Merawat puting merekah semasa penyusuan

By | 28 January 2014

Ramai ibu yang menyusui bayi mempunyai pengalaman nipple crack atau puting merekah / pedih. Ibu mungkin akan berasa sakit pada permulaan penyusuan untuk beberapa hari pertama. Tetapi sakit yang teruk atau berpanjangan adalah tidak normal. Saya sendiri terjadi buat 2 minggu hingga sebulan, bergantung kepada tahap luka.

Isu-isu utama ibu menyusu



Penyusuan badan sepatutnya menyeronokkan bagi ibu dan bayi, sekiranya ini tidak berlaku ibu perlu membuat beberapa perubahan.

Punca Puting merekah / pedih
Ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan kesakitan ini, kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Sekiranya salah teknik, ibu akan merasa sakit. Berikut adalah mungkin masalah-masalah lain yang menyebabkan puting merekah.

1. Kesukaran untuk melekap
Masalah: Bayi tidak melekap dengan betul.
Penyelesaian: Pastikan bayi memasukkan aerola anda ke dalam mulutnya (bukan setakat puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas.

Sekiranya bayi tidak mengangakan mulutnya untuk memasukkan payudara anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya keluarkan perlahan-lahan dengan memasukkan jadi ke bahagian tepi mulutnya.

Pastikan bayi melekap dengan betul agar tidak menyakitkan anda



2. Lidah terikat
Masalah: Bayi mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat pada bahagian dasar mulut. Tanda-tanda masalah ini bayi tidak boleh melekap dengan betul, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungiin tidak boleh menghisap susu dengan jaya.

Penyelesaian: Berjumpalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat boleh diselesaikan dengan prosedur dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna.

Lidah terikat bayi boleh diselesaikan dengan prosedur ringkas



3. Jangkitan fungus (thrush)
Masalah: Puting merasa sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini bermakna ibu mengalami jangkitan fungus pada puting. Jangkitan fungus berlaku apabila organisme secara semulajadinya hidup dalam badan ibu telah merebak tanpa kawalan. 

Penyelesaian: Berjumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti fungus kepada anda dan bayi. Jika ibu mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin berlaku juga pada mulut bayi anda, samada ketara atau tidak. Ibu dan bayi perlu menjalani rawatan pada masa yang sama supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Thrush boleh berlaku kepada ibu dan bayi



4. Dermatitis
Masalah: Puting merasa gatal dan merah. Ia mungkin tanda-tanda dermatitis yang disebabkan oleh krim, losyen, sabun yang tidak sesuai.

Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.

Krim lanolin adalah semulajadi dan boleh digunakan oleh ibu dan selamat kepada bayi



5. Tumbuh gigi
Masalah: Bayi sedang tumbuh gigi dan menggigit ibu. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya lebih selesa. Jika dia menggigit anda, bermana lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.

Penyelesaian: Bantulah bayi menganga dan menjulurkan lidahnya. Ibu boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah respon, dekatkannya dengan cepat ke payudara anda. 

Bayi tumbuh gigi


6. Menyusukan semasa hamil
Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan

Penyelesaian: Puting hanya akan sakit pada awal kehamilan, jika terasa sangat sakit, ibu boleh menggunakan minyak / krim lanolin untuk melegakannya.

Ibu harus bersabar jika hamil dan menyusukan serentak



7.  Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.

Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Dapatkan yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

Pastikan ibu membeli coli yang selesa dan bersesuaian



Jika puting anda merasa sangat pedih, merekah atau berdarah, ibu boleh menyapu minyak atau krim lanolin yang tulin. Dengan cara ini puting ibu dapat sembuh tanpa kerak luka. Ibu juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya. Ibu juga boleh menggunakan susu badan sendiri, sapukan sedikit ke atas puting selepas penyusuan.


Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Bagaimanapun beberapa tanda menunjukkan bayi tidak menysu dengan betul:

1. Pertambahan berat badannya tidak mencukupi
2. Masa penyusuan yang panjang
3. Bayi mahu kerap disusukan
4. Bayi kelihatan tidak tenteram selepas menyusu

Ibu masih boleh menyusukan walaupun puting pedih. Sekiranya berasa sangat sakit, ibu boleh mencuba panduan di atas atau hubungi pakar. Boleh baca pengalaman saya sendiri berdepan dengan masalah puting merekah ini. http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/atasi-masalah-nipple-cracked.html

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

5 thoughts on “Merawat puting merekah semasa penyusuan

  1. Hajar

    Alhamdulillah saya masih mampu menyusukan anak saya yg kedua sehingga 1 tahun setengah dan anak yg ketiga masih menyusu sehingga sekarang berusia 6bulan. Masa anak ke2 dlu mmg xtertahan sakitnya bila puting luka smpai berdarah dan menanah..dan perkara yg sama berulang lgi untuk anak ke3..puas cri petua untuk hilangkan sakit supaya cepat sembuh. Terima kasih sbb mummy snggup kongsikan petua ni untk saya wat rujukan,
    Hajar recently posted…Petua Merawat Puting luka bagi ibu yang trauma akibat sering digigit bayiMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sama2, memang tujuannya adalah untuk sharing experience. kali ketiga bersalin ni alhamdulillah dah takde puting melecet. syukur

      Reply
  2. Kauthar Faqeh

    Assalamualaikum,

    Mohon izin daripada tuan punya blog.

    Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting payudara luka, boleh whatsapp/SMS 01152963790 untuk dapatkan krim ini daripada kami.
    Kami ada ready stok insyaallah.

    Boleh lawati FB page:
    https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/

    Thanks tuan blog 🙂

    Reply
    1. Kauthar Faqeh

      PERHATIAN!!
      PERTUKARAN NOMBOR TELEFON!

      Kepada sesiapa yang memerlukan Krim Medela Tender Care untuk merawat puting susu luka, boleh whatsapp/SMS 01152370397 (NOMBOR BARU) untuk dapatkan krim ini daripada kami.
      Kami ada ready stok insyaallah.

      Boleh lawati FB page:
      https://www.facebook.com/medelatendercaremurahmujarab/

      Thanks tuan blog 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge