Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis

By | 20 July 2017
Set osteoporosis shaklee

Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis

Baru-baru ini saya ada terbaca perkongsian DrMizam berkaitan kerapuhan tulang yang dikaitkan dengan pengambilan susu. Eh macam menjadi satu pengesahan kepada posting saya sebelum ini berkaitan masalah osteoporosis atau kerapuhan tulang.

Bagi yang baru sahaja membaca posting saya, sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman saya:

  1. Saya sendiri didiagnos Osteoporosis (pada Mei 2017)
  2. Suami kepada customer saya memiliki kerapuhan tulang walaupun sejak kecil memang tidak pernah tinggal minum susu dan cheese dalam pemakanan harian beliau.

Kenapa semua ni berlaku dan apa kaitan dengan kajian klinikal yang dilaporkan pada tahun 1997? Ikuti kupasan saya dalam posting kali ini.

Kajian Klinikal Mendapati Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis

Kajian 1

Kajian ini dibuat pada tahun 1980an, selama 12 tahun. Ia diterbitkan pada tahun 1997. Kajian ini melibatkan 77 ribu orang wanita berumur 34 – 59 tahun dan tidak menggunakan suplemen. Maknanya mereka hanya ambil kalsium daripada susu semata-mata.

Hasil kajian menunjukkan:

Tiada bukti menunjukkan minum susu dapat mengurangkan insiden tulang rapuh.

Wanita yang minum 2 gelas atau lebih susu sehari menghadapi risiko sebanyak 1.45 tulang rapuh pada pinggul dan 1.05 tulang rapuh pada lengan berbanding wanita yang mengambil 1 gelas sehari.

Kajian ini menunjukkan pengambilan susu atau sumber kalsium yang lain tidak mencegah wanita daripada risiko tulang rapuh

Kajian 2

Kajian ini dibuat di Sweden melibatkan 61 ribu wanita berusia antara 31 – 74 tahun dan 45 ribu lelaki berusia antara 45 – 79 tahun. Kajian dibuat selama 20 tahun.

Hasil kajian mendapati setiap gelas susu tidak menunjukkan penurunan faktor risiko kepada tulang rapuh. Seperti Kajian 1 tadi, minum susu atau sumber kalsium semulajadi yang lain tidak mencegah wanita daripada risiko osteoporosis.

Kajian ini diterbitkan pada tahun 2014. Maknanya ini adalah kajian terbaru.

Kenapa Minum Susu Meningkatkan risiko Osteoporosis?

Selama 50 tahun ini industri tenusu berjaya menyakinkan kita bahawa susu dan produk tenusu dapat membantu meningkatkan tahap kalsium dalam tulang. Dengan adanya kajian ini menunjukkan pendapat ini salah.

Proses mempasteur susu mencipta kalsium karbonat (juga boleh didapati dalam bentuk pil, baru teringat ayah saya pun ada makan ni). Kalsium karbonat ini tidak dapat masuk ke dalam sel tanpa agen “chelating“. Justeru bila badan kekurangan kalsium, ia menarik kalsium daripada tulang dan tisu yang lain dan menambat kalsium karbonat di dalam darah. Proses ini menyebabkan osteoporosis.

Susu memerlukan magnesium dalam nisbah yang betul untuk menerap kalsium. Lebih 99% kalsium berada di dalam rangka, ini memberikan ketegaran mekanikal. Meminum susu memaksa pengambilan kalsium yang rendah, menyebabkan rangka digunakan sebagai rizab kalsium untuk memenuhi keperluan tubuh. Ini menyebabkan osteoporosis.

Orang Amerika sejak lahir lagi disuruh minum susu, tetapi mereka mempunyai kadar osteoporosis tertinggi. Di negara kita 1 daripada 3 wanita berisiko menghidap osteoporosis. Kita biasalah memang takkan cek kesihatan kita, hingga patah tulang? Masa itu sudah agak terlambat.

Bagaimana Meningkatkan Kepadatan Tulang Elak Osteoporosis?

Kita sudah tahu bahawa pengambilan susu tidak membantu pun dalam kes kerapuhan tulang. Jadi bagaimana hendak elakkan osteoporosis atau tulang rapuh?

1. Makan makanan tinggi kalsium

Sumber makanan terbaik adalah sumber tenusu mentah yang tidak dipasteurisasi seperti susu mentah / yogurt, serta ikan seperti sardin. Namun awas dengan susu mentah kerana ada risiko dijangkiti kuman.

Sayuran hijau daun seperti kale, brokoli dan bayam juga kaya dengan kalsium. Herba kering dan buah-buahan kering seperti buah ara dan beri juga pilihan yang baik. Seeds seperti chia dan flaks juga merupakan sumber kalsium yang kaya. Juga, nikmati makanan yang mengandungi belerang seperti bawang putih dan bawang.

2. Elakkan penyebab perkumuhan mineral

Elakkan makanan yang mengandungi fosfat seperti minuman ringan. Fosforus menyebabkan badan mengeluarkan kalsium. Hadkan atau elakkan makanan haiwan protein tinggi. Diet tinggi protein menyebabkan kalsium dikeluarkan dari badan anda. Kurangkan pengambilan kafein. Orang yang merokok mempunyai kepadatan tulang yang jauh lebih rendah, manakala minum alkohol juga boleh menghalang tulang anda daripada menyerap nutrien maksimum dari makanan anda.

3. Senaman yang betul

Satu lagi cara penting untuk meningkatkan tulang anda ialah senaman berat badan. Ini secara amnya apa-apa jenis senaman yang memerlukan anda berdiri dan menggunakan berat badan anda. Pilihan yang baik termasuk melompat tali, aerobik, plyometric, menari atau berjalan pantas.

Kajian mendapati jika anda tidak bersenam, tubuh akan mengeluarkan semua kalsium yang disimpan di dalam tulang anda. Ini seperti disebut oleh Profesor Dawn Skelton, pakar penuaan dan kesihatan di Glasgow Caledonian University.

Senaman weight bearing antara senaman yang sesuai untuk penghidap osteoporosis

Senaman weight bearing antara senaman yang sesuai untuk penghidap osteoporosis

4. Pengambilan Suplemen

Pengambilan supleman pada zaman ini menjadi sangat penting. Namun untuk kesihatan tulang, pengambilan suplemen kalsium sahaja tidak memadai. Berdasarkan pengalaman saya yang didiagnos osteoporosis pada Mei 2017, saya berjaya mendapatkan tahap tulang normal dalam masa sebulan dengan mengamalkan semua perkara di atas, termasuk pengambilan suplemen.

Rawat osteoporosis dengan selamat dan berkesan dengan shaklee

Rawat osteoporosis dengan selamat dan berkesan dengan Shaklee

Suplemen yang sesuai untuk mencegah dan merawat osteoporosis adalah:

a. Ostematrix – kalsium dan mineral

Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

Kajian klinikal terhadap penggunaan Ostematrix menyatakan, Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam.

  • Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
  • Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Boron – membantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.

b. Protein dengan ESP atau Cinch Shake

Struktur tulang adalah lebih penting berbanding bekalan kalsium. Sekiranya struktur tulang tidak ampuh, kalsium tidak dapat disepadukan dengan betul, tulang akan pecah dengan mudah.

Struktur tulang diperbuat 50% dengan protein iaitu 1/3 daripada jisimnya. Ia akan semakin kuat dengan senaman dan kalsium vitamin D.

Di kalangan orang tua, protein yang kurang diambil menyebabkan kemerosotan ketara dalam jisim tulang, seni bina mikro dan kekuatan tulang iaitu ciri osteoporosis. Dalam kajian yang dibuat terhadap orang tua dengan penambahan protein, mendapati:

  • Suplemen protein mengurangkan kehilangan tulang
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Mengurangkan komplikasi perubatan.

ESP atau Cinch Shake adalah sumber protein non-GMO. Dalam tulang manusia juga terdapat sel-sel hidup. Di sinilah pentingnya protein yang baik dalam menyokong penghasilan sel-sel tulang yang baru, demi menggantikan sel-sel tulang yang telah rosak dan mati akibat patah tulang.

Shaklee ESP dan Cinch Shaklee adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu (essential) yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP atau Cinch Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

c. Omega Guard atau minyak ikan

Meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 (asid docosahexaenoic) khususnya, meningkatkan kandungan mineral tulang dan menghasilkan tulang yang lebih sihat, lebih kuat.

Dalam jurnal yang dilaporkan oleh NASA (Journal of Bone and Mineral Research) menyatakan bahawa EPA omega-3 dapat melindungi terhadap kehilangan tulang semasa penerbangan angkasa.

Bagi Omega Guard dan asid lemak Omega 3, ia membantu kesihatan tulang dari segi:

  • Meningkatkan jumlah kalsium yang diserap
  • Mengurangkan jumlah kehilangan kalsium melalui air kencing
  • Meningkatkan kekuatan tulang
  • Meningkatkan pertumbuhan tulang

Tidak sukar meminta orang sekarang makan omega 3 sebab memang ramai yang sudah terbuka mengambil nutrisi ini daripada suplemen. Namun dengan peranan ini memberikan anda lebih banyak sebab untuk mengambil Omega 3 setiap hari.

d. Shaklee Collagen Powder

Collagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam tubuh badan mamalia (manusia dan haiwan). Ia merupakan salah satu protein yang panjang merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Disebabkan collagen adalah sebahagian daripada protein. Justeru sangat mudah memahami bagaimana collagen menjadi sangat penting untuk tulang.

Selain memberi struktur tisu kulit, collagen juga penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Dengan kata lain, collagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.

Terdapat lebih daripada 25 jenis collagen wujud dan terhasil dalam badan kita secara semulajadi. Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan collagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun.

Rantaian collagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber collagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Macam labah-labah, collagen buat struktur tulang umpama labah-labah buat sarang. Bila dah siap struktur, barulah masuk kalsium dan lain-lain mineral.

Justeru dalam menjaga kesihatan tulang, sangat penting untuk menambahkan pengambilan collagen dalam diet harian anda. Gabungan ekstrak kekerang dengan bahan utama Shaklee Collagen Powder (SCP) yang lain membantu bertindak untuk membetulkan collagen yang telah putus dan menyediakan jumlah collagen yang optimum pada bahagian yang rosak.

Set Osteoporosis Shaklee membantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis

Set Osteoporosis Shaklee membantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis

Penutup

Bagi anda yang selama ini minum susu, pernahkah anda membuat saringan kesihatan tulang anda? Kalau belum boleh hubungi saya untuk pemeriksaan percuma (di KL/Selangor sahaja). Namun syaratnya adalah hanya bagi mereka yang belum menjadi ahli sahaja.

Kajian ini sangat penting, bukan sahaja membantu kita memperbaiki kesihatan, bahkan mengenali apa risiko terhadap amalan pemakanan harian kita. Ayuh dapatkan Set Osteoporosis hari ini.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

52 thoughts on “Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis

  1. Nur Amira Zulkarnain

    Well said akak! Sangat betul. Bila kita dah berShaklee, kita akan makin jatuh cinta bila kita pun buat research and reading.

    Betul kata Master Ira. Both of you inspired me a lot! Doakan Mira berjaya juga ya.

    Rasa syok pula gali-gali ni. Make us knowledgrable and love Shaklee even more. Mira baru nak mula, anda bila lagi???

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      yes, betul. cari suplemen yang elok

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      yes cik. if minum susu fresh pulak boleh dpt kuman. jadi elok ambik produk shaklee je. hahah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      susu mmg ada risiko menyebabkan osteoporosis

      Reply
  2. Norhayati

    Baru akak tahu raihana..
    Minum susu juga menyebabkan kerapuhan.
    Akak nak tanya adakah shaklee ni dari soya.. kalau org ada ketumbuhan tidak boleh mkn nanti mengaktifkan lagi. Betul ke..
    Akak nak cuba jugak ujian tulang tu..
    Norhayati recently posted…SYAWAL KAN SEBULAN 😆😅😍😙My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      soya tu ada kajian terbaru saintis di US diorg dah keluarkan bab soya dan kanser ni kajian dulu2. cuma seeloknya kak pilih soya yang non GMO. kak brp no telefon kak saya nak confirm bab appointment

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ya, sebab sejak kecik kita disuruh minum susu kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena pastikan nutrien lengkap, barulah susu ok untuk consume

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai dah sebut, tapi nak buat tu la ambik masa juga

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan, proses tu yang menyebabkan banyak nutrien hilang

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      laku keras memang kena tapau terus

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena tengok ingredients juga, kalau lengkap insyaAllah boleh consume

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      senam memang penting, tp ia hanya contribute 20% sahaja. the rest adalah pemakanan atau nutrisi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      50 tahun dah kita disuruh minum susu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      boleh minum tapi kena pastikan ada magnesium dan vitamin d utk bantu penyerapan. kalau depend semata-mata pada susu memang risiko la kiranya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau ikutkan lepas 2 tahun boleh stop susu. amalkan makanan seimbang untuk kanak-kanak. boleh rujuk doktor

      Reply
  3. Ameerah

    Menariknya info ni. Serius baru tahu! Selama ni memang pasak dalam minda – minum susu baru tulang kuat.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalsium mesti ada vit d dan magnesium untuk penyerapan. kebanyakan susu takde vit d dan magnesium

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge