Menangani Loya Semasa Mengandung

By | 13 February 2014

Baru-baru ini ada customer lama saya hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee bagi menangani masalah kehamilan beliau – morning sickness. Kasihan beliau, ini merupakan kandungan pertama justeru beliau lebih berhati-hati.



Morning sickness juga dikenali sebagai muntah atau loya di waktu pagi adalah disebabkan kerana turunnya kadar gula dalam darah dan ketidakseimbangan hormon kehamilan, tiada penawar muktamad untuknya setakat ini.

Tips bagi mengurangkan muntah atau loya:

1. Kerap makan. Makan setiap dua atau tiga jam. Perut anda akan sentiasa kenyang. Jika tidak berkesempatan, hanya minum air barli atau glukos.

2. Amalkan makan sedikit sebaik sahaja bangun atau sebelum bangun daripada katil. Ambil sedikit biskut atau pisang sudah memadai. Ini kerana memang normal untuk mengalami kadar gula dalam darah yang rendah di waktu pagi kerana anda belum mengambil apa-apa makanan di waktu pagi.

3. Pilih makanan yang
a) berkarbohidrat tinggi seperti roti, biskut kraker, nasi dan kentang.
b) Tidak mengandungi asid seperti buah dan sayur
c) Elakkan makanan berlemak seperti daging dan makanan bergoreng
d) Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis

4. Makan mengikut keinginan anda, asalkan kawal diet pada masa yang sama.

5. Dapatkan tidur yang nyenyak di waktu malam, dan tidur sebentar di waktu siang sekiranya boleh. Elakkan stress. Kebanyakan wanita hamil berasa amat letih semasa minggu awal kemailan dan ini boleh mengakibatkan morning sickness.

6. Minum air dengan banyak, air kosong, jus buah-buahan dan susu.

7. Makan makanan yang boleh mencegah muntah seperti avocado, protein, keju, mentega, yogurt dll.

8. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Jus lemon juga baik untuk meneutralkan asid yang terdapat dalam perut.

9. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa.

10. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan muntah.

11. Tidur untuk mengelak loya.

12. Ambil vitamin anda selepas makan atau sebelum tidur.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog 
www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook 
www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge