Mengapa Pengambilan Suplemen Tidak Berkesan

By | 27 March 2014

Ada sesetengah pengamal vitamin merungut kenapa mereka ambil vitamin tetapi tiada menampakkan kesan? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengamalkan pengambilan suplemen yang ingin melihat kesan yang cepat. Contohnya mengambil suplemen untuk mengurangkan berat badan, tetapi merungun mengapa berat badannya masih tidak turun. Suplemen adalah makanan tambahan, justeru kesannya tidak sama dengan ubat.

Beberapa faktor menyebabkan pengambilan suplemen tidak berkesan:

1. Merasakan minum air kosong tidak penting

Orang Melayu khususnya memang tidak mengamalkan minum air kosong, ini terutama golongan veteran kita. Sebaliknya air manis menjadi pilihan. Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Saranan untuk mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan suplemen adalah supaya suplemen mudah diserap oleh tubuh.

2. Gemar makan vitamin sekaligus dalam satu masa

Apabila kita makan semua suplemen sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai suka amalkan ini terutama sebelum tidur sedangkan selepas itu kita kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengammbilan suplemen anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu sahaja.

3. Mengambil suplemen bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat serentak dengan pengambilan suplemen kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap suplemen dengan baik. Cuba sediakan jadual, ambil ubat dan suplemen secara berasingan. Boleh juga amalkan suplemen selepas 1 atau 2 jam pengambilan ubat.

4. Pengambilan kafien tinggi dalam diet harian

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan suplemen yang sediada dalam badan? Pengambilan kafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan suplemen yang diamalkan selama ini. Maka kita tidak mendapat kesan seperti yang diharapkan disebabkan suplemen rosak dengan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Tidak tahu pantang larang makan suplemen

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh di ambil bersama air susu? Ini kerana ia mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan? Ada beberapa lagi yang perlu diketahui seperti pengambilan alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Kredit adamalishauni

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge