Perkara Sunat Menyambut Hari Lebaran

By | 27 July 2014

2 hari lagi nak raya dah, anda tentu sudah berada di kampung halaman. Meskipun begitu saya percaya warga kota pun ramai juga menyambut di ibu kota. Almaklum ramai juga telah berhijrah ke bandar-bandar kan.

Di mana pun anda, di bawah ini saya sediakan perkongsian berkenaan perkara sunat bagi menyambut lebaran.

Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

amalan sunat hari raya
Amalan Sunat Hari Raya


1. Menunaikan zakat fitrah

Zakat fitrah ni perlu dibayar bagi setiap ahli keluarga kita. Kalau ahli keluarga kita ada 3 orang, maka bayarlah untuk tiga orang. Tak terkecuali. Dan pengeluaran zakat fitrah ni dibuka sejak mula-mula berpuasa 1 Ramadhan dan berakhir pada terbenamnya matahari 30 Ramadhan. 

2. Bertakbir samada di rumah atau di masjid

Bertakbir menggambarkan kesyukuran kita setelah menunaikan ibadah puasa iaitu rukun Islam ketiga. Di bawah ini sebahagian daripada lafaz takbir tersebut.

Lafaz takbir hari raya
Lafaz takbir hari raya



3. Memakai pakaian yang wangi dan baik

Maksud di sini tak semestinya pakaian baru, tapi pakaian yang menyenangkan, baik, dan wangi. Jadi sebenarnya dengan kaedah ini tidak memaksa mereka yang tidak mampu untuk menyediakan pakaian baru setiap tahun.  Tapi amalan kita di Malaysia biasalah nak raya mesti ada pakaian baru.

4. Menghidupkan malam raya dengan beribadah

Satu kesilapan kita adalah bila malam raya kita isikan dengan persediaan hari raya. Tapi sebenarnya jika kita sambung kebiasaan kita menghidupkan malam Ramadhan di malam hari raya, pahalanya berlipat kali ganda. Anda boleh rujuk pada artikel Amalan Di Malam Hari Raya.

5. Melakukan banyak bersedekah dan menziarahi

Dalam masyarakat kita biasanya ini disebut sebagai “bagi duit raya” sehingga menjadi salah faham di kalangan kanak-kanak. Kalau tuan rumah tak bagi duit raya, tak mahu pergi beraya. Di sini kedua-dua pihak kena faham. Faham erti ziarah menziarahi. Tuan rumah pula perlu faham sedekah besar fadilatnya kepadanya.

Amalan sedekah memberi banyak pahala
Amalan sedekah memberi banyak pahala



6. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri

Makan sebelum solat sebabnya umat Islam sudah 30 hari berpuasa, justeru bila hari raya dapat pahala jika menyegerakan makan sebelum solat sunat. Ini berbeza dengan solat sunat Aidiladha iaitu sunat makan selepas solat Aidiladha sebab nak kejar makan daging korban yang lebih utama.

7. Bergembira di hari raya dengan perkara yang dibenarkan

Sebab itu memang meriah sekali bila raya ni, sana sini ada nyanyian kan. Tapi kena beringatlah tentang batasan semua. 

Di kesempatan ini kami di vitamin-cerdik.com ingin mengucapkan Selamat HAri Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam pembaca budiman sekalian.

Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Terima kasih dan teruskan menyokong kami.


Selamat Hari Raya kepada pembaca vitamin-cerdik.com
Selamat Hari Raya kepada pembaca vitamin-cerdik.com


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

One thought on “Perkara Sunat Menyambut Hari Lebaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge