Menyusukan 3 Orang Anak Secara Ekslusif

By | 24 April 2015
Ingin kurus dan menyusu

Sejak saya mengandung anak sulung, sememangnya saya telah lengkapkan diri dengan ilmu menyusu sebab memang niat nak menyusukan anak sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun secara ekslusif.

Anak Pertama

Anak sulung belum ada pengalaman tapi berjaya juga menyusu selama 2 tahun lebih

Anak sulung belum ada pengalaman tapi berjaya juga menyusu selama 2 tahun lebih

Mengandung anak sulung saya ada GDM.

Maklumlah anak pertama tak banyak pengalaman lagi, hanya teori banyak. Time ni saya sempat buat stok tapi tak banyak. Hari-hari pam susu adalah untuk diminum the next day. Jadi memang saya risau kalau diarahkan oleh syarikat untuk kerja luar daerah (outstation).

Tempoh berpantang memang terrible. Saya tak ambil apa2 suplemen atau jamu semasa berpantang sebab baby jaundis, kena pulak nipple crack nak baik tu adalah sebulan. Selama itu saya tahan sakit sambil menyusu jugaklah. Kena kuat semangat.

Jaundis anak sulung saya lama juga, about sebulan.

Dalam tempoh 2 tahun memang sekali berlaku outstation. Sebelum outstation memang pulunlah buat stok, time malam memang susu banyak sangat.

Dan masa anak pertama ini juga saya tak ambil apa-apa suplemen. Kesannya yang saya perasan susu cukup-cukup untuk anak di samping kualiti kesihatan anak juga bolehlah diterima. Kualiti kesihatan anak alhamdulillah ok, cuma anak sulung ni kerap kali demam.

Anak Kedua

Anak kedua masa berusia 1 hari

Anak kedua masa berusia 1 hari

Sedari mengandung anak kedua lagi saya dah cari suplemen untuk digunakan semasa berpantang dan menyusu. Masa ni mengandung saya ada GDM jugak. Terdetik dihati nak cuba Shaklee. Dan masa mengandung 8 bulan lagi saya dah beli tapi saya cuma start ambil lepas 2 minggu bersalin. Sekarang rasa rugi sangat start lambat disebabkan khasiatnya yang banyak.

Anak kedua saya dapat menyusu juga selama 2 tahun, dan hanya sebelah breast! Ya sebelah breast sebab breast saya tenggelam sebelah jadi baby tak mahu menyusu. Bayangkanlah selama 2 tahun boleh pula bertahan menyusu dengan hanya sebelah breast.

Semasa berpantang better daripada yang pertama, cuma masalah nipple crack masih jadi. Tapi kali ni manageable. Bengkak susu pun kurang berlaku. Di samping itu baby juga jaundis tapi tak lama seperti anak sulung.

Masa ni juga saya start buat stok susu sejak baby 1 bulan lagi, memang lebih awal dan nak naik kerja tu memang banyak stok susu untuk baby. Saya tak risau hal stok susu masa ni.

Selain tu kualiti kesihatan anak ditahap terbaik, jarang sakit sampai saya kerja pun jarangla saya ambil cuti disebabkan nak jaga anak kedua ni sakit. Jarang benar. Jadi memang saya puas hati dengan pengambilan Shaklee untuk menyusu dan berpantang.

Sekarang, anak ketiga

Anak ketiga selepas beberapa jam dilahirkan

Anak ketiga selepas beberapa jam dilahirkan

Saya ambil set hamil Shaklee sejak sebelum mengandung lagi. Sebenarnya set kesihatan Shaklee memang saya abil berterusan, jadi takde isu. Dan ia berterusan sehingga saat ingin bersalin, berpantang dan menyusu. Sangat puas hati.

Saya mengandung kali ini tanpa GDM sedangkan 2x mengandung sebelum ni saya memang ada GDM, alhamdulillah. Saya bersalin normal meskipun baby 3.7kg (huhuh), juga tenaga yang hebat semasa ingin bersalin walaupun tak makan.

Baby ada jaundis tapi pada paras yang rendah, tak perlu warded sepertimana anak sulung dan kedua. Alhamdulillah amalan semasa mengandung untuk elak jaundis nampaknya membuahkan hasil.

Berpantang pun saya bertenaga, bayangkan tak rasa sangat tempat jahit disamping tenaga yang banyak meskipun berjaga malam. Memang saya suka sangat.

Aspek menyusu pula, kali ni saya tak kena nipple crack.. sakit woo kalau kena. Stok susu memang usah cakaplah melimpah ruah, kali ni dah boleh menyusu kedua-dua belah breast. Hari ni hari ke 50, stok susu baby dah ada about 100 paket yang setiap satu adalah minima 70z. Jadi saya dah ada bekalan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Mak saya kata boleh dah tinggal kalau nak pi haji sebab takde masalah bekalan susu, insyaAllah.

Setakat ni baby sihat dan walaupun baru-baru ni baby batuk, alhamdulillah cepat pulih dan semakin baik. Selain tu, bonus tambahan untuk saya sendiri: penurunan berat badan yang best [baca pengalaman saya turun lebih 20kg dalam tempoh 1 bulan] dan bagaimana ibu menyusu boleh kurus, di samping kulit yang moist dan glowing. Ha sapa nak mesti kena cuba tau.

Penyusuan Ekslusif Terbaik Dengan Shaklee

a. Sebab:

  1. Meningkatkan kesihatan anda dengan nutrisi tambahan
  2. Meningkatkan kualiti susu ibu

Memang tak syak lagi Shaklee terbaik untuk kita semua.

Tingkatkan Kualiti Susu Ibu

Set penyusuan Shaklee

Contact saya utk sy bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.

Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

2 thoughts on “Menyusukan 3 Orang Anak Secara Ekslusif

    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang mencabar tambahan lagi kita kerja, jadi kena ada ilmu dan keyakinan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge