Call nowWhatsapp

Saya ni sekadar nak cerita je. Saya dulu memang tak suka ambil vitamin atau suplemen ni, tapi ada ceritanya kenapa saya mula ambil.

Mula kenal suplemen


Saya mula kenal suplemen jenama HPA. HPA ni suplemen juga, tapi herbal based. Jadi ada pro and cons. Saya ambil dulu sebab saya ada masalah batuk-batuk berpanjangan, berlaku setiap bulan, sampai sakit dada dibuatnya.

Nak citernya sebelum saya ambil HPA tu saya memang tak ambil apa-apa makanan tambahan. Sebab bagi saya membazir. Kalau start beli mesti kena beli je sentiasa, orang kata continue kan. Jadi suplemen tak pernah ada dalam senarai saya perlu beli, memang saya tak nampak kepentingannya.

Ok bila dah batuk tu, saya godek-godek internet. Jumpa pasal HPA. Saya beli la ni. Walaupun asasnya herba, misi saya cuma nak pulih daripada batuk-batuk tu dulu. Jadi kesan pengambilan herba ni saya tak peduli sangat.

Alhamdulillah saya berjaya pulih. So saya pun stop ambil produk tu.

Set Bersalin


Bila mengandung anak pertama, saya bercadang nak ambil set bersalin HPA. Dah beli siap-siap. Tapi tak pakai sampai sudah sebab anak saya time tu kena jaundis brpanjangan. Saya berpantang tanpa ambil apa-apa suplemen dan set bersalin. Memang rasa lambat baik dan lemau je.

Menyusu anak pertama pun tanpa apa-apa suplemen, saya cuma amalkan petua yang banyak dikongsikan di internet. Tanya je apa saya tak pernah buat. Semua pernah dah. Hahah. Semua tu tak membantu sangat dalam meningkatkan susu, juga tak membantu pun memberikan kesihatan baik untuk anak saya. Anak sulung saya sampai umur 4 tahun ada bengkak tonsil. Memang orang kata ikut nasib anak, tapi saya suspect berpunca juga dengan cara pemakanan saya.

Mula kenal Shaklee


Bila mengandung anak kedua, saya dah cari-cari suplemen yang baik untuk anak kedua. Saya jumpa Nur Zahirah share tentang Shaklee. Masa ni saya sendiri memang tak ambil suplemen apa-apa melainkan yang dicadangkan doktor. Oh ya lupa nak sebut, batuk-batuk saya tu kalau datang balik saya cari HPA. Masih ada la dalam diri saya.

Jadi bila berpantang dan tempoh menyusu 2 tahun anak kedua saya amalkan Shaklee. Dari sini memang saya tak pandang lain dah. Dan ini satu-satunya meningkatkan kemahuan saya untuk saya continue pengambilan suplemen untuk saya dan anak-anak saya. Anak-anak pun perlukan suplemen.

Saya rasa pentingnya suplemen ni kepada saya dan saya nak ajak anda faham mengapa ianya juga penting kepada anda. Cuba baca apa kata penulis ni, namanya Azizi. 

Pentingnya suplemen kepada kita sekarang
Kalau anda duduk di dunia ideal, anda tak perlukan suplemen


Suplemen penting untuk menampung kekurangan di dalam makanan, membantu membina pertahanan tubuh dan membantu dalam keadaan-keadaan tertentu. 


Bila kita kekurangan nutrisi maka timbullah macam-macam sakit. Bukan sahaja kekurangan nutrisi, tapi sebab faktor pencemaran, radikal bebas menyebabkan sel badan kita cepat rosak dan mendedahkan kita kepada penyakit.

Tapi bila nak ambil suplemen pun pastikan anda dah pastikan suplemen tu selamat, elakkan produk mengandungi racun atau yang telah disenaraihitamkan. Ketahui juga senarai Tidak Shaklee.

Pentingnya Suplemen


Saya mampu beli beg tangan, kasut berjenama dll, mestilah saya juga mampu beli suplemen setiap bulan. Ini penting untuk diri saya, keluarga saya dan anak-anak saya. Saya boleh nampak kesihatan anak-anak bertambah baik, saya sendiri tak perlu menderita batuk-batuk berpanjangan, badan rasa lebih sihat.

Dan tahukah anda, selepas 2 tahun pengambilan suplemen saya lebih mudah mengandung. Saya ada PCOS yang menyebabkan seseorang sukar mengandung. Jarak anak pertama dengan anak kedua 4 tahun, manakala kini saya mengandung hanya dengan pengambilan suplemen sahaja. Tanpa perlu siasatan doktor bagai. Sebab itu orang kata kalau nak mengandung memang kena amalkan suplemen lama 2 tahun sebelum mengandung. 

Anda boleh baca artikel ini Why Do We Need Supplements.

Alhamdulillah itu saya. Anda bagaimana pula? Pentingkah suplemen untuk anda? Bagaimana pentingnya suplemen untuk pastikan kesihatan anda, ibu bapa anda, anak-anak anda yang baik? Jika ya, hubungilah saya untuk dapatkannya.

Mohon bantu kongsikan posting ini kepada rakan-rakan anda ya.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)