Mitos dan Fakta Tentang Jagung Yang Anda Harus Ketahui

By | 3 November 2015
jagung

HAri ini hari ketiga bulan November, maaf ya sebab saya lambat sikit posting sini. Alhamdulillah Oktober berlalu dengan berjaya sekali, untuk November saya mohon doa pembaca semua untuk mendoakan kejayaan yang lebih untuk saya dan team.

Promosi November 2015

Bagi bulan November, Shaklee telah isytihar promosi untuk produk di bawah

  • Vita C beli 6 dapat 7
  • Vita C beli 2 pada 5% diskaun
  • Vitalea for children beli 3 dapat 4

Itu promosi produk terpilih, manakala set pakej YES masih boleh dinikmati dengan pengurangan 5% diskaun.

Mitos dan Fakta Tentang Jagung

Siapa suka makan jagung? Saya dan anak-anak suka makan jagung. Kalau dikukus dan dicampur mentega dan sedikit garam atau susu pekat, wah sedapnya. Apalagi kalau sekadar dikukus atau dibakar, siapa tak suka kan?

Kebaikan Jagung

Kebaikan Jagung

Disebabkan promosi bulan ini adalah Vita C, saya ingin kongsikan di sini berkenaan jagung. Jagung merupakan bahan utama yang digunakan oleh Shaklee dalam pembuatan vita C. Terkejut kan, ingatkan oren. Kenapa jagung? Ini saya tulis dalam posting lain.

Fokus hari ini adalah beberapa mitos dan fakta tentang jagung yang anda harus ketahui. Info ini adalah daripada pakar dietitian, Jennifer McDaniel seorang jurucakap bagi Academy of Nutrition and Dietetics.

Mitos 1: Jagung adalah makanan tidak menyihatkan

Fakta: Salah pernyataan ini. Sebaliknya jagung adalah sayur-sayuran yang mengandungi nutrien, dan elok bagai salah satu hidangan harian anda sayur-sayuran. Idea bahawa jagung yang tidak sihat mungkin berlaku kerana jagung yang tinggi kanji, iaitu karbohidrat.

Mitos 2: Badan tidak dapat menghadam jagung

Fakta: Jagung mempunyai jumlah yang tinggi serat tidak larut, ini bermakna, memudahkan untuk penghadaman. Kalau perasan anak kita makan jagung, najisnya pun akan keluar jagung sikit-sikitkan. Serat tidak larut ini terbukti baik untuk bakteria baik dalam usus kita.

Mitos 3: Jagung tidak mengandungi banyak nutrisi

Fakta: Jagung mengandungi vitamin B, vitamin C, dan juga magnesium dan kalium. Jagung kuning juga sumber yang baik daripada dua antioksidan, zeaxanthin dan lutein, yang baik untuk kesihatan mata.

Selain tugasnya sebagai antioksidan, vitamin C membantu metabolisme protein dan menghasilkan kolagen. Sebagai tisu penghubung, ia menyokong dan menguatkan kulit, tulang, saluran darah dan tendon.

Cara makan jagung boleh dipelbagaikan

Cara makan jagung boleh dipelbagaikan

Mitos 4: Kebanyakan jagung adalah GMO

Fakta: Kebanyakan jagung manis adalah non-gmo. Sebaliknya jagung yang lewat dituai dan diproses untuk dijadikan minyak, jagung fruktosa tinggi sirap atau produk lain, kebanyakannya merupakan jagung non-gmo.

Terdapat kajian dilaksanakan di Amerika Syarikat iaitu 71 sampel jagung manis (segar, beku dan tin) didapati bahawa hanya 2.4 peratus daripada sampel adalah GMO.

Namun, jika anda masih waswas tentang jagung manis, boleh dapatkan produk jagung organik. Kalau di negara kita, hampir kesemua jagung yang ditanam dan dikeluarkan bukanlah produk GMO dan masih boleh dimakan segar.

Mitos 5: Jagung tinggi kandungan gula

Fakta: Satu bongkah jagung mempunyai kira-kira 6 hingga 8 gram gula, manakala pisang mempunyai kira-kira 15. Tapi anda suka makan pisang, kan? Tinggi gula macam ini mungkin kurang sesuai dengan pesakit diabetes.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

22 thoughts on “Mitos dan Fakta Tentang Jagung Yang Anda Harus Ketahui

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, kalau letak garam pun bolehlah bertukar kepada garam natural tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sedap juga roti perisa jagung tu, anak-anak suka

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      layan sangat kan, tak sedar makan berapa ketul

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge