Kurangkan 3kg Dalam 3 Hari Pertama Puasa

By | 16 June 2015

Bagaimana mengurangkan 3kg dalam 3 hari pertama berpuasa? Boleh ke boleh? Bulan puasa di negara kita memang agak berbeza dengan negara lain negara arab. Di negara arab, mereka lazimi dengan

  • Berbuka di masjid
  • Bersedekah memberi makan orang berpuasa
  • Menggandakan ibadah
  • Kurang makan

Tapi di Malaysia, bulan puasa yang sepatutnya kurang makanan, sebaliknya menjadi seolah-olah pesta makanan. Dengan pasar ramadhan yang banyak di samping hotel yang menawarkan banyak pakej berbuka sehingga 100 jenis hidangan.. perghh jadi bagaimana orang berpuasa hendak kurangkan makan?

Bazar Ramadhan dan makanan berpisah tiada

Bazar Ramadhan dan makanan berpisah tiada

Salah satu kebaikan berpuasa adalah mengurangkan makan jadi dapat memberikan peluang kepada perut berehat. Tapi dengan pesta makanan ini, sukar jugalah perut nak berehat.

Biasanya 3 hari pertama berpuasa ramai yang komen dapat kurangkan berat badan. Sebenarnya yang kurang itu adalah air terutamanya.

Bagaimana kurangkan 3kg dalam tempoh 3 hari?

Untuk kurangkan 3kg dalam 3 hari, anda perlu mahir dalam kurangkan masalah gemuk air.

Elakkan karbohidrat tapi lebih serat. Ambil Cinch Shake.

Karbohidrat contohnya nasi putih dan roti putih sebenarnya menyebabkan anda lapar lebih cepat. Kalau anda perasan, jika anda sahur dengan nasi putih, pukul 8 pagi lagi perut sudah berbunyi minta diisi.

Untuk kenyang lebih cepat, anda boleh ambil karbohidrat kompleks. Ini seperti nasi perang, roti gandum penuh. Bagi saya sendiri, pengambilan Cinch Shake + ESP sangat membantu untuk berasa kenyang lebih lama di samping memberikan tenaga.

Nutrisi Lengkap Dalam Cinch Membantu Kuruskan Badan

Nutrisi Lengkap Dalam Cinch Membantu Kuruskan Badan

Tingkatkan pengambilan air kosong.

Memang pengambilan air kosong penting, tetapi di bulan puasa kena juga hati-hati sebab dibimbangi kalau minum banyak boleh hadapi dehidrasi lebih cepat. Disarankan mengambil air manis 1 cawan + 2 atau 3 cawan air kosong untuk bersahur.

Tips Minum Air Banyak

Tips Minum Air Banyak

Detox juices (high fiber)

Anda boleh ambil jus ini di antara selepas berbuka hingga sebelum tidur. Banyak resepi infus jus ini yang sedap tapi juga tinggi kandungan fiber.

Infus jus untuk detox dan kuruskan badan

Infus jus untuk detox dan kuruskan badan

Kurangkan garam

Mak-mak silalah kurangkan garam dalam makanan. InsyaAllah senang turun berat badan.

Tingkatkan potassium – ambil kurma!

Kurma yang diambil sebaik sahaja berbuka bukan sahaja boleh memberikan tenaga, tetapi membekalkan kalori mencukupi untuk anda.

Kurma bantu jana tenaga dan bekalkan kalori mencukupi bagi orang berpuasa

Kurma bantu jana tenaga dan bekalkan kalori mencukupi bagi orang berpuasa

Tingkatkan aktiviti peluh

Anda boleh buat senaman manja-manja saja seperti sit up dan senaman squat. Senangkan? Aktiviti ini membantu keluarkan peluh daripada badan.

Senaman Kecilkan Peha

Senaman Kecilkan Peha

Jemur diri – bakar lemang, gotong royong dsb.

Aktiviti menjemur diri ini untuk mengeluarkan peluh saja objektifnya.

Senang ke senang tips yang saya kongsikan tu? Senangkan? Targetlah untuk bulan puasa kali ini untuk kurangkan makan, dan kurangkan beban dalam badan tu. Maksudnya anda boleh kurus, kurus ni bukan untuk kecantikan semata-mata. Tetapi untuk kesihatan anda juga. Anda boleh baca juga posting saya 5 Tips Untuk Kurus Sebelum Raya.

Jemput hubungi saya untuk saya bantu anda. Lengkap dengan cadangan pemakanan dan aturan supplemen.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

8 thoughts on “Kurangkan 3kg Dalam 3 Hari Pertama Puasa

    1. Raihanah Ahmad Post author

      bila membazir tu yang jadi sedihnya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      insyaAllah sama-samalah kita dengan gaya hidup sihat

      Reply
  1. Yeen

    Yeahh.. memang aku berazam bulan puasa ni nak hilankang 10 kg lemak di badan! Baru balik dari berlari 5km lepas terawikh tadi.. fuhhh

    Reply
  2. wenghonn

    Masa paling baik dan pantas untunk mengurukan badan adalah semasa bulan puasa.Ini adalah kerana badan kita akan menggunakan lemak yang tersimpan dalam badan ,untuk memenuhi keperluan enerji harian kita.Di saat yang sama juga prosess ini dapat melepaskan bahan-bahan kimia yang diikat bersama dengan lemak itu .Seterusnya,bahan-bahan kimia ini akan dibuang oleh organ-organ yang bertugas untuk detoksikasi.
    EDISI KHAS:Cara Kurus Dengan Cepat Sempena Bulan Puasa Ramadhan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge