Manfaat Teh Hijau Untuk Kesihatan

By | 23 February 2016
Manfaat teh hijau kepada kesihatan

Boleh dikatakan saya suka juga membeli belah makanan di Al Mahnaz, pusat pemborong makanan Arab. Semua ada di sini contohnya minyak zaitun, teh arab, pelbagai jenis kurma, hatta ke bahan kecantikan dan memasak pun ada.

Antara yang murah saya mesti beli adalah keju arab berbentuk tiga segi. Biasanya keju sebegini dijual dengan harga RM7.90 (kalau tidak silap saya) bagi jenama seperti Laughing Cow. Tetapi keju ini saya beli pada harga RM5 (8 ketul). Banyak juga murah berbanding jenama import biasa di pasaraya biasa.

Keju daripada Arab ini hanya berharga RM5

Keju daripada Arab ini hanya berharga RM5

Ok berbalik kepada teh hijau. Di kedai arab ini ada jual pelbagai jenis dan jenama teh. Orang arab memang sukakan teh juga, terutama jika ditambah dengan daun pudina, terasa segarnya. Minggu lalu saya ternampak promosi teh hijau ini, hanya RM10 mengandungi 100 sachet. Murahla kan sebab selalunya di kedai-kedai biasa teh hijau dijual agak mahal berbanding teh biasa.

Nampaknya selain Cinch Tea, teh hijau merupakan minuman panas kegemaran saya sekarang.

Khasiat Teh Hijau

Saya mula minum teh hijau pada Sabtu lalu. Boleh tahanlah, tanpa pemanis. Rasa memanglah pahit gitu tetapi boleh telan lagi. Tapi yang bestnya, terasa lawas tu. Saya juga mengambil Herblax yang membuatkan usus lebih longgar dan mudahkan penghadaman. Malam ambil, esok pagi mesti terasa ingin mengosongkan perut. Biasa sekali sehari.

Yang bestnya dengan tambahan pengambilan teh hijau, menambahkan keinginan membuang menjadi 2x. Memang best lah, badan pun rasa ringan. Ok jom kita tengok lagi apakah manfaat lain teh hijau ini seperti saranan webMD.

Kebaikan Teh Hijau Mengikut Kajian

Menurut kajian, teh hijau mempunyai kebaikan terutama dari segi:

Minum teh merupakan satu aktiviti sosial yang menyeronokkan

Minum teh merupakan satu aktiviti sosial yang menyeronokkan

1. Teh hijau telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah dan kolesterol.

Kajian pada tahun 2013 mendapati teh hijau membantu mencegah pelbagai isu berkaitan jantung, tekanan darah tinggi kepada kegagalan jantung kongestif.

2. Meningkatkan ingatan

Dalam satu kajian Swiss, MRI mendedahkan bahawa mereka yang minum teh hijau mempunyai aktiviti yang lebih baik dengan ingatan mereka. Kajian juga menunjukkan teh hijau membantu menghalang pembentukan plak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.

3. Menstabilkan gula dalam darah

Teh hijau membantu mengekalkan gula dalam darah stabil pada orang dengan diabetes. Ini adalah disebabkan catechin membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, ia juga membantu melindungi daripada kerosakan akibat diet tinggi lemak.

4. Memberikan ketenangan

Menghirup teh membantu anda mendapatkan ketenangan. Bahan kimia yang dipanggil theanine semulajadi yang ditemui dalam teh hijau boleh memberikan kesan yang menenangkan.

 

Cara Pengambilan Teh Hijau Yang Terbaik

Teh hijau baik untuk kesihatan

Teh hijau baik untuk kesihatan

  • Elakkan air mendidih apabila menyediakan teh hijau anda. Ia tidak baik untuk catechin, iaitu bahan kimia yang sihat yang terdapat di dalam teh hijau. Gunakan air panas biasa sahaja.
  • Tambahkan lemon. Vitamin C menjadikan catechin lebih mudah untuk menyerap.
  • Elakkan menambahkan susu kepada teh hijau anda kerana akan menyukarkan catechin untuk diserap oleh badan.
  • Tahap nutrien dalam teh hijau boleh berbeza-beza. Justeru pilihlah yang organik untuk kesan lebih baik.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

42 thoughts on “Manfaat Teh Hijau Untuk Kesihatan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya tak pernah test yg cafe hipster tu, nanti nak cuba juga

      Reply
  1. si bongkok

    Bagus rupanya green tea nie heh…dalam banyak2 kebaikan teh hijau ini, dapat memberikan ketenangan juga ya…

    Terima kasih atas info diatas!

    p/s: Pasni bleh rotate teh hijau dengan kopi 434 laa… 😀

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      dulu saya pun kurang suka, tapi minum yang ni jadi suka. cubalah HB

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      herblax tu kaplet sis. kalau berminat boleh hubungi saya 0122195919. memang best herblax ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      diet dan menjaga kesihatan elok ambil ni

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge