Call nowWhatsapp

Saya bermula dengan Shaklee sebagai pengguna (jadi ahli tapi makan sendiri). Nutriferon adalah antara produk paling lambat yang saya makan dan amalkan. Sebab apa?

  • Saya rasa mahal (satu kotak seratus lebih).
  • Saya rasa tidak perlu (sihat sahaja di samping saya ambil suplemen Shaklee yang lain).

Tapi bila dengar dan baca tentang Nutriferon dan rasai sendiri kesannya, stok Nutriferon mesti sentiasa ada di rumah. Setiap pagi, kami dan anak-anak akan mendapatkan kebaikan BIJI LABU, BIJI PLANTAGO, BUNGA HONEYSUCKLE & BUNGA SAFFLOWER ini.

Harga bukan masalah lagi. Duit boleh cari, badan yang sihat tidak boleh beli.

Bagaimana Sistem Imun Tubuh Berfungsi

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama iaitu KULIT. Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Apakah Sistem Imun

Apakah Sistem Imun

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem Imun Badan

Sistem Imun Badan

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti, dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam.”

Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress, apatah lagi kalau makan benda-benda merapu.

 

Antara faktor menyebabkan sistem imun menjadi rendah

Antara faktor menyebabkan sistem imun menjadi rendah

Kajian Imunologi

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat.

  • Membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia.
  • Menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah.

Bagaimana interferon bertindak`Bagaimana interferon bertindak`Bagaimana interferon bertindak

Bagaimana interferon bertindak

Kisah Penemuan Nutriferon

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis herba yang berlainan., Dr. Kojima telah membangunkan satu-satunya interferon semulajadi, iaitu Nutriferon.

Dr Kojima telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.

Dr Kojima adalah penemu interferon dan juga mencipta nutriferon

Dr Kojima adalah penemu interferon dan juga mencipta nutriferon

Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi. Nutriferon Shaklee adalah satu formula Eksklusif diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee

Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Sebuah Hospital di Taiwan juga menggunakan Nutriferon Shaklee untuk pesakit Hepatitis mereka di sana.

Nutriferon Sebagai Interferon

Nutriferon membantu meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus meningkatkan tindakbalas sistem imun badan. Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

Nutriferon menggalakkan interfero secara semulajadi

Nutriferon menggalakkan interfero secara semulajadi

Ramuan Botani Nutriferon:

  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun.
  • Bunga Safflowhttps://en.wikipedia.org/wiki/Safflowerer (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih. Di samping itu, bunga Safflower dapat menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia untuk menentang penceroboh virus dan kuman.
Ramuan Nutriferon

Ramuan Nutriferon

Manfaat Nutriferon Shaklee

1.Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.

Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia.

Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkah sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofag

2. Melawan Kanser dan Tumor

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

3. Melindungi dari influenza

Nutriferon mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan fluenza.

4. Meringankan Stress dan Kelesuan

Nutriferon membantu meringankan kemudratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5. Melambatkan Penuaan

Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit hepatitis B & C

Keberkesanan Nutriferon Shaklee dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti, kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit hepatitis B dan C .

7. Membantu proses Menopaus

Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

8. Membantu masalah PMS

Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Nutriferon Pilihan Saya Sekeluarga

Nutriferon sentiasa menjadi pilihan kami, antaranya disebabkan:

  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia di mana campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.
  3. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  4. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon iaitu ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  5. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif iaitu Nutriferon tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten Nutriferon yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  6. 40 tahun kajian. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) ini sekaligus menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  7. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, antaranya Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine. Dokumentasi ini mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)