Masalah Jerebu Mungkin Berlarutan?

By | 21 October 2015
Jerebu mungkin berlarutan

Aduh la, saya ada terbaca berita sekejap tadi, bahawa kemungkinan masalah jerebu akan berlarutan sehingga tahun depan.

Ini kerana katanya disebabkan kegagalan memadamkan kebakaran dalam tempoh singkat menyebabkan titik panas semakin bertambah.

Jerebu semakin buruk pada hari ini

Jerebu semakin buruk pada hari ini dengan asap sudah berwarna kuning

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kepada kesihatan, memang semua orang tahu kesannya, contohnya:

Sesak Nafas

Molekul-molekul yang terdapat pada udara mempunyai gas-gas beracun yang tidak elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada sesiapa yang mengalami masalah asthma. Mereka mungkin akan mengalami masalah sesak nafas.

Sesak nafas boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengenal usia, paling risau adalah kalau berlaku kepada bayi, kanak-kanak dan juga wargatua.

Hidung berair

Hidung kita adalah saluran utama saluran pernafasan pada manusia. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika jerebu, dikhuatiri ia akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara-udara beracun, seterusnya menyebabkan hidung berair sehingga mendatangkan selesema dan juga bersin.

Pedih Mata

Jarak penglihatan anda menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu telah menghalang pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke bumi. Ia sekaligus menghadkan penglihatan kita yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Bahkan ia turut membuatkan mata terasa pedih dan berair kerana di sekeliling anda dipenuhi dengan gas beracun dan berbahaya untuk kesihatan.

Masalah kesihatan lain

Terdapat beberapa lagi masalah kesihatan ekoran jerebu ini, kalau dalam tempoh singkat oklah lagi, tapi kalau berbulan-bulan macam ini memang akan mendatangkan masalah kesihatan lebih teruk akan datang:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Gatal mata.
  • Terasa sakit dada.

Apa Tindakan kita

Tindakan Semasa Hadapi Jerebu

Tindakan Semasa Hadapi Jerebu

Banyakkan berdoa dan solat hajat

Ayuh, kita berdoa dan solat hajat agar bencana ini segera dihindarkan daripada kita. Selain itu mintalah agar diturunkan hujan agar cuaca dapat segera pulih seperti sediakala.

Minum air

Amalkan pengambilan air kosong dengan banyak setiap hari. Ia bagi memastikan air terus membekalkan oksigen di dalam badan dan mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi.

Elakkan Aktiviti Luar

Kalau boleh elakkan aktiviti luar dan kalau perlu lakukan aktiviti luar, cuci muka selepas setiap kali aktiviti.

Amalkan Pengambilan Suplemen

Partikel jerebu adalah salah satu daripada radikal bebas yang mana kalau sentiasa terdedah akan menambahkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas inilah penyebab macam-macam penyakit kronik.

Sumber radikal bebas, salah satuya adalah jerebu

Sumber radikal bebas, salah satuya adalah jerebu

Jadi elakkan radikal bebas ini dengan meningkatkan pengambilan suplemen antioksidan. Selain mengelakkan radikal bebas, suplemen antioksidan boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan. Antara suplemen yang terbaik diambil musim jerebu ini adalah:

Dewasa

Kanak-kanak

Jaga diri semua, saya harap anda sekeluarga kekal sihat melalui bencana ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

12 thoughts on “Masalah Jerebu Mungkin Berlarutan?

    1. Raihanah Ahmad Post author

      itulah, tak boleh elakkan dah kesannya. cuma kena minimize kesan ke atas kita, jadi ambillah suplemen

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kebakaran masih ada, jadi itulah masih berlarutan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge