Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

By | 11 March 2015
Teknik Bernafas Semasa Bersalin

Setiap orang pengalaman bersalin tentu berbeza. Setiap ibu pula bersalin anak2 pun mesti berbeza jugak. Saya baru bersalin anak ke 3 baru-baru ni, hari ni dah masuk 13 hari. Dalam posting ni saya nak share pengalaman bersalin kali ni.

Pengalaman bersalin

Anak sulung dulu saya bersalin czer. Kesnya air ketuban keluar dan sampai 16 jam, bukaan lambat, baby dah berak. Jadi doktor suggest tak tunggu, have to czer. Baby ada jaundis, kena tahan di hospital seminggu sebab monitor czer dan baby jaundis.

Anak kedua pulak saya berjaya bersalin normal. Mulanya air ketuban keluar, tapi sakit bersalin tu memang lamalah. Sampai 16 jam jugak. Kena tahan di wad selama seminggu sebab nak monitor baby, termasuk baby ada jaundis.

Pengalaman terkini

Kebiasaannya anak2 terdahulu saya bersalin 38 minggu, 37 minggu camtu. Tapi kali ni baby ni lambat keluar, at 39 minggu ++ baru nak keluar jengah dunia.

Hari Khamis tu saya makan banyak kot, maklumlah ada pasar malam. Macam-macam saya beli, tetiba ada selera. Pukul 11 malam camtu time saya baring nak tidur, terasa air keluar. Fuh memang air ketuban dah keluar, kali ni beserta darah. Aduhai.

Oh lupa nak cakap. Sejak 38 minggu saya rajin

  • squatting
  • senaman atas gym ball
  • banyakkan berjalan
  • praktis teknik pernafasan

Saya call husband suruh dia balik segera. Sementara saya bersihkan diri, mandi dan kemaskan barang. Anak kedua saya belum tidur lagi time tu. Ingatkan sempat nak tidurkan dia, tapi saya panik sebab darah banyak keluar jugak. Sambil-sambil tu saya call mak mertua di kampung minta maaf dan minta dia doakan saya. Nak keluar rumah pun saya salam both my parents, minta maaf dan doakan saya. Saya wasap semua group saya minta doakan saya.

Pengalaman bersalin

Tag baby

Jam 12 pagi kami sampai di Hospital Selayang. Sebab saya ambil pakej FPP (full payment patient), jadi kena tunggu MO bertugas untuk cek saya. Lama juga menunggu, jam 3 pagi gitu baru MO datang. Rupanya baru 2cm, sakitnya macam 4cm dah! Time ni saya banyakkan berjalan, saya minta dengan nurse untuk berjalan dari kecemasan ke wad.

Kami dapat masuk wad dalam jam 4 pagi. Sempatlah berehat tapi tidaklah lena sangat pun sebab melayan contraction. Patutlah orang kata kalau air ketuban + darah sakitnya berganda2. Jam 11pagi doktor specialist saya datang untuk cek saya. Baru 4cm kata dia. Apa? 4 cm baru? Saya rasa separuh mati dah sakitnya… huhuh. Masa ni saya cakap dgn husband saya nak buat czer sebab saya tak tahan sakitnya, walaupun doktor dah 2x cucuk ubat tahan sakit.

Pagi tu saya cuma breakfast roti sahaja yang dibekalkan oleh hospital. Selain tu saya ambil Performance Drink, ESP dan Air zam-zam untuk beri saya tenaga dan lapik perut. Dari 11 pagi tu sakit contraction makin kuat. Labor room katanya penuh, jadi saya tak dipindahkan ke labor room lagi.

Jam 1 petang contraction makin kuat, dah rasa nak teran sedangkan saya masih di wad. Saya jerit panggil husband saya cakap nak teran sangat dah. Kelam kabut nurse pindahkan saya ke labor room. Doktor segera dipanggil. Saya tak ingat berapa kali teran, tapi jam 1.36petang tu akhirnya berjaya bersalin anak perempuan kami.

Rupanya baby kami berat 3.7kg, tak seperti jangkaan dr around 2.8 hingga 3kg. Saya pun tak sangka, tapi alhamdulillah selamat.

Uri pula doktor keluarkan secara manual, aduhai sakit betul seluk2 ni. Membuatkan saya rasa takmo dah bersalin lepas ni. Jadi sebab keluarkan secara manual memang saya rasa pening-pening sikitlah lepas tu sebab hilang darah banyak, tapi tidaklah sampai kena transfer blood.

Sebaik dilahirkan, baby diletakkan di dada saya. Alhamdulillah cantik babynya. Fuh. Dah bersalin baru saya sibuk cari minum dan makan. Lapar benar rasanya. Lunch pun memang tak sempat ambil, jadi memang membantu sangat ESP, performance drink dan air zam-zam yang saya bawa bekal dari rumah.

Kami discaj dari hospital keesokannya jam 2 petang. Alhamdulillah kami sihat, baby pun takde jaundis macam abang-abangnya.

Anak ketiga kami akhirnya perempuan

Anak ketiga kami akhirnya perempuan

Jadi kepada ibu-ibu hamil, mentally prepare, physically pun kena prepare. Proses bersalin tak sama antara ibu2 dan juga anak2 kita. Pada saya pula set Shaklee untuk kehamilan memang sangat membantu saya kali ini, untuk kesihatan disepanjang tempoh hamil dan juga persediaan bersalin yang sangat tough, di samping baby yang sihat.

Disepanjang tempoh bersalin tu, husband sentiasa ada dgn saya. Alhamdulillah, itulah sumber kekuatan saya.

Bulan Mac 2015 ni sesuailah sapa nak borong ESP, sebab ada promosi beli 6 percuma 1 atau beli 2 pada 5% diskaun.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK ESP!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

10 thoughts on “Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

    1. Raihanah Ahmad Post author

      semoga dipermudahkan. eh, dah bersalin kot?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge