Penapis air: Keperluan atau gimik semata-mata

By | 14 August 2013

Penapis air : Gambar sekadar hiasan

Adakah anda menggunakan penapis air di kediaman anda..atau di premis anda? Kebanyakan masyarakat hari ini memasang penapis air di kediaman masing-masing atas alasan tersendiri. Ada yang memasang di dalam mahupun di luar kediaman. Ada yang bersaiz sebesar lengan sehinggalah sebesar batang pokok kelapa. Ada yang inginkan air yang lebih jernih, ada yang inginkan air yang lebih berzat dan sebagainya.

Realitinya air yang dirawat oleh syarikat pembekal air negeri masing-masing yang disalurkan kepada pengguna adalah mengikuti piawaian WHO, di pantau oleh Kementerian Kesihatan setiap minggu. Maksudnya? Air itu sememangnya sudah bersih dan selamat. Tetapi kenapa apabila kita buka paip di rumah kita dapati (mungkin) warnanya tidak jernih? Emm…untuk air ini sampai ke rumah, ia akan melalui saluran paip yang perlbagai jenis dan pelbagai usia…Jika paip jenis besi…makin lama makin berkarat…karat ini yang akan mempengaruhi warna air….Jika berlaku kebocoran (paip pecah) di mana-mana, kebarangkalian air untuk tercemar juga adalah tinggi.


Cuba tengok tangki simpanan air dalam rumah anda. Adakah seperti gambar di atas? Penapis air dilihat mampu membantu untuk menjernihkan air yang keruh berkarat tu….Namun, pengguna harus berhati-hati. JERNIH tidak beerti SELAMAT ! Penapis air perlu dibersihkan selalu. Jika tidak dibersihkan, berkemungkinan, anda berjaya menjernihkan air..tetapi dalam masa yang sama anda telah membiakkan kuman seperti e-coli. Gukk..gukk..gukk…telanlah e-coli tu…..


Sumber: http://dkdayat.blogspot.com/2012/07/penapis-air-keperluaan-atau-gimik.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge