MyBekam: Bekam Klinikal Di Gombak

By | 16 November 2015
Bekam di Gombak

Alhamdulillah, pagi yang bermotivasi ini saya ingin kongsikan satu lagi cabang dalam D’Haizsa Wellness, iaitu Bekam Klinikal di daerah Gombak.

Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina mahupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan.

Semua kaedah sememangnya memberikan kesan kelegaan dan penyembuhan untuk pelbagai penyakit. Dalam siaran History Channel beberapa tahun lalu, tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.

Apakah Bekam Klinikal

Bekam Klinikal adalah tatacara berdasarkan kajian, pengamatan, pengalaman dan rujukan kepada sunnah
Nabi s.a.w dan Al-Quran. Bekam Kliniikal dipelopori oleh USM Kubang Kerian melalui kumpulan doktor pakar.

Bekam Klinikal dipelopori sekumpulan doktor pakar dari USM

Bekam Klinikal dipelopori sekumpulan doktor pakar dari USM

Apa Beza Bekam Tradisional dengan Bekam Klinikal

Ya memang ada bezanya. Bekam Klinikal kami menjalankan proses bekam seperti prosedur doktor merawat pesakit. Maknanya kami menggunakan peralatan perubatan dan menjalankan proses sterilized dengan betul.

Bahaya Peralatan Bekam tidak Bersih

Bahaya Peralatan Bekam tidak Bersih

Antara peralatan yang kami gunakan:

  • Ubat steril
  • Alkohol
  • Iodin
  • Peralatan bekam (cupping dll)
  • Kapas
Antara Peralatan Bekam Yang Digunakan

Antara Peralatan Bekam Yang Digunakan

Standard peralatan perawatan, hygine dan bersih, terkawal dari penyakit berjangkit insyaALLAH. Penggunaan peralatan di atas adalah antara prosedur standard hospital semasa yang insyaAllah mencegah kuman dan penyakit pada peralatan bekam.

Mengapa Perlu Berbekam

Bekam merupakan amalan Rasulullah s.a.w justeru ia merupakan sunnah yang sebaiknya kita ikuti. Namun begitu bekam mempunyai manfaat yang banyak dari segi perubatan dan kesihatan.

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Siapa Tidak Boleh Berbekam

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka yang tidak boleh berbekam adalah:

Mempunyai masalah tekanan darah rendah

  • Pesakit kudis
  • Ibu mengandung
  • Wanita ketika haid
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit yang serius
  • Mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar atau sangat kenyang
  • Pesakit kanser darah
  • Pesakit penyakit berjangkit seperti denggi, kusta, malaria, demam campak dll.
  • Wanita yang selalu keguguran
  • Orang tua yang uzur

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah

  • Mata
  • Telinga
  • Hidung
  • Mulut
  • Alat kelamin
  • Dubur

Bekam Klinikal Kini Di D’Haizsa Wellness Gombak

Buat masa ini kami hanya beroperasi di premis kami di Gombak, justeru bagi anda yang berminat untuk berbekam boleh hadir ke premis kami. Hubungi kami untuk alamat ya.

Satu lagi ialah, bekam ini hanya untuk lelaki sahaja buat masa ini, sebab juru bekam adalah lelaki, suami saya.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

24 thoughts on “MyBekam: Bekam Klinikal Di Gombak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya pun takut juga tapi kalau kanak2 pun boleh bekam, tak sakitlah tu sebenarnya kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sebab bila bekam kita kehilangan darah sikit sebab proses buang darah kotor tu. jadi bila lapar atau terlalu letih takut boleh pengsan kalau buat bekam juga

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa mmg uzur tak boleh bekam, alfatihah untuk arwah mama MV

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang bagus sangat sebenarnya, sunnah yang ramai belum tahu dan berani nak buat

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh sis, nanti calling2 ya. kot la i boleh bagi percuma utk u review

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge