Masih Relevankah Bisnes Shaklee?

By | 26 November 2015
Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Jawapannya ya! Amboi awal-awal lagi saya sudah jawab ya.

Bisnes Shaklee muram?

Bisnes Shaklee bermula setiap bulan 3 setiap tahun. Pada tahun ini, permulaan bisnes Shaklee bulan 3 beberapa bulan lepas memang menampakkan kesuraman disebabkan tiada kenaikan yang kompetitif.

Begitupun, bagi saya sendiri, ia tidak menjejaskan, bonus saya masih kekal statik, tidak naik dan tidak pula jatuh. Walaupun bagi sesetengah pengedar, tahun lalu berlaku penurunan, itupun saya tidak alami. Alhamdulillah.

Shaklee merupakan peneraju suplemen dan bukti kejayaan MLM lebih 57 tahun

Shaklee merupakan peneraju suplemen dan bukti kejayaan MLM lebih 57 tahun

Terdapat beberapa faktor mengapa muramnya bisnes Shaklee akhir-akhir ini:

  • Ramainya bilangan pengedar mengundur diri daripada bisnes Shaklee
  • Kesan pelaksanaan GST dimana pelanggan lebih berhati-hati untuk berbelanja.

Bisnes Shaklee Tetap Relevan dan Bertahan

Biasalah dalam bisnes, mesti ada turun naik. Nak lagi dalam negara kita sendiri, kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan politik yang meruncing.

Pelaksanaan GST menyebabkan pelanggan berhati-hati berbelanja, ada perkara yang diutamakan, akibatkan suplemen dikemudiankan. Tetapi trend yang saya lihat dan rasai sendiri, 2 bulan kebelakangan ini bermula Oktober 2015, pelanggan mula membeli semula suplemen.

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Piagam Shaklee

Ini bertepatan juga dengan satu pandangan menyatakan pelanggan akan mengambil masa lebih kurang 4 bulan atau lebih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru (pelaksanaan GST).

Pengedar Shaklee pula silih berganti. Yang lama dan sudah tidak berniaga, kini digantikan dengan pengedar baru. Rezeki bertukar tangan. Dalam kumpulan saya sendiri, saya bertahan dengan beberapa orang lain lagi. Alhamdulillah kami boleh bertahan, insyaAllah kata orang “standing stronger.”

Dalam bisnes perlu cekap untuk membaca perubahan, dan perlu cepat membiasakan diri agar dapat memperbaharui strategi demi strategi baru untuk memikat hati pelanggan.

Shaklee Bertahan Walaupun Dalam Ekonomi Merudum

Shaklee di Malaysia telah terbukti bertahan dalam 3 kali ekonomi merudum sebelum ini. Dan barangsiapa pengedar bertahan, insyaAllah mampu pergi lebih jauh lagi.

Bagi anda yang bertanya, dalam ekonomi sekarang bagaimana hendak jual Shaklee? Bagi orang yang nampak peluang, mereka tidak akan berganjak dengan peluang ini. Shaklee merupakan jenama yang sangat dikenali, suplemen pertamanya telah berusia 100 tahun, kajian beratus ribu setiap tahun, hanya tinggal kita kongsikan sahaja manfaatnya dengan orang lain.

3 Cara Menggunakan Shaklee

3 Cara Menggunakan Shaklee

Kita tiada artis atau duta Shaklee, duta Shaklee adalah penggunanya sendiri yang membawakan cerita tersendiri bagaimana Shaklee telah membantu kesihatan yang lebih baik dan kehidupan lebih baik.

Anda bagaimana? Jika sedang mencari kumpulan untuk disertai, ayuh sertai kami sekarang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

25 thoughts on “Masih Relevankah Bisnes Shaklee?

    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau lagi cepat adapt dengan perubahan lebih bagus

      Reply
  1. fidah shah

    Betul. Ramai orang mengamalkan sikap berhati hati bila berbelanja terutama bila barang naik harga dan apa GST.
    Tapi, oleh kerana barangan shaklee sememangnya berkualiti, in shaa Allah, kepercayaan dari pengguna tetap ada..
    fidah shah recently posted…Ucaplah AlhamdulillahMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      insyaAllah sis, lagipun orang perlukan suplemen untuk kesihatan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ye ke.. saya harap dapat kekal utuh dengan shaklee, insyaAllah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bisnes shaklee dah lama, dan masih stay strong

      Reply
  2. si bongkok

    Dulu masa2 follow otai2 MLM ada beberapa nasihat yang saya rasa boleh digunapakai sebab ianya tidak kearah penipuan :

    1) Show OFF produk dari diri sendiri LAGI kuat berbanding upline.
    -Bermakna macam pn yang regular pakai shaklee nie, pn update dari penggunaan sendiri berbanding upline tue…so mgkin kulit kusam semakin cerah…berat badan menurun…anak2 semakin aktif sebab pakai vita-c mereka…

    2) Memandangkan bisnes MLM ini berasaskan kesihatan nampaknya kena ulang STEP 1 jek kot…

    3) Step lain? Mungkin boleh mungkin tidak – PRE SAMPLE bagi produk yg bersesuaian…bagi try kat anak sedara ker…jiran belakang rumah ker…adik ipar yang jeles dengan pn ker…BG TRY jek…dah lama sket pn ROGER2 mereka tanya ada tak perubahan2…kalo dier tanya ada…jangan terus bukak cerita pasal produk tue…cuba ulang lagi bagi…masuk bln ke 2…baru bukak cerita gini gitu gana produk pn nie… 🙂

    Sekadar pandangan tak seberapa saya puan..bukan otai MLM pon..kalo rasa macam tak best jek..abaikan jek..anggaplah saya sekadar merapu jek heh… 🙂
    si bongkok recently posted…Betul Ke Orang Cakap Bisnes MLM XYZ Meragukan Tolong Explain SketMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge