
  • 91% bersetuju ShakleeBaby Lotion adalah nongreasy
  • 100% bersetuju bahawa Shakleebaby Massage Oild digunakan dengan mudah kepada kulit

Dan paling penting, pakar kanak-kanak atau pediatricians telah pun menguji produk ini dan telah lulus. Pakar pun dah lulus, jadi kita tak perlu ragu-ragu lagi kan. Lagipun Shaklee memang memiliki kredibiliti dan dipercayai sangat menjaga mutu dan standard produk.

Shakleebaby untuk siapa?

Dah tentulah untuk bayi. Tapi ia boleh juga digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Jadilah orang pertama mendapatkan Set Penjagaan Bayi Shakleebaby

Jadilah orang pertama mendapatkan Set Penjagaan Bayi Shakleebaby

Berminat untuk dapatkan produk Shakleebaby? Ayuh hubungi saya sekarang atau isi form berikut:

Shakleebaby Order Form

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)