Naelofar Hijab Year End Sales NHYES

By | 4 November 2016
Naelofar Hijab Year End Sales 2016

Sekali lagi tentang Neelofa. Ha jangan muntah hijau pulak korang semua ya. Saya saja je nak updatekan berkenaan sales best yang Naelofar Hijab buat hujung tahun ini, iaitu Year End Sales (YES). Dah pergi atau belum? Saya sudah.

Naelofar Hijab Year End Sales NHYES

Kebetulan beberapa hari lalu saya off day sebab jadi driver anak-anak. Driver asal mereka ikut abah balik kampung, jadi sayalah yang kena off day untuk hal anak-anak sekolah. Sambil-sambil tunggu anak balik, apalagi saya terjah butik Naelofar Hijab di Taman Tun Dr Ismail.

Saya bukan orang gambar sebenarnya, jadi gambar dibutik memang tiada. Huhu nasiblah kan. Tapi hasil tangkapan saya adalah gambarnya. Tak banyak pun saya beli, cuma 3 helai sahaja.

Hasil tangkapan saya: Mariposa, Thumbelina dan Diana sahaja

Hasil tangkapan saya: Mariposa, Thumbelina dan Diana sahaja

Ini sahaja yang saya beli. Banyak yang potongan harga dah takde, rezeki saya dapat tangkap Mariposa (banyak lagi tapi tinggal color tak menarik sangat) dan Thumbelina itu pun tinggal 1 je. Kedua-dua Mariposa dan Thumbelina berharga RM35 setiap satu.

Harga jatuh sehingga rm25 sapa taknak oi

Harga jatuh sehingga rm25 sapa taknak oi

Combo deal macam ini memang mengancam jugak.

Combo deal macam ini memang mengancam jugak.

Bagi sale combo macam ini, saya cuma beli 1 sahaja, iaitu Diana. Cantik oih, masa Raya baru ini memang teringin betul nak beli tapi harga masa tu rm73. Sebenarnya lebih berbaloi kalau beli 3 helai jadi boleh dapat potongan sehinggga 30%. Tapi saya fikir juga banyak lagi hendak belanja (maklumlah saya sendiri orang bisnes), jadi beli 1 sahajalah ada 10% diskaun. Warna purple saya belum ada.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan saya cuma sekitar rm135 untuk 3 helai tudung NH. Berbaloi juga, maklumlah original kan.

Jadi bagi anda yang belum berpeluang untuk ke sana, ada masa lagi ni. Boleh terjah sebab sales sehingga 31 Disember 2016. Sempat lagi kalau nak menabung. Saya tak jual tudung tau. hihi

Oh ya, siapa cari Shaklee boleh hubungi saya ya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

22 thoughts on “Naelofar Hijab Year End Sales NHYES

    1. Raihanah Ahmad Post author

      takleh borong sangat, kena beringat. kalau tak memang banyak lagi beli tu. hihi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sesekali datang kl bolehlah singgah butik nealofar. mana tahu ada rezeki boleh jumpa lofa

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sale dia kat butiq hq. tp ada je yang online seller pun buat sale camni.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      yang harga 25-35 tu banyak takde dah, banyak yang combo tu lagi tp still cheap

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nanti bawaklah umi gi shopping. sempat lagi tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya pakai yang full instant tu, memang sarung je. saya tak reti yang shawl tu kena lilit sendiri

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nak order boleh juga, tp saya caj juga sikit. hihi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge