Masalah Baby Dehydrated dan Nipple Confused

By | 23 May 2014

Baru-baru ini kawan saya dapat cucu. Cucu pertama. Punyalah happy dia tu. Agaknya memang lain rasa bila ada cucu ni. Ramai nenek atuk yang saya jumpa memang teruja bila dapat cucu. 

Cumanya sebab kawan saya ni masih bekerja, maka dia ambil helper yang stay in untuk bantu anak dia berpantang. Helper ni pula bukan calang-calang orang, memang berpengalaman jaga baby. Bayar pun banyak la kan.

Dijadikan cerita lepas seminggu bersalin cucunya dehydrated. Rupanya tak reti menyusu, dan ibunya dan helper yang berpengalaman itu pun tak perasan rupanya baby tak menyusu dengan betul.

Ada tanda-tanda kita boleh tahu baby dah kenyang or not. Cuba google. Cuma dalam kes ini sebab mungkin mereka depends pada helper berpengalaman, jadi lambat detect baby dah dehydrated. Jika tahu lebih awal bolehlah dibetulkan. 

Kesian juga pada baby, seminggu juga la duduk dalam ICU, dan diberikan susu ibu melalui botol. Dan sekarang sibuk pula masalah nipple confuse. Kalau di govt hospital, biasanya baby baru lahir diberikan susu melalui cup, bukan dengan botol. Ambil masalah sikit nak kena pujuk baby tu direct bf dengan ibunya. Pujuk pelan-pelan, mulakan masa dia mamai dan belum lapar sangat. InsyaAllah lama-lama dia ok, sebab baru sangat dia lupa pada nipple mamanya, dengan kesabaran dia akan ingat semula.

Inilah contoh cara guna cup kepada bayi baru lahir



Saya ceritakan kisah ini untuk semua sebab nak katanya masih ramai belum ada ilmu dan pengalaman yang banyak untuk urusan bersalin dan menyusukan anak. Biasalah kan kita learn all the way. Pengalaman yang mematangkan kita.

Sebenarnya dulu masa mula-mula saya mengandung anak pertama, saya gali sendiri knowledge. Saya tak bergantung sepenuhnya kepada mak saya, sebab kadang mak kita lupa. Ye lah sebab dah berpuluh tahun tak mengandung dan bersalin.

Dan lagi keadaan dulu lain, di samping ada keadaan yang beliau tak alami dulu tetapi jadi kat kita. Jadi helper saya dulu memang Mr Google juga la, saya banyak belajar daripada orang-orang berpengalaman. Dulu memang saya setia kat susuibu.com dan macam-macam forum atau web lagi. Di samping pengalaman mak saya la.

Masa tu belum aktif FB jadi saya belum gunalah FB. 

Jadi ibu-ibu pastikan anda sendiri mendalami ilmu masa hamil, especially ilmu untuk penyusuan, info baby dan lain-lain. Sebab sebelum kita lakukan sesuatu, pastikan ada ilmu, barulah sesuatu misi kita itu akan berjaya. Kadang tu kita lengkapkan diri kita dah, tapi situasi pun lain, maka haruslah bertajdid sendiri. InsyaAllah ok tu.

Contohnya jika nak berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun, pastikan ada pengetahuan. Cara bf, posisi bf, anak kenyang ke tak, cara tentukan anak kenyang, cara simpan susu, tempoh elok susu, cara kendali susu ibu, pam di ofis, pam masa outstation, masalah-masalah penyusuan, makanan perlu untuk penyusuan, makanan perlu dielakkan, perlu suplemen or not, kenapa perlu suplemen… semua ni memang info yang anda perlu gali. Bila dah tahu memang senang kita nak plan keperluan dan emosi kita sekali. Dan insyaAllah anda akan berjaya dalam misi anda.


Tanyalah kepada pakar atau gali ilmu secukupnya


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge