Masalah Bengkak Susu: Bagaimana dan tips merawati

By | 17 February 2014

Ibu yang menyusukan anak mesti pernah alami isu bengkak susu kan. Sekurang-kurangnya sekali mesti pernah dan hanya yang pernah alami sahaja akan tahu kesakitan yang ditanggung tu. Ini terutamanya berlaku dalam tempoh berpantang, lebih-lebih lagi jika bayi jaundis dan tempohnya tidur lebih lama.



masalah bengkak susu terjadi sebab skip masa menyusu atau mengepam. Pernah sekali terjadi pada saya ketika itu anak saya hampir 8 bulan. Pagi ada meeting, tengahari perbincangan dengan bos, sambung sampai pukul 2 pm lebih sebab sekali masa makan tengahari. Dah la pam tak bawa sekali. Azabnya kita je la tahu, nak urut pun dah tak jadi, pam pun tak jadi… ni kes jika saya tak ambil lecithin la. Jika saya ambil lecithin, dengan pam boleh menyelesaikan masalah. Alhamdulillah

Tetapi pada kebiasaannya bila terjadi bengkak susu, cara mengepam tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu dah tersumbat sehingga susu tidak dapat dipam keluar. Tektiknya, dengan direct feeding sahaja boleh menyelesaikan masalah bengkak susu.

Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Justeru, bengkak susu adalah tanda positif iaitu anda sedang meghasilkan susu untuk bayi anda.

Bengkak susu boleh menyebabkan demam


Berikut antara petua yang saya sendiri pernah buat jika ibu alami masalah bengkak susu.

1. Pakai pakaian dalam (bra) yang bersesuaian untuk menyokong, terutama di waktu malam. 

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. 

3. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu sehingga areola menjadi lembut. Satu cara lain untuk memudahkan pengeluaran susu ialah meletakkan tuala panas di dada atau mandi air suam sebelum memerah. Ini mungkin memakan masa.

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisap perlahan-lahan. Ini membantu pengaliran susu yang lebih lancar dan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sesekali untuk mengeluarkan susu berlebihan. Ini tidak akan memburukkan keadaan kerana susu untuk bayi masih mencukupi. Susu yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting)

7. Meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan. 

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara Jangan sampai terkena puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak susu.

9. Ambil beberapa daun sireh dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak suam-suam kuku. Selain melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urusan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika tidak dapat tahan sakit, dan perkara di atas masih tidak dapat membantu ibu boleh mengambil ubat tahan sakit dengan nasihat daripada doktor.

Kredit pama

Bagaimana untuk mengelakkan?

1. Hot/Cold method
Firm compression. untuk peringkat awal boleh cuba hot method dulu sebab cold method adalah lebih kepada peringkat lebih teruk iaitu untuk mengurangkan kesakitan apabila berlaku bengkak susu. Bila sakit dah berkurangan, boleh bertukar kepada hot method iaitu menggalakkan pengaliran susu keluar.

Caranya
– Baring
– Urut payu dara dari pangkal ke arah puting. Jika susah buat sendiri, minta bantuan suami. Urut sampai ada susu terpancut keluar.
– Cuba bersihkan puting jika lubang susu tertutup.
– Bila letak ice pack, kawasan yang sakit akan kurang rasa sakit bila diurut.
– Bila dah kurang bengkak, cuba pam sehingga kosong, dapatkan sekurang-kurangnya 2x let down.
– Kalau boleh sentiasa letakkan ice pack sepanjang hari pada payu dara.

2. Mengelakkan clogged duct 
– Pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan
– Jika rasa sakit disebabkan clogged duct, cepat-cepat pam, buat urutan samada tuam dengan tuala panas atau cold method.
– Jika masih tidak membantu, segera dapatkan nasihat doktor

3. Suplemen Shaklee turut membantu mengelakkan atau meminimakan masalah bengkak susu. Contohnya B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan paling penting Lecithin.


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge