Pilihan Kafein Terbaik Untuk Tubuh

By | 18 August 2015

Ramai penggemar kafein kan. Saya dulu memang paling suka minum teh, kopi memang jaranglah. Teh o atau teh tarik.. wah nyaman betul. Tapi bagaimana sebenarnya kafein efek tubuh kita dan bagaimana memilih kafein terbaik?

Manfaat Kafien Yang Anda Perlu Tahu

The Australian Institute of Sport menyatakan kafein dapat merangsang otot menggunakan lemak sebagai bahan bakar daripada menggunakan karbohidrat. Kafein juga banyak digunakan para atlet olahraga daya tahan seperti marathon, untuk mendapatkan tenaga tambahan pada waktu pertandingan.

Kajian lain yang dilakukan di University of Pittsburg juga menemui hasil serupa, bahawa kafein mempunyai kemampuan untuk melepaskan lemak dari jaringan adiposa sehingga lemak lebih mudah dibakar.

Pada masa kafein masuk ke dalam tubuh, ia akan mengikat reseptor yang terdapat pada sel-sel lemak. Nucleotide adenosine adalah reseptor yang terdapat pada sel-sel lemak yang pada saat tertentu menghalang pelepasan lemak pada jaringan adiposa.

Dengan keberadaan kafein maka kemampuan nucleotide adenosine menghalang pelepasan lemak dari jaringan adiposa akan menurun, sehingga proses pelepasan lemak dari jaringan adiposa dapat berjalan secara maksimum. Inilah sebabnya pengambilan kafein sebelum latihan sangat efektif untuk membantu proses pembakaran lemak.

Manfaat Kafein Bagi Kesihatan

Meningkatkan Kemampuan Berfikir

Kafein merupakan zat yang boleh merangsang stimulus pada otak untuk berfungsi lebih cepat. Jika Anda sedang ujian atau melakukan pekerjaan, pengambilan secarwan kopi 10 minit sebelum ujian dan pekerjaan dimulakan. Kafein pada kopi akan memberikan signal pada otak untuk lebih cepat merespon dan menanggapi dalam mengolah memori otak, sehingga Anda boleh menjawab lebih cermat.

Cegah Gigi Berlubang

Jika Anda bermasalah dengan gigi berlubang, sebaiknya Anda pertimbangkan pengambilan kopi agar lubang gigi Anda tidak menjadi teruk. Joe Vinson, Ph.D., dari University of Scranton menjelaskan kafein yang terdapat dalam kopi ternyata mampu membunuh bakteri penyebab gigi berlubang.

Redakan Sakit Kepala

Seimur Diamond, M.D., dari Chicago’s Diamond Headache Clinic menyebutkan bahawa kafein dalam kadar tertentu dapat mengurangkan sakit kepala. “Bahkan migrain kategori ringan pun boleh diatasi dengan secawan kopi pekat atau teh,” tambah Seimur. Jadi, sebelum mengambil ubat sakit kepala tidak ada salahnya Anda mencuba dahulu secawan kopi.

Tingkatkan Kemampuan Berenang Sel Sperma

Tim pengkaji di Brazil mengumumkan hasil penelitian mereka dalam American Society for Reproductive Medicine bahwa pengambilan kafein dalam kadar tertentu dapat meningkatkan kemampuan berenang sperma. Maksudnya, potensi untuk membuahi sel telur pada wanita akan lebih besar dan meningkatkan peluang kehamilan.

Bakar Lemak Lebih Banyak

Beberapa suplemen pembakar lemak memiliki kandungan kafein di dalamnya. Ini bermakna, kafein merupakan zat yang diperlukan untuk memaksimakan pembakaran lemak. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Acheson et al., yang dimuatkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, yang melibatkan subjek penelitian orang-orang dengan berat badan normal dan yang mengalami obesiti, hasilnya adalah bahawa pengambilan kafein sebanyak 8 mg/kg berat badan mampu meningkatkan metabolisme tubuh hingga 16% lebih tinggi.

Menurut kajian ini juga, selain metabolisme meningkat, pembakaran lemak pun ternyata juga mengalami peningkatan meskipun tidak terlalu signifikan. Namun demikian, para peneliti menyimpulkan bahwa pengambilan kafein, dalam jumlah yang sesuai, dapat memberikan manfaat bagi mereka yang sedang dalam program untuk menurunkan berat badan.

Sebagai tambahan, efek kafein pada subjek penelitian (baik yang memiliki berat badan normal ataupun obesiti) diyakini para peneliti sebagai akibat dari peningkatan pengeluaran tenaga (pembakaran kalori menjadi tenaga) serta perubahan komposisi tubuh iaitu dengan berkurangnya lemak yang tersimpan dalam tubuh.

Pilihan Kafein Terbaik

Untuk mendapatkan manfaat kafein itu, anda harus tahu pilihan kafein terbaik. Ia bukan semua atau mudah-mudah menyatakan kesemua kafein dipasaran adalah terbaik.

Sebab kafein kalau salah ambil atau terlebih ambil boleh menyebabkan ubat atau vitamin yang anda ambil tidak dapat diserap dengan baik oleh badan. Justeru pastikan anda ambil kafein yang betul.

Semulajadi

Pastikan anda ambil kafein yang disediakan secara semulajadi. Semulajadi ini bermaksud daripada proses penanaman sehingga penyediaan akhirnya adalah tidak melibatkan penggunaan racun yang berbahaya kepada tubuh. Senang cerita ambil yang ditanam secara organik.

Selamat

Pastikan kafein yang anda ambil pada dos yang betul, tidak berlebihan dan selamat tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya. Elakkan pengambilan kafein yang diproses 3 in 1 dan sebagainya yang berlambak di pasaran, sebabnya ia terlalu banyak mengandungi gula dan bahan tambahan yang tidak diketahui keselamatannya.

 

Berkesan

Pastikan kafein yang diambil telah diuji dan dikaji keberkesanannya. Kita ambil kafein bukan hanya untuk suka-suka minum, sebaliknya mesti bertujuan untuk kesihatan juga.

TAPI INGAT YER !!!!!!
MINUM KOPI ATAU NESCAFE JANGAN TAMBAH GULA.

Saya ambil Cinch Tea seperti dalam gambar ini. Buat panas atau sejuk memang sedap dan menyihatkan. Cubalah.

Cinch Tea menggantikan kopi, teh dan milo. Sedap jugak

Cinch Tea menggantikan kopi, teh dan milo. Sedap jugak yang penting berkhasiat

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

10 thoughts on “Pilihan Kafein Terbaik Untuk Tubuh

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu apa2 yang diambil jangan berlebihan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang boleh minum, tapi kena berkadaranlah, jangan over pulak

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      teh memang sedap tetapi jangan berlebihan sahaja

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge