Call nowWhatsapp

Baru-baru ini ada satu keluarga hubungi saya berkenaan anak mereka yang baru berusia 24 tahun telah didiagnos menghidap sakit buah pinggang tahap 4. Apa yang boleh dilakukan? Adakah boleh tidak mengikuti rawatan dialisis dengan pengambilan Shaklee?

Apakah Peluang Saya Apabila Didiagnos Sakit Buah Pinggang Tahap 4

Sebaiknya anda perlu ambil tahu:

  • Apakah yang boleh dilakukan untuk elakkan sakit buah pinggang itu menjadi semakin kronik
  • Apakah pilihan rawatan yang ada. Pilihan rawatan mengikut doktor, ini sebab anda sudah tidak punya pilihan kerana apabila buah pinggang sudah mula rosak, ia akan terus merosak dan jika dibiarkan akan turut membawa kepada penyakit lain. Jadi tindakan awal dalam mengawal atau mengurangkan risiko komplikasi ini adalah sangat penting.

Antara komplikasi sakit buah pinggang adalah:

  • Masalah jantung dan salur darah
  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Masalah tulang
  • Tekanan darah tinggi
  • Kekurangan nutrisi

Sakit Buah Pinggang Tahap 4

Sakit buah pinggang tahap 4 adalah chronic kidney disease (CKD) yang terjadi apabila buah pinggang telah rosak. Buah pinggang boleh rosak akibat:

  • Kecederaan fizikal
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi

Apabila buah pinggang rosak, ia tidak lagi mampu untuk menapis darah atau menjalankan fungsinya dengan baik. Antara fungsi buah pinggang adalah

  • Menapis darah
  • Memastikan keseimbangan cecair dalam badan
  • Mengawal selia hormon
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Menjaga kesihatan tulang
  • Membantu menghasilkan sel darah merah

Terdapat 5 tahap dalam CKD:

  1. Tahap 1: mild
  2. Tahap 2: mild. Pada kedua-dua tahap ini, buah pinggang telah rosak dan tidak mampu berfungsi dengan baik.
  3. Tahap 3: Kurang separuh daripada fungsi buah pinggang telah hilang. Ini boleh menyebabkan masalah seperti tekanan darah tinggi dan masalah tulang. Pada tahap ini rawatan sangat penting dan boleh membantu memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang.
  4. Tahap 4: kerosakan buah pinggang sudah parah. Pada tahap ini, untuk memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang dengan mengikuti rawatan yang betul dan menguruskan masalah lain seperti tekanan darah tinggi atau penyakit jantung.
  5. Tahap 5: kegagalan buah pinggang. Jika ini terjadi, pemindahan buah pinggang atau dialisis diperlukan untuk meneruskan hidup.

Kegagalan Buah Pinggang

Walaupun ada pada tahap 4, adalah penting untuk anda mendapatkan rawatan dan sangat menjaga kesihatan. Ini kerana buah pinggang anda tetap berpotensi untuk gagal. Kegagalan buah pinggang terjadi apabila:

  • 85-90% fungsi buah pinggang telah hilang
  • GFR di bawah 15
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membuatkan anda terus hidup.

Ya, tiada penawar untuk buah pinggang yang telah rosak, tetapi dengan rawatan yang betul anda masih berpeluang untuk terus hidup.

Rawatan untuk kegagalan buah pinggang

Terdapat 2 jenis rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu pemindahan buah pinggang dan dialisis. Ada 2 jenis dialisis boleh dilakukan iaitu hemodialisis dan pertoneal dialisis.

Pemindahan Buah Pinggang

Pemindahan buah pinggang adalah pembedahan untuk menggantikan buah pinggang yang telah rosak dengan buah pinggang baru. Buah pinggang baru boleh datang daripada mana-mana penderma organ, samada yang telah mati atau hidup. Buah pinggang baru biasanya boleh berfungsi serta-merta.

Pemindahan buah pinggang adalah rawatan, bukan penawar. Penerima buah pinggang baru masih dikira menghidap sakit buah pinggang dan anda mungkin masih perlu mengambil ubat-ubatan yang diambil sebelum pemindahan buah pinggang dilakukan.

Hemodialisis (HD)

HD adalah rawatan untuk menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair dalam darah. Ia boleh dilakukan di rumah (home dialisis) atau di pusat dialisis. Semasa rawatan, darah akan dipam melalui tiub ke mesin dialisis di mana ia akan melalui penapis khas yang dipanggil dializer (atau buah pinggang palsu).

Selepas ditapis, darah akan masuk semula ke dalam salur darah dalam badan. Cuma ada sedikit darah akan keluar daripada badan pada satu-satu masa. Rawatan di pusat dialisis mengambil masa 3-5 jam, 3x seminggu.

Peritoneal Dialisis (PD)

PD pula ialah rawatan dialiasis yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja di rumah, tempat kerja, atau masa tidur. Ia mesti dilakukan setiap hari. Ada beberapa proses yang perlu dilalui seperti pembedahan kecil untuk meletakkan catheter dalam abdomen (perut).

Dengan PD, proses mencuci darah berlaku dalam badan, bukan di luar seperti hemodialisis. Peritoneum (lapisan dalam abdomen) akan bertindak sebagai penapis semulajadi. Semasa rawatan, larutan pencuci yang dipanggil dialysate, mengalir masuk ke dalam abdomen melalui tiub PD catheter. Bahan buangan dan lebihan cecair akan melalui darah ke larutan pencuci.

Selepas beberapa jam, larutan pencuci akan dikeringkan daripada abdomen dan digantikan dengan larutan pencuci baru dan proses diulang semula. Memang renyah sangat proses ini, belum lagi dikira rasa sakit yang terpaksa ditanggung. Seeloknya cegahlah sakit, jaga kesihatan buah pinggang dan organ-organ kita yang lain.

Rawatan Alternatif untuk menambahbaik buah pinggang rosak

Ada beberapa kaedah yang saya sarankan:

Baiki sel yang rosak

Secara asasnya, jika sel kita sihat maka seluruh badan kita akan sihat. Ini kerana sel adalah asas kepada badan kita. Sel yang sihat bermula dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat serta pengambilan nutrisi yang mencukupi bagi memastikan sel sentiasa mendapat makanan dan tenaga untuk berfungsi dengan baik.

Makanan Sel

Makanan utama sel adalah protein. pastikan anda mendapat sumber protein terbaik dalam diet harian. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti ikan, daging dan ayam kerana protein ini tidak dapat diproses dengan baik jika diambil berlebihan. Akhirnya ia akan menjadi punca pelbagai penyakit.

Salah satu testimoni berkenaan pesakit diabetes dan buah pinggang dibantu dengan Vivix

Salah satu testimoni berkenaan pesakit diabetes dan buah pinggang dibantu dengan Vivix

Justeru, cadangan suplemen Shaklee untuk membantu kesihatan buah pinggang adalah:

1. ESP

ESP merupakan sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet harian. Ia berasaskan daripada soya non GMO yang semulajadi, rendah lemak dan bebas kolestrol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Disamping itu ia dapat membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.

2. Omega Guard

Omega 3 membantu mengurangkan keradangan akibat penyakit ini. Ia juga membantu mencairkan lemak yang banyak di dalam darah (akibat pengeluaran protein dari badan) dan mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang yang lebih teruk.
Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dimana ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi, termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ini disebabkan Omega Guard dihasilkan daripada ikan semulajadi, bukan daripada hati ikan.
  • Omega Guard diekstrak daripada sumber ikan asli, bukan daripada hati ikan. Jadi ini membuatkan Omega guard 3x lebih tumpat berbanding minyak ikan lain.
  • Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak Omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi.

Ini berbeza dengan pengusaha minyak ikan jenama lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan sesetengah nutrien, bahkan tidak dapat menapis kandungan logam berat yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dan menghasilkan Omega Guard melalui proses penyulingan proprietri 2 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Ini termasuk menyingkirkan bahan-bahan logam berat yang membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Bahan-bahan ini merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

Kaedah ini juga terbukti berkesan mengurangkan bau hanyir ikan dan rasa kurang enak selepas mengambilnya.

3. Vivix

Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis sebatian polifenol yang sangat bermanfaat kepada kesihatan. Resveratrol dalam banyak kajian telah menunjukkan kesan yang baik termasuk:

  • Berperanan sebagai anti radang
  • Membantu meningkatkan pengeluaran enzim antioksidan

Secara spesifiknya, Vivix dan resveratrol dapat membantu pesakit buah pinggang melalui 7 cara:

  1. Antioksidan: mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  3. Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  5. Mengurangkan proses lipid peroksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
  7. Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga

Mempunyai sakit buah pinggang tahap 4 bukan penamat kepada kehidupan anda. Ramai yang masih boleh hidup ceria walaupun menanggung penyakit ini. Anda boleh cuba Shaklee sebab setakat ini Shaklee terbaik dari segi kualiti, jaminan keselamatan ramuan/produk dan keberkesanan. InsyaAllah kata orang worth your money.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)