Penawar Resdung Paling Mujarab dan Selamat

By | 22 December 2015
Resdung

Saya teringat masa suami saya diserang sakit kepala yang teruk beberapa bulan sebelum ini. Sakitnya di sebelah pagi hingga tengahari. Suami saya ini memang tidak beritahu dia sedang sakit, kecuali demam memang saya sendiri boleh perasan dia tidak sihat.

Sehinggalah sakit kepalanya berlarutan berminggu-minggu. Saya tahu pun sebab masa kami hendak balik kampung. Saya tanya bila hendak bertolak, sebab saya hendak ambil cuti (masa itu cuti sekolah). Biasanya suami saya ini kalau cuti sekolah hendak cepat-cepat balik kampung. Tetapi memang peliklah masa itu dia relaks sahaja.

Akhirnya barulah dia sebut dia tidak sihat sebab selalu pening kepala. Jadi bila pening kepala, saya hanya bekalkan BComplex dan Ostematrix sahaja. Kebiasaannya mujarab. Lepas beberapa hari katanya kurang sikit pening. Jadi kami pun bolehlah balik kampung, itupun rasanya kami bertolak lepas asar, sebab hendak elak pening pagi dia itu.

Sampai di kampung, dia ke klinik 1Malaysia. Rupanya diagnosis doktor adalah alergi dan resdung. Masa ini saya bagi dia Alfalfa Complex dan Vita C. Lepas beberapa hari alhamdulillah hilanglah sakit kepala dan masalah resdung pula perlahan-lahan hilang.

Kebiasannya orang resdung mesti bersin setiap pagi, suami saya ini tidak ada pula bersin pagi-pagi, sebab itu tidak sangka juga.

Antara komplikasi akibat resdung

Antara komplikasi akibat resdung

Segalanya Tentang Resdung dan Sinus

Sinus adalah kecil rongga, berisi udara yang menghubungkan hidung dan tekak. Tugas mereka adalah untuk mengelakkan lendir daripada sampai ke paru-paru, di mana ia boleh menyebabkan jangkitan.

Kedudukan sinus pada anggota kita

Kedudukan sinus pada anggota kita

Resdung berlaku apabila lapisan sinus menjadi radang atau bengkak. Terdapat dua jenis sinusitis – akut dan kronik. Selesema, bakteria, atau virus boleh mencetuskan resdung akut. Sebaliknya, sinusitis kronik boleh bermula dengan sejuk, dan kemudian berlegar akibat pencemaran atau toksin di udara, tekanan, merokok, atau alahan. Biasanya, kes-kes akut akan hilang dalam tempoh sebulan atau lebih. Apabila gejala berlarutan selama dua belas minggu atau lebih, diagnosis berubah kepada sinusitis kronik.

Sakit di bahagian muka dan  bengkak di kawasan sinus adalah tanda-tanda biasa resdung. Sesetengah individu mengalami demam, titisan air hidung, masalah berbau, sesak nafas, sakit kepala, keletihan, dan / atau batuk.

Memiliki masalah resdung atau radang sinus bermakna anda berisiko terdedah kepada bakteria berbahaya, toksin, virus, dan alergen kerana sinus tidak boleh beroperasi dengan cekap.

Hidung kita direka untuk bertindak sebagai penapis udara kecekapan tinggi. Apabila berfungsi sepenuhnya, hidung manusia mampu mengeluarkan 80 peratus daripada pelbagai bahan di udara. Dalam hidung kita ada gentian kecil seperti rambut dikenali sebagai silia. Silia ini dilengkapi dengan mukus yang dimuatkan dengan bahan-bahan untuk mengatasi racun dan unsur-unsur lain yang berbahaya di udara.

Mukus yang menyelaputi silia direka untuk menangkap penceroboh sebelum mereka bertamu di paru-paru anda. Tetapi radang sinus melemahkan silia, menghalang mereka daripada membuang penceroboh, dan meninggalkan anda terdedah kepada risiko dengan setiap nafas.

Penawar Paling Mujarab Masalah Resdung dan Sinus

Banyak rawatan resdung ini di antaranya antibiotik, asap resdung, dan pembedahan.

Resdung adalah disebabkan oleh virus, macam-macam jenis virus, sedangkan antibiotik merawat penyakit disebabkan bakteria. Jadi macamana antibiotik hendak merawat resdung? Sebab itu kebanyakan pengambil antibiotik akan selalu mengambil antibiotik setiap kali resdung menyerang. Sebab masalah utamanya tidak dirawat.

Asap resdung pula, maaf saya tidak pernah buat. Suami pun tidak pernah buat. Katanya akan keluar ulat-ulat resdung itu, tetapi saya tidak pasti sejauh mana keberkesanannya. Ramai juga bertanya saya tentang rawatan ini jika saya ada buat untuk SPA bergerak saya, tetapi biasanya saya hanya akan cadangkan pengambilan suplemen dan saya juga tidak menawarkan kaedah ini.

Asap resdung salah satu teknik merawat resdung, namun bagaimana keberkesanannya?

Asap resdung salah satu teknik merawat resdung, namun bagaimana keberkesanannya?

Pembedahan. Boleh juga jika anda berani. Sinus kita ini berfungsi baik kalau tidak bengkak, dan ia mempunyai peranan juga dalam sistem badan kita. Sama juga macam tonsil, kalau tidak bengkak ia memang berperanan penting untuk pertahanan badan kita. Jadi seeloknya jangan buang. Cuba rujuk dengan doktor anda untuk penjelasan lebih.

Banyak yang saya baca, resdung boleh dirawati dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Sinus atau resdung datang disebabkan badan anda memiliki imun sistem yang rendah. Jadi usaha anda haruslah untuk meningkatkan imun badan anda ini.

Gaya Hidup Sihat Rawatan Resdung Paling Mujarab

Jika anda mengalami selesema yang kerap dan jangkitan, ia mungkin masa untuk membaik pulih gaya hidup anda. Bermula dengan tingkatkan sistem imuniti badan anda. Secara ringkas, sistem imun kita berkembang apabila kita memberikan sokongan seperti

  • Makanan berkhasiat
  • Tidur berkualiti tinggi
  • Minum air secukupnya
  • Senaman yang sederhana
  • Makanan tambahan yang sesuai
  • Pengurusan stress / tekanan

Makanan Berkhasiat

Selalulah amalkan pemakanan berkhasiat. Lebihkan bahagian sayuran, buah-buahan dan protein.

Tidur berkualiti

Tidur yang cukup adalah salah satu lagi isu gaya hidup dikaitkan dengan sistem imun badan. Ada banyak cara untuk mendapatkan tidur lena dan berkualiti. Anda juga boleh mengambil suplemen untuk membolehkan anda tidur contohnya Ostematrix. Ostematrix bukan sekadar mengandungi kalsium, ia juga mengandungi Vitamin D.

Vitamin D adalah satu lagi suplemen  yang sangat baik untuk sinus. Vitamin D membantu melegakan jangkitan sinus.

Selain itu Ostematrix juga mengandungi magnesium. Magnesium membantu dalam membaik pulih dan penyembuhan tisu rosak dalam saluran sinus. Ia mengurangkan nafas berbau, hidung tersumbat, mengelakkan risiko untuk mendapat sinusitis kronik dan sakit tekak. Selain daripada membuang jumlah lebihan lendir dari saluran sinus anda, ia juga membantu dalam melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus atau kulat.

Magnesium terdapat dalam makanan seperti kacang hitam, kekapis, kacang tanah, tauhu, tiram, susu soya, biji labu, bijirin gandum, halibut, bendi dan brokoli.

Minum air secukupnya

Minumlah air secukupnya. Rakyat kita memang sedari kecil kurang didedahkan keperluan minum air secukupnya. Satu alasannya adalah susah selalu hendak ke tandas. Minum air dengan mencukupi untuk badan kita adalah satu yang baik untuk kesihatan kita disebabkan air membuang toksin dalam badan kita.

Senaman yang sederhana

Biasa, senaman yang sederhana contohnya, 30-minit berjalan kaki – merupakan satu lagi cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

Makanan tambahan yang sesuai

Antara suplemen yang sesuai untuk diambil oleh pesakit resdung atau sinus adalah:

Zink

Zinc Complex Salah Satu Produk Penting Ibu Berpantang

Zinc Complex

Zink penting untuk sistem imun yang sihat. Zink meningkatkan penyerapan vitamin A. Contoh sumber makanan yang baik zink adalah kuning telur, ikan, cendawan, bijirin penuh dan biji labu adalah sumber makanan yang baik zink. Dos biasa dalam suplemen adalah 30mg.

Zink tergolong dalam keluarga mineral dan berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan pada wajah dan sakit kepala, mengurangkan keradangan, pembaikan tisu-tisu yang rosak dan juga mempercepatkan proses penyembuhan. Anda juga boleh mengelakkan sinusitis kronik dengan mengambil makanan yang kaya dengan zink seperti tiram, daging lembu panggang, serbuk koko, germa gandum, hati anak lembu, biji tembikai, kambing, bijan, biji skuasy dan kacang tanah

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex

Alfalfa berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinusitis). Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

Vitamin C

Kebaikan vitamin C

Kebaikan vitamin C

Radikal bebas bukan sahaja boleh mencetuskan sinusitis dalam badan anda, tetapi ia juga boleh memburukkan lagi keadaan. Justeru pengambilan vitamin C adalah penting disebabkan kandungannya yang antioksidan.

Vitamin C berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. Vitamin C mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh serta memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Pengurusan stress / tekanan

Jika anda dapat mengurangkan tekanan ia merupakan cara terbaik untuk menggalakkan tidur dengan nyenyak. Terdapat berpuluh-puluh buku mengenai topik pengurusan stress, google sahaja anda pasti jumpa caranya.

InsyaAllah dengan cara yang saya kongsikan di atas, anda juga boleh elakkan resdung daripada menyerang diri anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

17 thoughts on “Penawar Resdung Paling Mujarab dan Selamat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai customer saya pun vit c dan alfalfa memang mujarab untuk depa

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      asyik ambil antibiotik akan memudaratkan badan juga

      Reply
  1. si bongkok

    Bila sebut resdung dan pakai asap2 tue, saya ada sket pengalaman…

    Memang agak perit gak kalo resdung pada tahap kronik dan saya pada tahap sederhana…

    Bila sekali try, merah semacam jek hidung… 😀

    p/s: berapa seunit heh GLA Complex nie pn?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge