Mealshake Tidak Selamat?

By | 4 September 2014

Biasanya kalau promo Mealshake, tiap kali itu akan keluar cerita pasal Mealshake ni tidak selamat terutamanya untuk kanak-kanak. Sejauh mana kebenaran ini?

 

Mealshake Tidak Selamat?
Mealshake Tidak Selamat? Kenapa?


Pentingnya Kajian dan R & D Untuk Produk Selamat


Suplemen Shaklee tidak macam produk lain. Kalau anda nak masak, just google cari resepi, sediakan bahan dan terus masak. Tapi bagi Shaklee sendiri, setiap produk ada 
~ klinikal test
~ jurnal
~ landmark study
~ barisan saintis terlibat
~R&D dijalankan bertahun, bukan sehari atau sebulan dua

Contohnya sebelum pengeluaran Nutriferon, ia mengambil masa selama 40 tahun. Jadi anda boleh bayangkan kualiti produk Shaklee.

Dan Shaklee melakukan ini atas dasar tanggungjawab, sebab suplemen kesihatan tak wajib ada kajian klinikal (anda boleh sahkan dengan pihak KKM).

Mealshake Tidak Selamat?
Pakar Perubatan Dalam Shaklee Corporation



Apakah Mealshake?


Mealshake sememangnya dihasilkan untuk kanak-kanak, namun ia juga boleh diamalkan oleh orang dewasa. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk:

a) Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting diperlukan oleh badan untuk tumbesaran sihat
b) Merupakan sumber terbaik serat dan protein
c) Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
d) Mempunyai indeks glisemik rendah yang membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.


Benarkah Mealshake Tidak Selamat?


Isu 1: Mealshake Mengandungi Maltodextrin

Isu yang besar kerapkali kedengaran adalah Mealshake mengandungi Maltodextrin. Sebelum itu mari kenali dulu apa itu Maltodextrin.

Mealshake Tidak Selamat?
Fakta Nutrisi Mealshake


Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener‘ atau ‘filler’. Hakikatnya Maltodextrin merupakan sejenis karbohidrat complex yang selalunya diekstrak daripada beras, jagung, kentang, barli dan gandum.

Jadi Maltodextrin ini bukan bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ini kerana ia diekstrak daripada makanan asas kita juga. Ia biasa dijumpai dalam protein Shake seperti Mealshake sebab ia diperlukan untuk bekalkan glukos dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai indeks glisemik tinggi.

Memang kita tahu disebabkan ia mempunyai indeks glisemik yang tinggi, ia bukanlah makanan yang sihat. Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi glukos di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar jadi lemak. Aish macam subjek biologi pulak.

Jadi itu satu-satunya keburukan Maltodextrin. Makanya jika ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan gula atau glukos dengan cepat dan Maltodextrin boleh membekalkan kepada tubuh anda.

Baca juga: Is Maltodextrin Bad For You?

Kesimpulan: 

Untuk mengatakan Mealshake bahaya sebab mengandungi Maltodextrin adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak tepat kerana ia sebenarnya memberikan kesan positif jika diambil mengikut keperluan.

Kanak-kanak merupakan golongan yang sangat aktif, jadi mereka memerlukan tenaga segera untuk menjalankan aktiviti seharian. Maltodextrin juga tidak tersimpan sebagai lemak dalam badan mereka kerana kebanyakannya telah ditukarkan kepada tenaga,

Walaupun mengandungi Maltodextrin, ia tetap selamat disebabkan ia diekstrak daripada bahan semulajadi, bukannya daripada bahan kimia atau drugs. Maltodextrin juga memang digunakan secara meluas dalam pembuatan makanan, contohnya Choco Oat, pelbagai makanan / minuman shake dan lain-lain lagi. Anda boleh refer dengan label produk.

Jadi, mama-mama jangan risau untuk teruskan memberi Mealshake kepada anak-anak. Rugi jika tak beri anak-anak Mealshake ni disebabkan khasiat dan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Isu 2: Kandungan gula dalam Mealshake Tidak Selamat?

Seterusnya adalah kandungan gula di dalam Mealshake dikatakan tidak selamat. Amboi… padahal dalam minuman Milo, susu formula, minuman dalam kotak dan tin yang selalu beri anak-anak minum tu lagilah bergelen-gelen gulanya. hihih… apalagi aiskrim kan, gula-gula semuanya mengandungi gula… takde pulak nak kata aiskrim tak selamat?

Mealshake Tidak Selamat?
Kandungan gula dalam pelbagai produk mengandungi gula berlebihan


Ok takpe, kita bentangkan fakta disini. Memang ikutkan pada label Mealshake ia mengandungi 47.1g gula bagi setiap 100g hidangannya yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya, memang agak tinggi jika kita beri 100g Mealshake sehari. Bagaimanapun, pada balang Mealshake pun ada tertulis cadangan hidangan adalah 34g dimana mengandungi cuma 16.0 gula. Shaklee mencadangkan pengambilan 34g sahaja sehari iaitu suku cawan. 

Kesimpulan 
InsyaAllah selamat, Shaklee bukan wujud sehari dua, tetapi telah bertapak kukuh dengan slogan “Selamat, Semulajadi dan Berkesan.”

Isu 3: Mealshake Tidak Sesuai dan Tidak Selamat Untuk Kanak-kanak Bawah 4 atau 6 tahun

Ramai pengedar memberikan cadangan bahawa Mealshake boleh diberi kepada kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Apa yang anda harus tahu ialah cadangan hidangan daripada Shaklee sebanyak 34g adalah panduan umum untuk orang dewasa dan kanak-kanak pada umur persekolahan. Ini kerana mereka telah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Kita memang tahu sistem penghadaman kanak-kanak berusia 1 tahun masih belum matang. Walaupun begitu para pengedar memberikan panduan pengambilan khusus bagi kanak-kanak bawah 4 atau 6 tahun. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut usia anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.

Panduan pengambilan ini juga adalah saranan daripada pakar nutrisi Shaklee, insyaAllah selamat untuk anak-anak.

Kesimpulan
Jika anda yakin, sememangnya Mealshake pilihan yang tepat untuk kesihatan seharian anak-anak anda. Saya telah menggunakan Mealshake lebih 2 tahun kini kepada anak-anak saya berusia 4 tahun dan 1 tahun (kini 6 tahun dan 2 tahun). Alhamdulillah kesihatan mereka bertambah baik dan ditambah dengan pengambilan Omega Guard saya yakin akan membantu kesihatan dan kecerdasan mereka.

Isu Mealshake Tidak Selamat – Tiada Lagi

Jadi dengan semua jawapan di atas, diharap dapat menjawab semua isu yang dilemparkan. Terpulang pada penilaian ibu. Kalau saya memang saya yakin dah… Kenapa saya yakin, anda boleh semak Jaminan Kami di bawah.


Mealshake Tidak Selamat?
Manfaat Mealshake kepada kanak-kanak


Jaminan kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

Mengapa saya?


Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran


Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran


Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Cara Order Mealshake Promosi Beli 3 Percuma 1 Hanya Bulan September 2014


Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919 
SID: 864679  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge