Kelmarin saya ada posting berkenaan “kini anda juga boleh cantik” daripada projek mokCun yang saya sebenarnya telah perkenalkan sedikit demi sedikit.
mokCun untuk anda yang mahu cantik
Kata orang cantik dalaman juga sangat penting untuk diserlahkan kepada luaran. Sangat betul pandangan ini, yang penting cantik dalaman. Berikut adalah tips kecantikan dalaman untuk perkongsian kita bersama.
Minum Air
Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari agar dapat membantu anda membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan membantu membakar kalori dalam badan anda.
Amalkan bersenam 3 kali seminggu
Sekurang-kurangnya amalkan bersenam, buat regangan yang simple pun sudah ok untuk melancarkan kembali peredaran darah.
Elakkan merokok
Merokok boleh merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Rokok termasuklah vape tau. Pastikan kita memilih cara hidup sihat ya.
Tidur mencukupi
Baru-baru ini ada juga saya terbaca wanita penting untuk mendapat cukup tidur. Tidak cukup tidur boleh membuatkan anda stress, di samping membuat anda kelihatan lebih tua dan lingkaran di bawah mata.
Rehatkan kulit daripada mekap
Sekurang-kurangnya pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Biarkan kulit bernafas dan rajin-rajin mencuci muka.
Makan mencukupi dan sihat
Amalkan pemakanan yang mencukupi dan sihat. Cara yang baik adalah makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan boleh memberikan tenaga dan pengambilan suplemen pula melengkapkan keperluan nutrisi anda.
Manjakan diri
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut. Anda juga boleh gunakan amalkan bersauna atau nikmati sahaja mandian buih di rumah. Sekarang banyak khidmat spa di rumah yang membantu anda memanjakan diri di rumah sambil dikelilingi anak-anak.
Elakkan stress
Stress mempercepatkan proses penuaan. Kalau saya, hanya amalkan pengambilan bcompleks, insyaAllah aman sepanjang hari.
Bergembiralah
Sentiasa positif diri anda, yakin diri, tentu penampilan kita pun cantik. Ketawa dan bergurau senda dengan keluarga dan rakan-rakan. Kalau suka masam muka anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Amalan sebagai seorang muslimah
Ini paling penting, amalan wajib seperti solat pastikan tidak tinggal, amalkan sebagaimana tuntutan. Di samping itu cuba-cubalah untuk amalkan amalan sunat setiap hari contohnya
Sekian tips mokCun hari ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Cantik macam mokcun best juga kan..
Noriza Rahman recently posted…Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering Dalam Masa 2 Minggu
semua orang nak cantik = mokcun
Kena amalkan nih…badan pun dah makin tua 🙁
cubalah, insyaallah awet muda
InsyaAllah.. Akan diamalkan segala petua ni.. InsyaAllah..
Ladybird recently posted…Kisah Aku..
thanks singgah
Tips yang sangat bagus untuk diamalkan.. terima kasih di atas perkongsian info..
anuar recently posted…Peluang Buat Duit TANPA MODAL di musim Cuti Sekolah Dengan Menjadi AFFILIATE BookCafe.com
sama-sama. hihih
alamak dah nak masuk 3 series tahun depan..kena byk jaga kesihatan diri ni..tq tips yg bgs boleh ciktom praktiskan…
cik tom recently posted…Jubah Dinner Yang Muslimah dan Sopan
kena jaga kesihatan ya