Pengalaman Fotoshoot Untuk Bisnes
Baru-baru ini saya berpeluang mendapat pengalaman baru, iaitu sesi fotoshoot untuk bisnes. Macam tak percaya kena buat ini, maklumlah saya sebenarnya seorang yang pemalu juga.
Sebelum itu, Shaklee ada minta gambar profile bisnes saya. Tapi sebab terlalu tergesa-gesa maka saya bergambar di studio biasa sahaja bersama suami.
Untuk penggambaran white studio pula saya buat untuk tujuan branding.
Penggambaran saya buat di Bukit Antarabangsa, saya panggil beliau Efi, saya lupa studionya nama apa. Make up dan style pula saya ambil daripada sahabat saya, Puan Faeeiz.
5Â Tips Untuk Persediaan Penggambaran
- Pilih jurugambar anda. Tidak semua jurugambar boleh buat untuk bisnes profile. Ada jurugambar hanya fokus pada perkahwinan, acara, alam semulajadi dan lain-lain.
- Tanya jurugambar jika beliau ada white studio. Jika tiada mohon beliau cadangkan, biasanya mereka ada mengenali kawan-kawan yang memiliki white studio.
- Make up dan style. Anda boleh buat sendiri sebenarnya. Namun anda juga boleh cari stylist yang akan membantu anda dari segi make up, berpakaian dan bagaimana bergambar di hadapan kamera. Saya bergambar cukup kaku, sebab itu saya ambil stylist bersama-sama saya.
- Pakaian. Pilih pakaian yang paling cantik anda ada untuk dipakai. Tudung pun pilih yang cantik dan terbaik. Silap saya adalah saya tidak bawa satu pun tudung sendiri, jadi pakai tudung yang di sediakan oleh stylist (which is not my type) sebenarnya. Akibatnya saya macam tidak suka sangat dengan gambar ini. Huhu. Tunggu tahun depanlah kalau nak bergambar lagi.
- Bawa aksesori terutama produk jika ada. Saya bawa killer produk saya sahaja iaitu Vivix dan ESP di samping memberkit terbaru Shaklee.
Itulah 5Â tips daripada saya. Jom layan gambar-gambar. Saya malu hendak tayang gambar saya, sebab saya rasa tudung saya tidak kemas.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
All the best semoga sukses selalu dalam hidup dan bisnes
Khairul Zamri recently posted…Balung Herbal Teh
thanks KZ
Wow… Dah jadi model.. Memang hebat dan terbaik.tu..
Tahniah saya ucapkan.
Hero Borneo recently posted…Rahsia Pikat Bakal Suami Yang Hensem
model bisnes sendiri je
Tahniah 🙂 semoga bisnes sis terus berkembang maju
thanks cik
wah…fofular dah!!
white studio tu apa sis?
siti hazreen recently posted…Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA) – Bagai Sirih Pulang ke Gagang
biasa kalau diorang nak photoshoot utk bisnes diorg guna white studio. mmg serba putih je background
Cantik berseri gambar sis tuh! 🙂
Farrah MF recently posted…Resepi Overnight Oat – Strawberry and Peanut Butter
make up memang semua orang pun cantik. hihi
cantiknya kak anah
kalau mekap semua orang cantik kan
semoga sis terus sukses dalam perniagaan, ameeen ?
thanks NA
???
NourAdieb recently posted…The Curse of The White Blood
best kan
tahniah, moga terus berjaya
Wan Syahida recently posted…Phytoestrogen Dalam Soya Penyebab Kanser?
alhamdulillah jom sama2