Menjemput rezeki dengan tahajud

By | 12 February 2014



Saya mula amalkan solat tahajud ketika masih di universiti lagi. Masa tu sebab join usrah di universiti, jadi adalah yang mengajar dan menggalakkan kami untuk solat tahajud dan membuat amalan-amalan sunah yang lain.

Perkara tu sedikit demi sedikit hilang sebaik saya memasuki pasaran kerja. Saya kurang ingat sejak bila yang saya memang tinggal langsung. Perkara ini berterusan sehingga tahun lalu apabila saya mudah serius dengan Shaklee. Ya, Shaklee bukan sahaja mengajar saya tentang bisnes semata-mata, bahkan bagaimana menjemput rezeki dengan cara meningkatkan amalan kerohanian. Saya bersyukur kerana saya menemui orang-orang yang berjaya, namun masih lagi mengamalkan amalan ini.

Menurut Rasulullah saw, “Allah sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat abu daud)



Saidina Umar Al Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

1. Jauhi daripada segala penyakit
2. Lahir kesan taqwa pada wajahnya
3. Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
4. Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui siratul mustaqim seperti kilat
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatNya (Surah adz Dzariyat ayat 15-18)
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (surah al israk ayat 79)
3. Mendapat pujian daripada Allah (surah al furqan ayat 63 – 64)
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (surah as sajadah ayat 16)
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (surah az-zumar ayat 9)

Amalan tahajud juga merupakan amalan harian ibu bapa saya. Juga merupakan salah satu amalan sunnah Rasulullah s.a.w.


Kredit jalanakhirat

Mamahakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge