Persiapan Ramadhan dan Syawal 2017

By | 9 April 2017

Santailah sikit posting hari ini. Sekarang dah bulan Rejab. Jadi macamana persiapan Ramadhan dan Syawal 2017 anda? Bagi saya, ada benda-benda saya siapkan awal. Ada benda kena juga tunggu sale raya. Hahah.

Persiapan Ramadhan dan Syawal 2017

Antara yang telah saya siapkan:

  • Pakaian raya saya – 2 pasang cukuplah. Itupun rasa banyak. Dulu-dulu saya memang buat banyak juga baju raya, tapi semenjak tahun lalu saya dah pandai bajet. Lagipun banyak baju masih boleh pakai.
  • Kasut raya – bukan tiap tahun beli. Tapi kali ni saya beli sebab lama juga tak beli kasut baru. Itu pun saya beli kasut yang saya boleh pakai apa-apa function pun.
  • Baju raya anak lelaki (baju jalan) – kena tambah lagi 1 pasang lagi. Saya dah belikan 1 pasang.
  • Baju raya anak perempuan – settle semua.
  • Kasut raya Faiz – beli dah
  • Baju Melayu suami – pakai yang sediada

Masih belum disiapkan:

  • Baju Melayu anak lelaki – belum beli, tunggu sale raya
  • Tudung raya – belum beli. Mungkin tak beli, mungkin beli time sale raya nanti.
  • Kasut raya Hakim dan Sarah – belum beli. Mungkin beli dapat bonus tengah bulan ni
  • Baju raya suami – belum beli, tunggu sale
  • Biskut raya – beli sahaja nanti, boleh order dengan kawan-kawan
  • Kek raya – buat sendiri
  • Baju raya untuk mama dan abah – belum beli, target bulan Mei (bonus Mei)
  • Baju raya mak mertua – pun tunggu bonus Mei
  • Butang baju melayu anak dan suami – tunggu sale raya
  • Sampul duit raya, duit raya – tunggu puasa
  • Suplemen puasa – kena siap-siap beli ESP, Cinch, Performance Drink siap-siap untuk saya dan anak guna.

Banyak juga belum siapkan ni. Harap-harap sempat siapkan ikut target saya. Kalau boleh masa mula puasa nanti saya tak fikirkan sangat bab persiapan raya dan boleh fokus untuk menghidupkan Ramadhan sahaja.

Oh ya, saya memang dah siap ganti puasa tahun lepas lagi. Syawal 2016 tu memang puasa siap puasa ganti terus. Jadi saya takde apa hendak disusahkan sangat bab puasa ganti ni.

Sekarang dah bulan Rejab ya, jadi bab puasa ganti kena make surelah. Sekadar saya kongsikan checklist saya untuk Raya tahun ini. Persiapan anda bagaimana?

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

14 thoughts on “Persiapan Ramadhan dan Syawal 2017

  1. Sal Nino

    idea yang menarik buat list..takdelah terkejar-kejar nanti dan boleh elak pembaziran. saya yang bujang ni target untuk parents jelah. tu pun dorang tak fikir raya sangat, sebab lepas raya adik nak kahwin. fikir majlis tu je..hehe

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      income besar senang nak belanja shopping raya nanti

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge