Sekali lagi tentang Neelofa. Ha jangan muntah hijau pulak korang semua ya. Saya saja je nak updatekan berkenaan sales best yang Naelofar Hijab buat hujung tahun ini, iaitu Year End Sales (YES). Dah pergi atau belum? Saya sudah.
Naelofar Hijab Year End Sales NHYES
Kebetulan beberapa hari lalu saya off day sebab jadi driver anak-anak. Driver asal mereka ikut abah balik kampung, jadi sayalah yang kena off day untuk hal anak-anak sekolah. Sambil-sambil tunggu anak balik, apalagi saya terjah butik Naelofar Hijab di Taman Tun Dr Ismail.
Saya bukan orang gambar sebenarnya, jadi gambar dibutik memang tiada. Huhu nasiblah kan. Tapi hasil tangkapan saya adalah gambarnya. Tak banyak pun saya beli, cuma 3 helai sahaja.
Ini sahaja yang saya beli. Banyak yang potongan harga dah takde, rezeki saya dapat tangkap Mariposa (banyak lagi tapi tinggal color tak menarik sangat) dan Thumbelina itu pun tinggal 1 je. Kedua-dua Mariposa dan Thumbelina berharga RM35 setiap satu.
Bagi sale combo macam ini, saya cuma beli 1 sahaja, iaitu Diana. Cantik oih, masa Raya baru ini memang teringin betul nak beli tapi harga masa tu rm73. Sebenarnya lebih berbaloi kalau beli 3 helai jadi boleh dapat potongan sehinggga 30%. Tapi saya fikir juga banyak lagi hendak belanja (maklumlah saya sendiri orang bisnes), jadi beli 1 sahajalah ada 10% diskaun. Warna purple saya belum ada.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan saya cuma sekitar rm135 untuk 3 helai tudung NH. Berbaloi juga, maklumlah original kan.
Jadi bagi anda yang belum berpeluang untuk ke sana, ada masa lagi ni. Boleh terjah sebab sales sehingga 31 Disember 2016. Sempat lagi kalau nak menabung. Saya tak jual tudung tau. hihi
Oh ya, siapa cari Shaklee boleh hubungi saya ya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Best ni klau nk mmbrong 🙂
AyuniRamli recently posted…Taman Saujana, Putrajaya
takleh borong sangat, kena beringat. kalau tak memang banyak lagi beli tu. hihi
waduhhhh…. sale lagi.. haha..mampu tengok je.. jauh nak pi… hihi
atie3101 recently posted…Hanya Aku yang tahu..
best gi shopping, terapi kekdahnya
Bestnya.. Neelofa tengah buat jualan promosi ni.. kalau duduk dekat area sana, boleh jer ajak isteri singgah butik Neelofa.. tapi jauh pulak nak ke sana..
anuar recently posted…Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
sesekali datang kl bolehlah singgah butik nealofar. mana tahu ada rezeki boleh jumpa lofa
nak liat Naelofar Hijab selengkapnya boleh?
cuba tengok pada websitenya cik
wah…sis, sekali sekala shopping, apa salahnya kan hehe…kalau neelofar ni saya minat kat minyak wangi dia…tapi tak beli2 lagi sampai sekarang huhu
siti hazreen recently posted…Kemasukan Ke Program Prasiswazah dan Siswazah Semester 2 2016/2017
saya tak pernah lagi cuba minyak wangi dia
Isteri saya memang minat dengan tudung-tudung ni. Tambah plak kalau ada sale macam ni. Tapi tu lah, jauh. Di Ipoh takde ke butik Neelofah ni?
Perawat Sihir recently posted…Bagaimana Nak Tahu Gangguan Makhluk Halus Dalam Badan Dah Keluar?
sale dia kat butiq hq. tp ada je yang online seller pun buat sale camni.
boleh tahan murah. mesti ramai serbu ni
nikkhazami recently posted…Siapa Casey Neistat?
yang harga 25-35 tu banyak takde dah, banyak yang combo tu lagi tp still cheap
wow! sale tu. tunjuk kat umi, konfirm dia teringin nak beli 😀
Uncle Zuan recently posted…Aku Rindu Kota Madinah
nanti bawaklah umi gi shopping. sempat lagi tu
Cantik shawl neelofa ni tapi lea x pandai pakai.. hehee..
saya pakai yang full instant tu, memang sarung je. saya tak reti yang shawl tu kena lilit sendiri
caaantik yaa.. 🙂 ordernya bsa via whatsapp gak si?
nak order boleh juga, tp saya caj juga sikit. hihi
wadu kalo ada sale gini jadi lupa diri, tidak terkontrol, zombie belanja
hahah zombi belanja jadinya